INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, January 11, 2010

KEJOHANAN KAROM PESUMA 2009



Penganjur : JUPEM, Kuala Lumpur.
Tempat : Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh : 11, 12 & 13 Desember 2009

Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia (PESUMA) adalah sukan untuk kakitangan kerajaan di bawah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Tuan rumah Kejohanan Sukan DWI Tahunan PESUMA kali ke 28 kali ini jatuh kepada JUPEM Kuala Lumpur. Kejohanan pada tahun ini di sertai oleh 15 JUPEM negeri, INSTUN dan 3 kontinjen jemputan daripada Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam, Jabatan Tanah dan Survey Sarawak dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Seramai 1897 peserta termasuk pegawai-pegawai yang mewakili kontinjen masing-masing. Upacara majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

Kebanyakkan sukan yang popular dipertandingkan pada tahun ini seperti Badminton, Bola Jaring, Hoki, Futsal, Tarik Tali, Tennis, Ping Pong, Sepak Takraw, Bola Tampar, Golf, Damak, Dam Aji, Dart dan tidak ketinggalan Karom. Satu perkara menarik pada tahun ini PESUMA buat pertama kalinya memperkenalkan permainan karom mengunakan undang-undang karom antarabangsa. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur kerana secara tidak lansung menggangkat taraf permainan karom antarabangsa di kalangan kakitangan kerajaan dimana sebelum ini Sukan MAKSWIP, Sukan MAKSAK, Sukan NRE sudah lama mengunakan format karom antarabangsa. Sukan JPS dan Sukan MOSTI sudah mula mengikut langkah dan minat karom antarabangsa dan kini JUPEM juga nampaknya mengikut arus perkembangannya. Ini adalah satu perkara yang sihat demi sukan karom antarabangsa dan sukan negara kita.

Pada peringkat awal PESUMA hanya mahu saya seorang sebagai pemerhati dan memberi taklimat mengenai undang-undang karom antarabangsa sahaja. Selepas perbincangan demi perbincangan akhirnya pihak penganjur telah bersetuju mengunakan perkhidmatan pengadil daripada Persatuan Karom Malaysia. Keputusan ini juga dibuat untuk mengelak sebarang kekecohan yang bakal berlaku dan mengunakan pengadil yang profesional adalah jalan yang terbaik.

Pada peringkat awal saya sedikit curiga dan risau kerana ini merupakan julung kalinya diadakan dan sebelum ini saya tidak pernah mendengar PESUMA bermain karom antarabangsa. Beberapa soalan cepumas bermain di kepala saya seperti bagaimanakah keadaan pemain-pemain pada hari kejohanan, adakah nanti akan menjadi kekalutan dengan pelbagai pertanyaan dan yang lebih penting dapatkah masa perlawanan ditamatkan mengikut jadual seperti dirancangkan oleh pihak penganjur.

Pada hari pertama di sebelah pagi tugas pertama saya adalah memberi taklimat undang-undang karom antarabangsa kepada pengurus-pengurus pasukan. Saya juga melihat dua pengurus pasukan yang saya kenali iaitu daripada Pahang dan Pulau Pinang. Semasa memberi taklimat sudah ada beberapa pengurus yang sedikit keliru mengenai undang-undang permainan dan ada tidak tahu lansung cara permainan karom antarabangsa. Saya telah memberi taklimat panjang lebar mengenai undang-undang asas yang penting seperti kiraan mata kemenangan, masa giliran, kesalahan dan penalti. Harapan saya semoga pengurus- pengurus dapat memberi kefahaman kepada pemain-pemain mereka supaya perjalanan kejohanan nanti berjalan lancar tanpa sebarang kemuskilan.

Pada sebelah petangnya saya dan pihak penganjur telah meninjau gelanggang kejohanan disamping menyusun papan karom untuk persedian kejohanan yang bakal dijalankan pada waktu malam nanti. Agak terkejut dan menyedihkan kerana tempat yang disediakan agak sempit dan mungkin pergerakkan semasa kejohanan berlansung agak terbatas. Pihak penganjur mengatakan tempat ini telah ditukar kerana gelanggang asal tidak dapat digunakan kerana salah satu dewan telah berlaku kemalangan iaitu lampu siling telah terjatuh. Untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada peserta-peserta, maka Bilik Koperasi UPM ini telah dipilih sebagai ganti. Kami cuba sedaya-upaya menyusun papan karom dengan sempurna walaupun dengan keadaan bilik yang kurang sesuai dan tidak selesa. Harapan saya semoga perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.

Hari pertama perlawanan telah di adakan pada sebelah malamnya kerana banyak perlawanan perlu diselesaikan mengikut jadual yang telah disusun rapi. Semasa memberi taklimat kepada pemain-pemain saya menjadi sedikit lega kerana rata-rata pemain setiap negeri pernah bermain untuk kejohanan karom MAKSAK yang diadakan pada setiap tahun. Secara peribadi saya mengenali kebanyakkan dari mereka setelah terlibat selama 7 tahun sebagai pengadil tetap Kejohanan Karom MAKSAK.

