INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, August 19, 2009

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2007

Tuan Rumah: Risda, Kuala Lumpur.

Tempat: Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tarikh: 14 & 15 Jul 2007

Penyertaan:

PASUKAN LELAKI
Kumpulan A
UM B, MIDA, LGM dan TABONG HAJI

Kumpulan B
TABONG HAJI B, FRIM, FELCRA A, MOSTI dan JAWI

Kumpulan C
JPJ B, FELCRA B, JAWI, DBKL A dan MSN

Kumpulan D
KESPO, KAKEP, JPJ A, UM A dan HKL

PASUKAN WANITA
Kumpulan A
DBKL, LHDN, LGM dan JABATAN PENERANGAN

Kumpulan B
KESPO, FELCRA MIDA dan FRIM

Sukan MAKSWIP adalah sukan tahunan kakitangan kerajaan peringkat Wilayah Persekutuan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih calon-calon mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Sukan MAKSAK. MAKSAK telah menyenaraikan karom Antarabangsa merupakan salah satu acara sukan tahunan yang dipertandingankan.

Pada tahun ini pertandingan telah diadakan di Bangunan RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tempat di ruang ligar berhampiran dewan utama. Secara keseluruhan tempat yang agak sempit dan pergerakkan yang agak terhad. Manakala masalah lain juga ditimbulkan oleh pemain-pemain seperti lampu atau penerimaan cahaya yang agak kurang (malap). Tidak keselesaan juga ditimbulkan oleh pemain dan diharap penganjur yang akan datang mengambil kira supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Acara permainan telah terbahagi kepada dua iaitu pasukan lelaki dan pasukan wanita. Pasukan lelaki telah disertai seramai 8 Agensi iaitu DBKL, UM, FELCRA, JPJ, KAKEP, TABONG HAJI, LGM dan FRIM. Manakala pasukan wanita terdiri daripada DBKL, LHDN, LGM, JABATAN PENERANGAN, KESPO, FELCRA, MIDA dan FRIM.

Format yang dipertandingkan adalah acara Perseorangan Pertama dan Perseorangan kedua dan Beregu. Pengadil pertandingan adalah dari Persatuan Karom Malaysia yang diketuai oleh En. Soong. Pengadil-Pengadil yang lain terdiri dari En. Azmi Baki, En. Mohd Suhaizan, En. A. Kamarudin, En. Sabirin, En. Rahim, En. Waharuddin dan En. Hairol.

Sebelum pertandingan dimulakan En. Azmi dan En. Soong telah memanggil Pengurus pasukan untuk ditaklimat secara ringkas mengenai peraturan dan memberi beberapa contoh yang perlu dipatuhi oleh semua pemain supaya berjalan lancar.

Permainan dijalankan sebanyak lapan papan atau 25 mata. Manakala pasukan wanita hanya bermain empat papan sahaja. Ini adalah untuk mengelak masa yang panjang semasa pertandingan. Secara keseluruhan semua perlawanan telah mengikut jadual seperti yang telah dirancangkan oleh pehak penganjur.

Pada Kejohanan MAKSWIP 2007 pasukan lelaki telah dimenangi oleh pasukan dari DBKL A dan juara pasukan wanita pula diungguli oleh pasukan dari FRIM.

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN LELAKI

Kumpulan A
Tempat pertama: LGM

Tempat kedua: MIDA

Tempat ketiga: UM B
Tempat Keempat: T. HAJI


Kumpulan B
Tempat pertama: FELCRA A

Tempat kedua: FRIM


Nota: Pasukan Tabong Haji B, MOSTI dan JAWI tidak mengambil bahagian.

Kumpulan C
Tempat pertama: DBKL A

Nota: Pasukan JPJ B, FELCRA B, JAWI A dan MSN tidak mengambil bahagian.

Kumpulan D
Tempat pertama: UM A

Tempat kedua: KAKEP

Tempat ketiga: KESPO

Tempat keempat: JPJ A
Nota: Pasukan HKL tidak mengambil bahagian.

Pusingan awal nampaknya masing-masing bermain dalam keadaan tenang tanpa tekanan. Pengadil En. Kamarudin begitu tekun memerhatikan gelagat pemain-pemain kedua-dua pasukan.

Nampaknya para pemain begitu bersungguh nak menang dan diperhatikan oleh En. Sabirin selaku Pengadil.

Nampaknya ada pemain dah pakar menjentik ke belakang (thumbing) dan En. Waharudin tengah tulis apa tu? Permainanbelum selesai lagi...


CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT SUKU AKHIR (LELAKI) PERTAMA

FELCRA A (1) lawan UM B (2)
UM A (3) lawan FRIM (0)

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT SUKU AKHIR (LELAKI) KEDUA

DBKL A mendapaT bye
LGM (2) lawan KAKEP (1)

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR (LELAKI) PERTAMA

UM B (0) lawan UM A (3)

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR (LELAKI) KEDUA

DBKL A (2) lawan LGM (1)

Wow! Bersungguh pemain DBKL A bermain nampaknya, tetapi pemain dari LGM tenang aje…


Perlawanan perseorangan di antara DBKL A dan LGM yang diadili oleh En. A. Kamarudin Jasiman

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT AKHIR (LELAKI)

DBKL A (2) lawan UM A (1)

Perlawanan di peringkat akhir regu lelaki di antara DBKL A dan UM A dan diperhatikan oleh En. Mohd Suhaizan dan En. Rahim sebagai Pengadil.


Perlawanan di peringkat akhir perseorangan lelaki UM A melawan DBKL A dan En. Sabirin sebagai Pengadil, tetapi yang hairannya ramainya Pengadil berdiri... ini dah tentu lari dari tugas...

CARTA KEPUTUSAN AKHIR LELAKI

Juara : DBKL A
Naib Juara : UM A
Ketiga : UM B
Keempat : LGM

Juara karom MAKSWIP 2007 bahagian Lelaki dari DBKL A


CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN WANITA

Kumpulan A
DBKL
UM
LHDN
LGM
JABATAN P’GAN

Kumpulan B
Pasukan
KESPO
FELCRA
MIDA
FRIM
Nota: Pasukan TABONG Haji B, MOSTI dan JAWI tidak mengambil bahagian.


KEPUTUSAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR (WANITA) PERTAMA

DBKL (1) lawan FELCRA (2)

KEPUTUSAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR (WANITA) KEDUA

FRIM (3) lawan LGM (0)


KEPUTUSAN PERINGKAT AKHIR (WANITA)

FRIM (2) lawan FELCRA (1)

KEPUTUSAN AKHIR WANITA

Juara : FRIM
Naib Juara : FELCRA
Ketiga : LGM
Keempat : DBKL

Juara karom MAKSWIP 2007 bahagian wanita dari FRIM


PENGADIL – PENGADIL YANG BERTUGAS

Berdiri kiri ke kanan: En. Mohd Suhaizan, En. Kamarudin, En. Rahim, En. Waharudin, En. Hairol dan En. Sabirin.


Duduk kiri ke kanan: En. Azmi Baki dan En. Soong

KESIMPULAN

Saya mewakili Persatuan Karom Malaysia mengucapkan setinggi terimakasih kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan sukan tahunan kakitangan kerajaan Malaysia. Saya secara peribadi mengharapkan tahun-tahun yang akan datang permainan Karom Antarabangsa terus popular dan insyaallah usaha murni MAKSWIP akan membawa ke arah pembangunan Karom Antarabangsa secara sihat.

No comments:

Post a Comment