INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, August 24, 2009

PEMILIHAN PEMAIN MALAYSIA UNTUK KEJOHANAN PIALA ASIA 2009 PUNE, INDIA

UTUSAN MALAYSIA (18/06/2009)
KAROMAS adakan pemilihan

KUALA LUMPUR - Persatuan Karom Malaysia (KAROMAS) akan menganjurkan satu Kejohanan format Persatuan Karom Antarabangsa (ICF) bagi memilih pemain mewakili negara ke Kejohanan Karom Asia Ketiga di India bulan depan.

Kejohanan terbuka KAROMAS ini akan berlangsung di Wisma OCM, Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi, 28 Jun ini.

Timbalan Setiausaha Agung KAROMAS, Soong Yuen Keong berkata, hanya RM30 dikenakan untuk setiap peserta.

"Kami akan memilih empat pemain lelaki dan empat wanita untuk menghadapi saingan pada Kejohanan Karom Asia Ketiga di Pune, India dari 11 hingga 13 Ogos 2009," katanya.

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi pegawai KAROMAS, Azmi Mohd Baki (019-2314697), Roslan Omar (013-3331408) atau Samohon Kasim (012-3140778).

No comments:

Post a Comment