INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, August 19, 2009

KURSUS INTENSIF KAROM ANTARABANGSA DI FRIM

LAPORAN KURSUS INTENSIF KAROM ANTARABANGSA

Penganjur : Kelab Sukan FRIM, Kepong, Kuala Lupur.
Tempat : Kelab Sukan FRIM, Kepong, Kuala Lupur.
Tarikh : 17, 18 & 19 Jun 2007

Pada tahun ini pasukan karom FRIM telah mengadakan kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam undang-undang Karom Antarabangsa dan juga dalam teknik permainan sempena menghadapi Sukan DWI Tahunan NRE. Pasukan Karom FRIM telah membuat persediaan dengan menjalani latihan lebih awal. Tahun 2005 merupakan buat pertama kali di adakan dan FRIM telah terpilih selaku tuan rumah. Karom antarabangsa diperkenalkan dan tahun tersebut Pasukan Karom FRIM hanya berjaya ke peringkat suku akhir sahaja.

Kali ini Pasukan Karom FRIM telah membuat persediaan yang lebih mantap dari segi undang-undang permainan, teknik dan skil untuk pergi lebih jauh lagi di Kejohanan Sukan NRE 2007. Untuk mencapai matlamat tersebut Puan Salwana Hashim selalu Ketua Unit Sukan Karom FRIM telah menjemput En. Mohd Suhaizan Mat Karri untuk memberi Kursus Intensif permainan Karom Antarabangsa. En. Mohd Suhaizan adalah tenaga pengajar dan pengadil bertauliah dari Persatuan karom Malaysia (Karomas).

HARI PERTAMA

Sebagai mukadimah kursus Intensif ini Jurulatih telah memberi semangat dengan memberi maklumat mengenai profil Jurulatih dan arah tuju permainan karom Antarabangsa di Malaysia kini dan di masa hadapan. Jurulatih juga menguncapkan setinggi terimakasih kepada Puan Siti Salwana kerana sudi menjemput dan mempopularkan sukan Karom Antarabangsa di peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hari ini hanya latihan bebas dan terbuka di samping soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemain-pemain supaya pemain-pemain lebih selesa dengan Jurulatih supaya bila jalani latihan seterusnya. Tambahan pula ada beberapa pemain yang masih menjalani peperiksaan dari jabatan masing-masing.

HARI KEDUA

Pada hari kedua Jurulatih memberi penekanan terhadap undang-undang asas permainan supaya pemain-pemain lebih yakin dan yang paling penting ianya menjadi kelebihan bila menghadapi pehak lawan nanti. Jurulatih telah menunjukkan cara yang betul dan juga contoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain ketika perlawanan berlansung. Menunjukkan beberapa teknik-teknik menjentik ke hadapan dan ke belakang yang sepatutnya dilakukan oleh pemain. Juga tidak ketinggalan teknik duduk juga diajar untuk mendapatkan ketepatan semasa menjentik. Latihan juga merangkumi beberapa teknik menjentik Buah Karom yang berada dalam keadaan sukar dan cara menyelesaikannya.


HARI KETIGA

Hari terakhir Jurulatih telah banyak memberi tip-tip dan cara-cara untuk meningkat mutu permainan. Undang-undang asas permainan dan batas-batas yang perlu dijaga ketika perlawanan supaya tidak berlaku kesalahan semasa perlawanan berlansung.

Ujian amali juga dijalankan untuk menguji tahap kecekapan menjentik secara tepat dan En. Azmi Abdullah muncul juara dan layak menerima pemberian Gundu (Striker) sebagai saguhati daripada jurulatih.

Sebelum bersurai Jurulatih mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan FRIM untuk Kejohanan Sukan NRE Ke Dua 2007. Jurulatih juga memberi peringatan bahawa selesai sahaja kejohanan bermakna pemain tidak perlu menjalani latihan lagi. Ini adalah satu kesilapan kerana untuk menjadi pemain yang baik pemain perlu menjalani latihan berterusan secara sendirian atau bersama kumpulan. Kejayaan bukan datang secara bergolek tetapi ianya datang dari hasil usaha yang gigih dan semangat yang tinggi.

Puan Siti Salwana mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada En. Mohd Suhaizan yang meluangkan masa untuk memberi tunjukajar yang agak mendalam dari segi undang-undang permainan dan teknik. Secara keseluruhannya boleh dikatakan bimbingan jurulatih yang mempunyai banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan adalah amat penting dalam memantapkan sesuatu pasukan.







Pertemuan di peringkat akhir ujian skil di antara En. Azemi Abdullah (kiri) dan En. Amir Sabri Baharom (kanan).

En. Mohd Suhaizan Mat Karri menyampaikan hadiah (Striker) kepada pemenang En. Azemi Abdullah dalam acara ujian skil. Hadiah dari jurulatih sebagai pembakar semangat untuk bermain lebih baik.

Puan Siti Salwana Hashim memberi sagu hati kepada En. Mohd Suhaizan sebagai Jurulatih tanda terimakasih kerana memberi tunjukajar dan memberi tip-tip yang berguna semasa kursus dijalankan.

PASUKAN KAROM FRIM 2007

Berdiri dari kiri ke kanan: En. Ghazali Jaafar, En. Amir Sabri Baharom, En. Mohd Suhaizan Mat Karri (Jurulatih), En. Azemi Abdullah dan En. A. NarayananAlimuthu.

Duduk dari kiri ke kanan: Puan Rozita Ibrahim, Puan Siti Salwana Hashim, Puan Mazurah Mohamed Isa.

Tiada di dalam gambar En. Saleh Ismail dan Cik Aslina Baharum

No comments:

Post a Comment