INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, September 15, 2009

AGM MARFIMA 2009

Tarikh : 13 September 2009

Masa : 10:00am - 01:45pm

Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Tingkat 1, Bilik Bunga Raya,
Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Logo baru MARFIMA
Timbalan presiden Tuan Haji sedang memberi ucapan pembukaan
AGM bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Presiden
Tuan Haji Mohd Isa bin Ibrahim Shah. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua perwakilan persatuan di bawah MARFIMA.

AGM kali ini MARFIMA telah memberi notis kepada semua persatuan supaya menghantar wakil pemilihan seramai lima orang sahaja. Persatuan Karom Malaysia diwakili oleh En. Azmi Mohd Baki, En. Soong dan En. Mohd Suhaizan. Saya bertanya pada En. Soong dan beliau menyatakan yang lain tidak dapat ikut serta kerana masing-masing mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Keseluruhan persatuan dibawah MARFIMA setakat ini 17 dan yang hadir hanya 11 persatuan sahaja. Kuota mencukupi dan AGM ini dapat diteruskan.


Barisan kepimpinan lama yang sedang mengadakan mesyuarat bersama perwakilan.
Banyak perkara yang disentuh dan banyak juga persoalan dari perwakilan mengenai perjalan MARFIMA sepanjang tempuh tersebut. Seperti biasa minit mesyuarat telah diluluskan selepas beberapa ahli yang menyuarakan mengapa MARFIMA yang tidak mengadakan mesyuarat hampir 10 tahun. Barisan Exco yang lama telah menceritakan masalah-masalah teknikal dan Juru Odit dalaman yang tidak berani untuk menanda tangani penyata kewangan.

Akhirnya barisan exco putuskan menyerahkan kepada juru odit luar untuk menyelesaikan masalah ini. Juru odit luar juga mengambil masa yang agak lama bila orang yang kendalikan akaun di syarikat tersebut telah berhenti kerja dan orang lain terpaksa menjalankan tugas tersebut. Barisan exco lama memohon maaf di atas apa yang telah berlaku dan diharap perkara ini tidak berulang lagi demi pembangunan dan aktiviti MARFIMA.

Usul penjenamaan juga telah dicadangkan daripada MAJLIS LEISURE DAN REKREASI MALAYSIA kepada MAJLIS LEISURE MALAYSIA. Perkataan LEISURE juga dibahas panjang lebar oleh beberapa perwakilan dan barisan exco telah memberi penjelasan kenapa perkataan LEISURE digunakan. Perwakilan telah mengundi samada masih mengekalkan LEISURE dan REKREASI atau hanya mengunakan LEISURE sahaja. Pemilihan LEISURE telah menerima undian tertinggi sekali. Oleh yang demikian perkataan “rekreasi” di dalam perlembagaan dilupuskan samasekali bersesuaian penjenamaan semula dan nama MARFIMA masih dikekalkan.

Presiden baru dilantik Dato' Abdullah Kassim memberi ucapan terimakasih kepada perwakilan kerana memilih beliau sebagai presiden yang baru. Beliau berjanji akan memberi tumpuan dan mempertingkatkan lagi MARFIMA ke arah yang lebih baik.

Pemilihan AJK juga berdasar kepada seorang ahli persatuan sahaja supaya MARFIMA dapat diwakili ramai suara dari setiap persatuan. En. Moh Suhaizan daripada Persatuan Karom Malaysia telah mencadangkan Azmi Mohd Baki sebagai salah seorang AJK dan beliau telah terpilih daripada 8 AJK yang baru dilantik.

Barisan kepimpinan yang baru dilantik oleh perwakilan untuk sessi 2009-2010.

Berikut adalah kepimpinan yang baru dilantik untuk sessi 2009
Presiden : Dato’ Abdullah Kassim (Angkatan Pelukis Malaysia)
Timbalan Presiden: Dato’ Dr Wong Sau Hou (Persatuan Pengembaraan Malaysia)
Naib Presiden: Nordin Hussain (Persatuan Rekreasi Nasional Malaysia)
Naib Presiden: N. Mohanadas (Persatuan Belia Sekolah Semangat Malaysia)
Naib Presiden: Haji Abdul Malik (Persatuan Mendayung Malaysia)
Setiausaha Agung: Lee Kwan Meng (Persatuan Orienteering Malaysia)
Penolong Setiausaha: Zulhapis
Bendahari: Maniam
Ahli Jawatan Kuasa:
Abdul Halim Yusof (Persatuan Rekreasi Nasional Malaysia)
Kamarudin Mokhtar (Persatuan Orienteering Malaysia)
Datin Jennifer Wong (Persatuan Pengembaraan Malaysia)
Sarjit Singh Sekhon (Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia)
Azmi Mohd Baki (Persatuan Karom Malaysia)
Dato’ Soraya
Mohd Hasrol
Zaidi

Sebahagian perwakilan yang hadir bersama-sama bergambar dengan saf-saf kepimpinan baru MARFIMA 2009.

Penulis memngharapkan kepimpinan yang baru ini akan melakukan kerja-kerja yang diamanahkan dengan bekerja bersungguh-sungguh ke arah yang lebih berjaya dan mertabatkan MARFIMA serta kebajikan NGO dan persatuan yang berpayung di bawah MARFIMA. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang perlu dibentang untuk kebaikan MARFIMA dan ahli-ahli di bawahnya.

Penulis ingin melihat MARFIMA kali ini berjalan secara sihat tanpa kepentingan individu yang hanya mementingkan kedudukan sahaja dan tidak menjalankan tugas atau tidak memberi fokus yang sewajarnya. Seperti kata Timbalan Presiden yang lama Tuan Haji mengatakan tanya diri kita terlebih dahulu sebelum kita memegang jawatan yang akan diberikan. Adakah kita layak atau sebaliknya. Kata kunci di sini tepuk dada tanyalah hati.

Penulis berdoa semoga MARFIMA kali ini lebih berjaya ke arah satu landasan demi kemajuan persatuan di bawah naungannya serta menaikkan nama negara secara amnya.

Sila layari laman web MARFIMA http://www.steveninteractive.com

No comments:

Post a Comment