INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, August 19, 2009

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2008

Tuan Rumah: Risda, Kuala Lumpur.
Tempat : Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tarikh : 25 & 26 Jul 2008

Pada tahun ini sekali lagi pertandingan telah diadakan di Bangunan RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tempat adalah di ruang ligar berhampiran dewan utama. Secara keseluruhan tempat yang agak sempit dan pergerakkan yang agak terhad. Sungguhpun begitu jadual perlawanan berjalan lancar dengan komitmen pengadil-pengadil yang menjalankan tugas dengan kerjasama dari pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Kejohanan dijalankan selama dua hari berturut bermula pada hari sabtu hingga hari ahad. Pasukan yang bertanding terbahagi kepada dua iaitu lelaki dan wanita. Format pertandingan adalah seperti berikut perseorangan 1, perseorangan 2 dan 1 beregu. Mata kemenangan pasukan lelaki dikira 25 mata atau mata tertinggi yang terkumpul di papan yang ke lapan. Manakala pasukan wanita hanya bermain sebanyak 4 papan sahaja dan pemain yang mengumpul mata yang tertinggi dikira sebagai pemenang.


PASUKAN LELAKI YANG BERTANDING
Kumpulan A
DBKL, MITI A, UKUR dan MSN

Kumpulan B
UM A, LHDN A, MACRESS, LGM B dan MIDA

Kumpulan C
LGM A, BANK NEGARA dan TABONG HAJI

Kumpulan D
UM B, MITI, LHDN B dan KWSP

KEPUTUSAN AKHIR LELAKI
Juara: UM A (3 - 0)
Naib Juara: DBKL
Ketiga: KWSP DAN LGM


PASUKAN WANITA YANG BERTANDING
Kumpulan X
MACRESS, PENERANGAN, DBKL dan LHDN

Kumpulan Y
MSN, LGM, UM, BANK NEGARA dan KWSP

KEPUTUSAN AKHIR WANITA
Juara: KWSP (2 - 1)
Naib Juara: DBKL
Ketiga: UM DAN PENERANGAN


Pengadil pertandingan adalah dari Persatuan Karom Malaysia. Berdiri dari kiri ke kanan Azhar Suratman, Mohd Suhaizan, Waharuddin, Roslan Omar (Ketua Pengadil), A. Kamaruddin, Frankie Pek, Hairol Azhar, Rahim, Soong dan Samohon MD Kassim (tiada di dalam gambar).


Selepas sahaja keputusan rasmi dan perlawanan selesai, semua pengadil mengambil kesempatan untuk mengadakan harijadi kepada salah seorang pengadil iaitu En. Soong secara mengejut bersama-sama rakan seperjuangan. Beliau juga merupakan Penolong Setiausaha Agong Persatuan Karom Malaysia.


Memandangkan waktu masih awal lagi semua pengadil bersetuju untuk mengadakan liga pengadil (pengadil pun nak melepaskan geram juga...). Mata kemenangan dikira sebanyak 25 mata tanpa mengira papan. Peserta seramai 7 orang yang terdiri daripada Roslan Omar, Azmi Baki, Frankie Pek, A. Kamaruddin Jasiman, Azhar Suratman, Khairol Azhar dan Mohd Suhaizan.

Mohd Suhaizan telah muncul juara, naib juara jatuh kepada Azmi Baki, ketiga Frankie Pek dan keempat Azhar Suratman.

No comments:

Post a Comment