PENYERTAAN PASUKAN LELAKI
Kumpulan A : Pulau Pinang, Kelantan, Melaka dan Serawak
Kumpulan B : Perlis, Instun, Pahang dan Sabah
Kumpulan C : Kedah, N. Sembilan, Kuala Lumpur dan Labuan
Kumpulan D : Johor, Perak, Selangor dan Trengganu

























PENYERTAAN PASUKAN WANITA
Kumpulan A : Pahang, Selangor dan Kedah
Kumpulan B : Pulau Pinang, Perak dan Kelantan
Kumpulan C : N. Sembilan, Perlis, Sabah dan Instun
Kumpulan D : Johor, Serawak, Kuala Lumpur dan Melaka















Di sepanjang kejohanan berlansung tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan setiap perlawanan berjalan lancar mengikut jadual. Secara peribadi keseluruhan pasukan lelaki dan wanita bermain dengan baik cuma beberapa teknik permainan perlu di tingkatkan lagi. Kefahaman undang-undang permainan juga boleh dikatakan agak baik juga dan ini menunjukkan peserta-peserta telah membuat latihan yang agak konsisten. Saya mengharapkan di masa yang akan datang mutu permainan dan tahap skil pemain terus bertambah baik juga tidak ketinggalan mendalami undang-undang permainan karom antarabangsa sebaik mungkin.

PERLAWANAN AKHIR PASUKAN LELAKI - PAHANG vs KUALA LUMPUR



KEPUTUSAN AKHIR PASUKAN LELAKI
Johan: Pahang
Naib Johan: Kuala Lumpur
Ketiga: Johor
Keempat: Pulau Pinang
Pasukan Lelaki Negeri Pahang muncul Juara Karom PESUMA 2009 kali ke 28.

PERLAWANAN AKHIR PASUKAN WANITA - PAHANG vs PERAK



KEPUTUSAN AKHIR PASUKAN WANITA
Johan: Pahang
Naib Johan: Perak
Ketiga: Johor
Keempat: Negeri Sembilan
Pasukan Wanita Pahang muncul Juara Karom PESUMA 2009 kali ke 28.

Juara Karom PESUMA 2009 Pasukan Lelaki dan Wanita Pahang.

Saya merakamkan setinggi tahniah kepada pasukan karom daripada Pahang Darul Makmur yang muncul sebagai juara berganda pada kejohanan karom PESUMA kali ke 28 dimana pasukan lelaki dan wanita telah berjaya menungguli kategori masing masing. Kepada pasukan yang berjaya teruskan latihan dengan konsisten, manakala pasukan yang tidak berjaya diharap cuba lagi pada tahun-tahun akan datang dengan usaha yang lebih gigih.

Majlis Penutupan telah diadakan di Stadium Pusat Sukan UPM pada hari terakhir kejohanan yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Sr Dr. Abdul Kadir b. Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang merangkap Yang Di Pertua Majlis Sukan JUPEM.

Tahniah juga kepada kontinjen daripada Kuala Lumpur yang telah muncul sebagai juara keseluruhan pada PESUMA yang diadakan kali ke 28. Pada majlis yang sama pengumuman telah dibuat bahawa tuan rumah seterusnya ialah JUPEM Johor.

Saya mewakili Persatuan Karom Malaysia berbangga SUKAN JUPEM tahun 2009 telah berjaya membawa Karom Antarabangsa ke satu tahap yang boleh dibanggakan dimana mengambil inisiatif mengadakan kejohanan yang berskala besar seperti PESUMA.

Saya mengucapkan tahniah kepada penganjur JUPEM Kuala Lumpur yang berjaya mengendalikan dengan baik walaupun pada peringkat awal timbul sedikit masalah gelanggang permainan karom. Terimakasih saya tujukan khas kepada En. Jailani dan En Abdul Mutalib kerana memberi kerjasama disepanjang kejohanan kepada pengadil sehingga selesainya kejohanan ini tanpa menimbul sebarang masalah. Saya mengharapkan Karom Antarabangsa akan menjadi salah satu acara sukan utama di Kejohanan Sukan PESUMA di masa hadapan.


Azhar Suratman, Mohd Suhaizan Mat Karri, Waharuddin Md. Tan, Hairol Azhar Musa, Sulaiman Baharuddin dan Mohd Sabirin Mohd Sarbini. Roslan Omar dan Sahipulbahry Sahiddin tidak bersama kerana mereka berdua pulang awal.

Sebelum tirai dilabuhkan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi berterimakasih kepada pengadil-pengadil yang telah memberi kerjasama dan berkerja keras disepanjang kejohanan berlansung. Sehingga berjumpa lagi di kejohanan yang akan datang, teruskan mempromosi karom antarabangsa walau dimana anda berada.
"Karom untuk semua"