CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, August 10, 2010

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2010

KEPUTUSAN KEJOHANAN KAROM MAKSAK
Tarikh: 06 hingga 08 Ogos 2010
Tempat: Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Tahun ini format kejohanankarom MAKSAK sedikit berbeza kerana pasukan lelaki dan wanita di pisahkan dan tidak seperti tahun-tahun yang lepas dimana lelaki dan wanita digabung menjadi satu pasukan sahaja. Sebenarnya format kejohanan peringkat antarabangsa juga seperti yang diadakan pada kali ini iaitu dua pemain perseorangan dan satu bergu. Saya merasakan format kejohanan kali ini bertepatan dan selari dengan format yang dianjurkan oleh Persatuan Karom Dunia. Semoga tahun-tahun yang akan datang dapat meneruskan format yang diperkenalkan pada tahun ini.

Saya melihat secara keseluruhan semua pasukan ada meningkatan dari segi mutu permainan dan pengetahuan undang-undang permainan. Sungguhpun begitu masih ada sebilangan kecil pemain yang melakukan kesalahan asas mungkin kerana tekanan suasana perlawanan atau tidak berhati-hati ketika mengambil giliran. Kesalahan paling asas seperti senarai di bawah dan diharap tahun-tahun yang akan datang tidak akan berulang lagi:-
1. Striker tidak menutup sepenuhnya bulatan dasar (full moon).
2. Striker menutup sepenuhnya bulatan dasar tetapi terkena garisan 45 darjah.
3. Striker tidak menyentuh kedua-dua garisan dasar (base line).
4. Mengambil giliran melebihi masa yang telah ditetapkan di dalam peraturan permainan.
5. Tangan atau siku melebihi garisan 45 darjah.
6. Mengambil striker yang masih bergerak atau ketika buah karom masih lagi berpusing.
7. Jari mengetuk-getuk permukaan papan kerana buah karomnya gagal masuk ke dalam saku.

Satu perkara yang menarik dan saya ingin ucapkan tahniah kepada semua pemain disepanjang saya mengadili perlawanan kali ini, tiada seorang pemain pun yang memegang kerusi atau papan karom semasa perlawanan. Ini menunjukkan majoriti pemain MAKSAK sudah faham setelah sekian lama didikan dan teguran yang disampaikan oleh pengadil-pengadil.

Saya juga perhatikan beberapa muka lama tidak lagi bermain dan bertindak sebagai pengurus atau jurulatih pasukan. Ini memberi peluang kepada muka-muka baru untuk diketengahkan dan menunjukkan bakat-bakat baru yang berpotensi. Tetapi bagi pasukan elit kebanyakkannya masih muka-muka lama dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa pasukan ini tiada pelapis. Ini kerana pemain yang tercedera terpaksa pula mengambil bahagian. Agak malang jika program mencari pelapis tidak dijalankan dan mungkin suatu masa nanti pasukan tersebut akan ketandusan pemain.

Di samping itu saya cukup gembira kerana ramai pemain-pemain baru yang banyak bertanya kepada pengadil-pengadil dari segi teknik dan undang-undang permainan. Saya merasakan ini merupakan perkara yang sihat dan diharap muka-muka baru inilah yang akan memberi nafas baru kepada permainan karom antarabangsa di masa hadapan. Suatu hari nanti anda juga akan menjadi seperti pasukan elit dengan kesungguhan dari segi latihan dan kecintaan terhadap sukan ini.

LELAKI KUMPULAN A

LELAKI KUMPULAN B

LELAKI KUMPULAN C

LELAKI KUMPULAN D

















Pasukan Kuala Lumpur

WANITA KUMPULAN A

WANITA KUMPULAN B

WANITA KUMPULAN C

WANITA KUMPULAN D




























Pasukan Negeri Kedah

Perseorangan Lelaki Pertama

Bergu Lelaki

KEPUTUSAN AKHIR PASUKAN LELAKI
Johan: Kuala Lumpur
Naib Johan: Johor
Tempat Ketiga & Keempat: Selangor & Trengganu





Ketiga: Pasukan Selangor dan Pasukan Trengganu

Naib Johan: Pasukan Johor

Johan: Pasukan Kuala Lumpur

Perseorangan Wanita Pertama

Perseorangan Wanita Kedua

Bergu Wanita

KEPUTUSAN AKHIR PASUKAN WANITA
Johan: Selangor
Naib Johan: Kedah
Tempat Ketiga & Keempat: Kuala Lumpur & Pulau Pinang



Naib Johan: Pasukan Kedah

Johan: Pasukan Selangor

Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan yang telah berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh jurulatih dan pengurus pasukan masing-masing. Kepada pasukan yang gagal teruskan usaha anda tanpa merasa jemu dan “post mortem” mencari punca sebenar kegagalan pada tahun ini. Mencari jalan penyelesaian dengan idea yang bernas adalah jalan terbaik untuk memajukan diri di masa hadapan dan bukan mencari kesalahan individu tertentu.

Saya sebagai salah seorang pengadil mewakili rakan-rakan memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati di atas tindakkan kami semasa menjalankan tugas. Apa jua keputusan yang yang kami ambil tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata demi mutu kejohanan berjalan secara adil dan profesional. Mungkin hukuman yang diistiharkan oleh pengadil semasa kita melakukan kesalahan tidak akan berulang dan dalam masa yang sama menjadi satu peringatan berguna kepada anda sebagai seorang pemain di masa hadapan. Kadangkala kesalahan kita lakukan itu menjadikan kita lebih dewasa seperti perjalanan kehidupan seharian kita.

Sebahagian Pengadil di meja bulat sebelum penyampaian hadiah

Pengadil: dari kiri kekanan, Mohd Suhaizan, Frankie Pek, Rahim, Samohon MD Kassim, A. Kamaruddin, Waharuddin, Gopi dan Sabirin.

Akhir kata kepada pengadil yang berkerja keras disepanjang kejohanan diucapkan tahniah di atas didikasi dan komited yang anda tunjukkan. Penat jerih dan pengorbanan anda adalah dihargai dan disanjungi tinggi.

Kepada pemain-pemain dan pengurus-pengurus pasukan berjumpa lagi di kejohanan karom MAKSAK di waktu dan destinasi yang lain pula. Ketika itu pasukan anda mungkin sudah banyak membuat perubahan demi mencapai kejayaan yang diidamkan.

1Malaysia! 1Karom!

No comments:

Post a Comment