INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, August 19, 2009

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2007

Penganjur : Majlis Sukan Penjara Malaysia
Tempat : Glory Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan.
Tarikh : 10, 11 & 12 Ogos 2007
Penyertaan :
Kumpulan A - Selangor, Perlis dan Perak
Kumpulan B - Johor, Wilayah Kuala Lumpur dan PDRM
Kumpulan C - Pulau Pinang, Kelantan dan Penjara
Kumpulan D - Trengganu, Melaka dan Pahang

Sukan Karom Maksak diadakan pada tiap-tiap tahun dan kali ini giliran Majlis Sukan Penjara sebagai Penganjur yang telah di adakan di Glory Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Kali ini selain permainan Karom juga terdapat sukan lain yang bersama-sama memeriah Sukan MAKSAK kali ini iaitu permainan Dart dan Catur. Pada tahun ini terdapat 12 pasukan yang mengambil bahagian di dalam permainan karom iaitu Selangor, Perlis, Perak, Johor, Wilayah Kuala Lumpur, PDRM, Pulau Pinang, Kelantan, Penjara, Trengganu, Melaka dan Pahang.

Sebelum perlawanan bermula Mesyuarat Teknikal bersama pengurus-pengurus pasukan telah di adakan pada hari Jumaat jam 3.00 petang yang di kendalikan oleh MAKSAK Malaysia. Menyentuh permainan Karom usul yang dibawa oleh En. Mohd Yunos dari Johor mencadangkan supaya permainan dijalankan sepenuhnya mengikut undang-undang Persatuan Karom Antarabangsa.

Pegawai-Pegawai dari MAKSAK Malaysia dan Pengadil-Pengadil Karom, Dart dan Catur


Suasana di dalam dewan ketika mesyuarat Pengurus-Pengurus

Format yang dipertandingkan adalah acara Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Regu Lelaki, Regu Wanita dan Regu Campuran. Pengadil pertandingan adalah dari Persatuan Karom Malaysia yang diketuai oleh En. Roslan Omar. Pengadil-Pengadil terdiri dari En. Samohon, En. Soong, En. Mohd Suhaizan, En.Sabirin, En. Christopher, En. Waharuddin, En. Rahim dan En. Masni.

Sebelum pertandingan dimulakan Ketua Pengadil En. Roslan Omar telah memberi taklimat mengenai undang-undang perlwanan mengikut undang-undang Persatuan Karom Antarabangsa sepenuhnya. Format perlawanan dijalankan hanya satu permainan (One game) iaitu bermain sebanyak lapan papan (Eight Board) atau 25 mata yang mana terdahulu.

Sebelum perlawanan bermula Gundu (Striker) telah diperiksa oleh En. Mohd Suhaizan dan En. Sabirin. Secara keseluruhan Striker mengikuti spesifikasi undang-undang perlawanan cuma ada beberapa pemain yang perlu mengurangkan berat striker kerana melebihi berat yang dibenarkan.

Secara keseluruhan semua perlawanan telah mengikut jadual seperti yang telah dirancangkan. Pasukan Dari Selangor sekali lagi mengungguli permainan Karom setelah menewaskan pasukan dari Wilayah Kuala Lumpur dengan mata 3 – 2. Diikuti tempat ketiga dan keempat pasukan dari Trengganu dan Johor.

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN

Keputusan Kumpulan A

Keputusan Kumpulan B

Keputusan Kumpulan C

Keputusan Kumpulan D


>


CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT SUKU AKHIR

Kumpulan A

Johan A (Selangor) bertemu Naib Johan D (Pahang)
Dimenangi oleh Selangor (5 – 0)

Johan C (P. Pinang) bertemu Naib Johan B (Johor)
Dimenangi oleh Johor (4 – 1)

Kumpulan B

Johan B (Wilayah Kuala Lumpur) bertemu Naib Johan A (Perak)
Dimenangi oleh Wilayah Kuala Lumpur (3 – 2)

Johan D (Trengganu) bertemu Naib Johan C (Penjara)
Dimenangi oleh Trengganu (5 – 0)





CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Selangor bertemu Johor.
Dimenangi oleh Selangor (4 – 1)

Wilayah KL bertemu Trengganu.
Dimenangi oleh Wilayah Kuala Lumpur (4 – 1)








CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT AKHIR

Selangor bertemu Wilayah KL. Dimenangi oleh Selangor (3 – 2)

Cenderamata daripada Tuan Haji Zulkifli dari Selangor kepada En. Azmi Baki daripada Wilayah KL

Acara Perseorangan Lelaki

Acara Perseorangan Wanita

Acara Regu Lelaki

Acara Regu Campuran

Acara Regu Wanita

CARTA KEDUDUKAN TEMPAT
Juara : Selangor
Kedua : Wilayah Kuala Lumpur
Ketiga : Johor dan Trengganu

Selangor – Juara Karom MAKSAK 2007

Wilayah Kuala Lumpur Naib Juara Karom MAKSAK 2007

Pengadil perlawanan Karom MAKSAK 2007
Berdiri kiri ke kanan Mohd Suhaizan, Masni, Rahim, Waharuddin, Sabirin dan Christopher
Duduk dari kiri ke kanan Samohon, Roslan dan Soong


KESIMPULAN
Saya mewakili Persatuan Karom Malaysia berbangga kerana SUKAN TAHUNAN MAKSAK telah berjaya membawa Sukan Karom Antarabangsa ke satu tahap yang boleh dibanggakan kerana ramai pemain-pemain dari setiap negeri sudah memahami undang-undang permainan lebih sedikit jika dibandingkan tahun-tahun sebelum ini.

Diharapkan Karom Antarabangsa akan berterusan dan menjadi salah satu acara sukan utama di Kejohanan Sukan MAKSAK di masa hadapan. Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang hampir berjaya atau tidak berjaya diharap mencuba lagi di tahun hadapan.

Kami juga ingin merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi terimakasih kepada pengadil-pengadil kerana sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan MAKSAK.

Tidak ketinggalan kepada pehak Majlis Sukan Penjara Malaysia kami juga mengucapkan setinggi tahniah kerana memberi kerjasama yang amat baik dan menyediakan tempat yang sesuai untuk kejohanan kali ini. Terimaksih kami juga tujukan khas kepada En. Osman dari Penjara Kajang kerana membantu kami hingga tamat perlawanan dan mengemas kesemua peralatan karom.

Akhir kata diharapkan permainan karom Antarabangsa tidak hanya berhenti di sini atau hanya setahun sekali ketika kejohanan MAKSAK sahaja. Teruskan bermain untuk menjadi lebih baik dan berkeyakinan di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment