INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, August 24, 2009

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2009

Tarikh: 04 Julai 2009 (Sabtu) - 05 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 02:00 petang – 02:00 pagi
Tempat: Ruang Legar Ibu Pejabat Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kejohanan Karom MAKSWIP 2009 telah diadakan pada 04 Julai bermula jam 02:00 petang. Perlawanan bertempat di ruang legar Ibu Pejabat Risda Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Seperti tahun sebelumnya Kejohanan karom bersama dengan kejohanan Dart yang juga di adakan di dalam dewan serbaguna bangunan Risda.

Kejohanan terpaksa dijalankan pada waktu petang kerana disebelah pagi kakitangan RISDA mengadakan acara sukan jogathon. Pihak penganjur dan bersama pengurus pasukan bersetuju pertandingan di adakan pada satu hari sahaja sehingga mendapat keputusan yang terakhir. Perlawanan berlansung sehingga tamat pada 05 Julai jam 02:00 pagi.

Tahun ini sambutan kurang mengalakkan mungkin kerana mungkin kegawatan ekonomi yang melanda seluruh negara termasuk Malaysia. Walau bagaimanapun kekangan kewangan tidak bermakna sukan turut terkubur dan ini terbukti beberapa pasukan regular masih mengambil bahagian.

Penyertaan bagi pasukan lelaki terdiri dari pada 8 pasukan dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Pasukan A terdiri daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), UM 'B' (Universiti Malaya), MIDA dan LGM (Lembaga Getah Malaysia). Kategori B terdiri daripada UM 'A', BNM (Bank Negara Malaysia), KESURA (Felcra) dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Manakala penyertaan pasukan wanita pula agak kurang memberansangkan iaitu hanya 6 pasukan sahaja dan dibahagi kepada dua kumpulan. Kategori A terdiri daripada DBKL, BNM dan LHDN. Kategori B terdiri daripada UM, KESURA dan KEMPEN (Kementerian Penerangan).

Pengadil yang bertugas pada hari tersebut diketuai oleh Samohon MD Kassim selaku ketua pengadil dan Roslan Omar sebagai sekretariat untuk menyusun jadual dan merekodkan kejohanan. Pengadil- pengadil yan lain terdiri daripada Mohd Suhaizan, Abdul Rahim, Sabirin, Waharuddin, Hairol, Soong, Frankie dan Christopher.

Kepada pasukan yang berjaya diucapkan sekalung tahniah manakala pasukan yang tidak berjaya pula cuba lagi di tahun hadapan dengan membawa harapan baru. Akhir sekali jutaan terimakasih kepada petugas-petugas semua yang menjalankan tugas dengan penuh didikasi untuk menjayakan kejohanan ini sehingga ke punghujung.


KOLEKSI GAMBAR SUASANA KEJOHANAN














































KEPUTUSAN PASUKAN LELAKI


Carta keputusan pusingan awal pasukan lelaki A


Carta keputusan pusingan awal pasukan lelaki B


Carta keputusan akhir pasukan lelaki


Pasukan KESURA (Felcra) mendapat tempat keempat. Tahniah kepada pasukan ini dengan pencapaian yang membanggakan. DI harap pasukan ini terus berusaha memantapkan lagi mutu permainan untuk duduk sebaris dengan pasukan yang dianggap popular seperti pasukan DBKL dan UM


Tahniah ditujukan kepada pasukan LGM (Lembaga Getah Malaysia) berada di tempat ketiga. Ini merupakan mencapai yang terbaik sejak menyertai kejohanan ini. Teruskan usaha anda untuk meningkatkan mutu permainan ke tahap yang terbaik


Pasukan LGM dan Pasukan KESURA gambar bersama muncul di tempat ketiga dan keempat


Pasukan UM 'A' (Universiti Malaya) muncul Johan Karom MAKSWIP 2009. Tahniah diucapkan kepada pasukan ini yang masih kental dan seterusnya dapat mempertahankan kejuaraan seperti tahun 2008


Pasukan DBKL sebagai naib johan


Johan (UM 'A') dan naib johan (DBKL) bergambar bersama


KEPUTUSAN PASUKAN WANITA


Carta keputusan pusingan awal pasukan wanita A


Carta keputusan pusingan awal pasukan wanita B


Carta keputusan akhir pasukan wanita


Pasukan wanita DBKL muncul Johan Karom MAKSWIP 2009. Tahniah diucapkan kepada pasukan ini meningkat keupayaan selepas berada naib johan pada tahun 2008.


Pasukan KEMPEN sebagai naib johan. Maaf gambar di dalam kegelapan kerana lampu kamera tidak berfungsi dengan baik. Harap maaf...


Johan (DBKL) dan naib johan (KEMPEN) bergambar bersama


En. Isa sebagai Pengurus pasukan DBKL memberi sedikit 'Post Mortem' mengenai pencapaian tahun ini. Mungkin ada sesuatu yang menarik yang diperkatakan oleh beliau.

No comments:

Post a Comment