INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, July 1, 2011

NOSTALGIA SIRI 1

Pada suatu hari di hujung minggu sedang saya berkemas-kemas untuk membuat persediaan berpindah ke rumah baru, saya terjumpa gambar-gambar lama aktiviti-aktiviti karom di dalam kotak yang terletak di dalam bilik setor. Saya 'scan' gambar-gambar tersebut dan buat sedikit catatan untuk dipaparkan dan dikongsi bersama dengan pengunjung setia komunitikarom. Harap maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan, maklumlah gambar yang sudah berusia hampir sepuloh tahun. KURSUS ASAS KAROM ANTARABANGSA. Tarikh: 27 Oktober 2001 Tempat: UMW, Shah Alam, Selangor. Untuk pengetahuan pembaca di peringkat awal memang sukar menembusi minda peminat karom di UMW dan ada yang memberi pandangan yang berbeza-beza mengenai karom antarabangsa. Tetapi saya mengambil pendekatan yang positif untuk memajukan sukan ini di UMW khususnya dan Malaysia amnya. Kita perlu belajar perkara-perkara baru untuk terus ke hadapan dan bersaing dengan dunia luar. Jika kita mengambil sikap tidak peduli, maka kita dalam kerugian dan masa depan kita akan malap dan akhirnya terus gelap. Sungguh pun hari demi hari perkara baru kita pelajari tetapi dalam masa yang sama benda yang lama yang ada kebaikan perlu juga dibawa bersama. Begitulah saya gambarkan permainan karom antarabangsa dan karom tempatan. Masing-masing ada kekuatan tersendiri dan saya sarankan setiap pemain karom dapat bermain dengan kedua-dua cara tersebut. InsyaAllah semoga suatu hari nanti akan menjadi kenyataan dengan sokongan padu setiap pemain karom sendiri. Saya sungguh bertuah kerana berpeluang mengenali permainan karom antarabangsa yang pada mulanya begitu asing bagi saya. Ketika amanah diberikan kepada saya sebagai pengerusi karom Kelab UMW pada tahun 1998 saya memikul satu tanggungjawab besar untuk memperkembangkan sukan ini di dalam kumpulan anak-anak syarikat UMW. Selepas itu UMW tidak menoleh ke belakang lagi dan hingga kini ramai yang sudah mengetahui permainan karom antarabangsa walaupun sebahagian kecil skil mereka masih lagi lemah. Sehingga kini legasi yang saya tinggal masih lagi berjalan dengan baik dan diterima pakai oleh pihak pengurusan UMW. Saya berani katakan UMW adalah satu-stunya badan korporat yang pertama mempunyai papan karom antarabangsa hampir 20 keping dan mempunyai kejohanan sendiri. Masih ramai rakan-rakan saya yang terus beristiqomah dengan karom antarabangsa dan ada pula sesetengah mereka sudah gantung jari. Kemungkinan dinaikkan pangkat dan kekangan bebanan kerja terus meningkat seiring dengan pangkat yang dipegang.

  E. Mohd Suhaizan sebagai koordinator dan juga salah seorang tutor sedang memberi ucapan alu-aluan kepada peserta-peserta yang dapat menghadiri kursus Asas. En. Hamdan (Ketua Union UMW) telah memberi ucapan perasmian kursus asas karom antarabangsa. Mr. B Bagaru Babu memberi ucapan sebagai seorang International Carrom Federation General Secretary (sekarang bekas). Peserta-peserta sedang membaca module latihan yang diberikan. En. Mohd Suhaizan sedang menerangkan sesuatu kepada peserta-peserta. En. Roslan Omar sedang menerangkan secara jelas pada white board. Peserta tengah kusyuk mendengar daripada penceramah. B Bagaru Babu sedang menunjuk ajar kepada peserta-peserta. B Bagaru Babu membuat demo secara lansung dengan Azhar dan mengeluarkan skil lama beliau... hari itu Azhar terkena, mana boleh lawan sifu... En. Samohon MD Kassim, En. B. Bagaru Babu & En. Mohd Suhaizan Frankie Pek, Mohd Suhaizan, B Bagaru Babu, Roslan Omar dan Samohon MD Kassim. Gambar kenangan peserta bersama-sama tenaga pengajar dan B. Bagaru Babu. Kursus ini pernah disiarkan di dalam majalah CARROM COURIER yang diterbitkan oleh Tamilnadu Carrom Association India pada Januari 2002.

No comments:

Post a Comment