INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, September 15, 2009

BERSAMA BEKAS SETIAUSAHA AGONG ICF

Tempat: Bangunan YMCA, Kuala Lumpur
Tarikh: 15 September 2009
Masa: 8:40pm - 10:35pm

Penulis bersama B Bagaru Babu di Kejohanan ICF Cup 2008 Colombo, Sri Lanka

B BAGARU BABU adalah bekas Setiausaha Agong ICF, bekas Presiden Tamilnadu Carrom Association dan sekarang beliau telah dilantik sebagai Executive President Tamil Nadu Carrom Association.

Beliau sudah berulang kali berkunjung ke Malaysia bermula dengan memperkenalkan karom antarabangsa sekitar tahun 1988 dan seterusnya semasa kejohanan terbuka Malysia tahun 1999 dan tahun 2001. Ketika itu beliau masih lagi memegang Setiausaha Agong ICF. Beliau banyak menolong Persatuan Karom Malaysia di dalam perkembangan skil pemain-pemain.

Semasa penulis membuat kursus asas di UMW dalam tahun 2001 kebetulan beliau telah datang ke Malaysia dan terus dari lapangan terbang datang ke tempat kursus. Begitulah prihatin beliau demi sukan karom antarabangsa. Komitmen beliau cukup tinggi sehingga ke hari ini walaupun umur semakin meningkat.

Begitulah cintanya demi karom yang telah menjadi darah daging beliau sejak sekian lama. Semasa penulis mewakili Malaysia sempena Kejohanan Piala ICF pada tahun 2008 di Colombo, Sri Lanka di dalam ucapan presiden ICF Arif Naqvi mengelarkan beliau sebagai “Bapa Karom”. Saya kira gelaran tersebut amat sesuai seperti yang telah beliau ditunjukkan selama ini.

Perjumpaan kami di bangunan YMCA di mana tempat mereka tinggal. Penulis bersama En. Soong dan Samohon MD Kassim sampai serentak tepat jam 8:30 malam dan terus masuk ke restoran YMCA. Mereka sudah menunggu kami dan Frankei Pek sahabat kami juga sudah sampai dahulu dari kami bertiga. Kedatangan kami adalah sebagai sahabat yang meraikan kenalan jauh bertandang ke rumah kami.







Masing-masing bertanya satu sama lain dan sudah tentu tajuk perbualan kami tidak dapat lari mengenai karom. En. B bagaru Babu juga memberi satu naskah CARROM COURIER setiap seorang. Bulitin CARROM COURIER di keluarkan oleh Tamil Nadu Carrom Association menceritakan aktiviti-aktiviti dan kejohanan karom di sekitar Tamil Nadu dan di tempat lain di India.

Kedatangan beliau kali ini bukan untuk kejohanan atau mengadakan kursus tetapi beliau membawa beberapa sahabat beliau untuk mengenali Malaysia. Bersama beliau adalah Manoharam, Raman Moorthy dan Dhamendra daripada Andra Pradesh Carrom Association. Mereka bertiga berkunjung ke Malaysia buat pertama kali dan En. B Bagaru Babu boleh dikatakan pemandu pelancung mereka.

Mereka juga merancang untuk melawat beberapa tempat-tempat yang menarik seperti Kuala Lumpur, Putra Jaya, Genting Highland, Melaka, Pulau Pinang dan sudah tentu lawatan mereka tidak lengkap jika mereka tidak berkunjung ke Batu Caves.

Mereka bertiga sampai hari ini iaitu 15 September dan akan pulang pada 23 September. Mereka berada di sini selama 9 hari dan penulis berpendapat mereka dapat merasakan suasana kehidupan, makanan dan kebudayaan rakyat Malaysia.

Kami bereda sekitar jam 10:30 malam semoga kami akan berjumpa lagi di masa dan tempat yang lain pula.

Kepada mereka saya mengucapkan selamat mengenali Malaysia dan semoga kedatang kali ini akan meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

No comments:

Post a Comment