INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, August 19, 2009

PENOLONG SETIAUSAHA AGONG MAKSAK BERSARA

PEGUMUMAN KHAS


Persatuan Karom Antarabangsa ingin mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Penolong Setiausaha Agong MAKSAK Malaysia Tuan Haji Ismail Sanusi yang telah pun bersara pada 15 jun 2008.

Persatuan Karom Malaysia mengucapkan setinggi tahniah di atas usaha beliau yang memperkenalkan sukan ini di kalangan kakitangan kerajaan sehingga ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Secara peribadi penglibatan saya sebagai pengadil sehingga ke hari ini melihat mutu permainan dan pengetahuan undang-undang permainan Karom Antarabangsa semakin meningkat di kalangan pemain-pemain. Ini adalah perkembangan yang positif ke arah memantapkan lagi sukan ini di kalangan kakitangan kerajaan dan usaha Tuan Haji Ismail perlu diteruskan.

Penglibatan dan usaha beliau akan sentiasa kami kenangkan kerana membawa pembaharuan kepada permainan karom di kalangan kakitangan kerajaan. Tanpa usaha gigih beliau kami rasa permainan ini masih di tahap lama dan mungkin kakitangan kerajaan dan juga orang awam amnya tidak mengenali permainan ini.

Kami dari Persatuan Karom Malaysia mengharapkan beliau terus membantu dalam apa jua bentuk bantuan yang diberikan di masa hadapan untuk membangunkan Karom Antarabangsa di Malaysia. Di harapkan segala usaha beliau lakukan selama ini akan diteruskan oleh penganti beliau di masa hadapan.

Secara peribadi saya mengenali beliau sudah hampir enam tahun sejak Kejohanan Karom MAKSAK di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2003. Beliau mudah didekati, peramah, kelakar dan tegas orangnya. Saya mendoakan agar beliau sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang dan diberkati yang maha Esa. Selamat bersara Tuan Haji Ismail...

Bulan mengambang bintang berkelipan
Itulah keajaiban ciptaan Tuhan
Karom antarabangsa menjadi harapan
Semoga usaha Tuan Haji Ismail terus bertahan

Karom antarabangsa menjadi harapan
Semoga usaha Tuan Haji Ismail terus bertahan
Masih ramaikah di dalam kegelapan
Marilah menyokong jangan ada bantahan

Masih ramaikah di dalam kegelapan
Marilah menyokong jangan ada bantahan
Sokongan Tuan Haji Ismail sumber harapan
Tangan bersyukur menjadi tadahan

Sokongan Tuan Haji Ismail sumber harapan
Tangan bersyukur menjadi tadahan
Karom antarabangsa maju ke hadapan
Pengalaman KAROMAS menjadi taruhan

Harapan karom antarabangsa maju ke hadapan
Pengalaman KAROMAS menjadi taruhan
Tuan Haji Ismail bersara tahun dua ribu lapan
Saya doakan sekeluarga diberkati Tuhan

No comments:

Post a Comment