INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, August 19, 2009

KEJOHANAN KAROM NRE 2007

Penganjur : Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah,Persekutuan/RTB, Lembah Sungai Klang, Kuala Lumpur.
Tempat : Pusat Sukan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Tarikh : 28 & 29 Jun 2007
Penyertaan :
Kumpulan A : JPSM, JKPTG dan NAHRIM
Kumpulan B : FRIM, NRE, JUPEM dan JAS
Kumpulan C : JMG, JPS, PERHILITAN dan INSTUN

Sukan NRE diadakan dua tahun sekali. Semua agensi di bawah Kementerian ini akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Tahun 2007 merupakan tahun ke 2 kejohanan ini dianjurkan memandangkan Kementerian ini baru ditubuhkan. Sebanyak 19 acara sukan telah dipertandingkan. Salah satunya adalah sukan Karom Antarabangsa. Acara ini telah disertai oleh seramai 10 Agensi iaitu FRIM, JPSM, JMG, JPS, PERHILITAN, JAS, NRE, NAHRIM, JUPEM Dan JKPTG. Manakala INSTUN tidak menghantar wakil di saat-saat akhir.

Format yang dipertandingkan adalah acara Beregu Lelaki, Beregu Wanita Dan Beregu Campuran. Pengadil pertandingan adalah dari Persatuan Karom Malaysia yang diketuai oleh En. Mohd Suhaizan Mat Karri. Pengadil-Pengadil yang lain terdiri dari En. Sabirin, En. Azhar, dan En. Jegathesan. Pembantu Pengadil dari Universiti Malaya yang banyak membantu terdiri daripada En. Wan Mohd Arif, En. Yani, En. Ramli Mokhtar dan En. Baharuddin.

Sebelum pertandingan dimulakan En. Mohd Suhaizan telah memberi taklimat secara ringkas memandangkan sebahagian besar pasukan dan pemain-pemain masih baru di dalam permainan Karom Antarabngsa. Selaku Ketua Pengadil En. Mohd Suhaizan telah memberi sedikit panduan seperti Buah Merah, Kesalahan, Denda dan Gundu (Striker). Beliau juga menunjukkan beberapa contoh yang perlu diikuti oleh pemain-pemain. Permainan dijalankan hanya satu permainan iaitu bermain sebanyak lapan papan atau 25 mata yang mana terdahulu. Secara keseluruhan semua perlawanan telah mengikut jadual seperti yang telah dirancangkan.

Pasukan Dari FRIM telah berjaya merangkul JUARA pada tahun ini dengan menewaskan pasukan JPSM dalam perlawanan akhir (2-1) Kedudukan ke 3 Dan ke 4 dimenangi oleh pasukan JMG Dan JPS selaku tuan rumah pada tahun ini. Pada tahun 2007 Johan keseluruhan Sukan NRE telah dimenangi oleh Pasukan dari FRIM dengan kemenangan sebanyak 10 Johan, dan 5 Naib Johan, 2 tempat ke Ketiga dan 3 hanya layak ke suku akhir.

Terimakasih kepada Tuan Hají Shahimi Sharif selaku Penyelaras Acara Sukan Karom dan tidak ketinggalan kepada En. Omar selaku urusetia Sukan Karom selaku tuan rumah pada tahun ini.

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN

Kumpulan A
JPSM : 1
JKPTG : 2
NAHRIM : 3

Kumpulan B
FRIM : 1
JAS : 2
NRE : 3
JUPEM : 4

Kumpulan C
JMG : 1
JPS : 2
PERHILITAN : 3


Gambar Pusingan awal.

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT SUKU AKHIR

Johan A JPSM mendapat bye
Naib Johan C JPS bertemu Naib Johan B JAS. Dimenangi oleh JAS (2 – 1)
Johan C JMG bertemu Naib Johan A JKPTG. Dimenangi oleh JMG (3 – 0)
Johan B FRIM mendapat bye

Gambar Pusingan suku akhir

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

JPSM bertemu JAS. Dimenangi oleh JPSM (2 – 1)
FRIM bertemu JMG. Dimenangi oleh FRIM (2 – 1)

Gambar Pusingan separuh akhir

CARTA KEPUTUSAN PERINGKAT AKHIR

FRIM bertemu JPSM. Dimenangi oleh FRIM (2 – 1)




Gambar Pusingan Akhir

CARTA KEDUDUKAN TEMPAT
Juara : FRIM
Kedua : JPSM
Ketiga : JMG
Keempat : JAS

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penyelaras Acara Sukan Karom NRE 2007 iaitu Tuan Hají Shahimi Sharif. FRIM muncul sebagai juara

JPSM di tempat kedua

JMG di tempat ketiga

JAS di tempat keempat

Juara karom NRE 2007 di sandang oleh pasukan dari FRIM.
Berdiri kiri ke kanan: En. A. NarayananAlimuthu, En. Azemi Abdullah, En. Amir Sabri Baharom, En. Saleh Ismail dan En. Ghazali Jaafar.

Duduk kiri ke kanan: Cik Aslina Baharum, Puan Mazurah Mohamed Isa.
Puan Siti Salwana Hashim dan Puan Rozita Ibrahim.


Juara karom NRE 2007 bersama En. Mohd Suhaizan Mat Karri Ketua Pengadil dan juga sebagai jurulatih karom pasukan FRIM.

KESIMPULAN
Saya mewakili Persatuan Karom Malaysia berbangga kerana SUKAN NRE telah berjaya membawa Sukan Karom Antarabangsa ke satu tahap yang boleh membanggakan iaitu sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2005 di mana FRIM selaku penganjur pertama. Pada tahun ini 2007 giliran JAS pula menjadi penganjur dan masih meneruskan permainan Karom Antarabangsa. Ini adalah satu petunjuk yang baik untuk kemajuan permainan Karom Antarabagsa bagi Jabatan NRE sendiri dan lebih-lebih lagi kepada pemain-pemain untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya secara peribadi saya mengucapkan tahniah kepada penganjur JAS yang berjaya mengendalikan dengan baik dan tidak ketinggalan juga ditujukan khas kepada Tuan Haji Shahimi dan En. Omar kerana memberi kerjasama kepada pengadil dari Persatuan Karom Malaysia.

Akhir kata, semoga Karom Antarabangsa menjadi salah satu acara sukan utama di Kejohanan Sukan NRE di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment