INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA

Selepas bermandi peluh (panik dan buntu) pada minggu lepas di Kejohanan Karom MAKSAK 2010, maka tiba hari yang ditunggu oeh umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan. Kita bersama berdoa kehadrat Ilahi supaya dipanjangkan umur dan berjaya mengharungi hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini dan Ramadhan yang akan datang. Rasulullah berdoa: "Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”

Kita perlu bersyukur kerana betapa besarnya rahmat Allah bila kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.” Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil).

Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua kenalan dan peminat karom terutama kepada pengunjung yang setia melayari http://komunitikarom.blogspot.com.

Berlapar dan dahaga di siang hari
Tanda beribadah di bulan Ramadhan
Jangan asyik menghitung hari
sebagai umat patuh pada suruhan

Jangan asyik menghitung hari
Sebagai umat patuh pada suruhan
Pahala ibadah perlu dicari
Jangan engkar seruan Tuhan

No comments:

Post a Comment