INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, November 29, 2011

PENTAULIAHAN PENGADIL ICF

Pada kejohanan Piala ICF 2011 di Kuala Lumpur juga berlansung satu peperiksaan pentauliahan pengadil karom yang dianjurkan oleh Persatuan Karom Antarabangsa. Tauliah ini adalah anugerah tertinggi sebagai pengadil yang diiktiraf oleh Persatuan Karom Antarabangsa.

Sebelum peperiksaan dijalankan, satu kursus intensif telah dikendalikan oleh Pengarah teknikal daripada Persatuan Karom Antarabangsa iaitu En. Raveendran dan bersama pembantu beliau En. Udayakumar daripada India. Kursus dijalankan selepas sahaja jadual perlawanan harian kejohanan berakhir pada setiap hari. Kursus yang dijalankan berakhir jam 10 malam dan ada yang menghampiri tengah malam. Rasanya teringat kembali nostalgia ketika menghadapi peperiksaan semasa persekolahan duhulu.

Ketika kursus dijalankan seramai sembilan peserta terdiri daripada Puspa, Norlia, Ranbir, Waharuddin, Mat Din, Frankie Pek, Jegathesan, Mohd Sabirin dan Mohd Suhaizan. Tetapi di hari peperiksaan Norlia dan Jegathesan menarik diri, mungkin tidak bersedia atau tidak beberapa yakin dengan ilmu yang ada. Semasa peperiksaan itu juga seorang daripada peserta daripada Pakistan En. Murtaza K Zulfee turut mengambil bahagian dan beliau seorang pemain karom dan bergiat cergas di dalam Persatuan Pakistan sebagai setiausaha.

Sedang menyiapkan tugasan yang diberikan... Rajin nampak!

Pengadil terpaksa bekerja keras semasa kejohanan berlansung dan dalam masa yang sama terpaksa mengikuti kursus dan mentelaah undang-undang karom antarabangsa sebagai persediaan. Penat sudahlah tentu tetapi kerana ingin memperolehi sesuatu anugerah yang tertinggi, maka penat ditolak ketepi demi mengejar kertas yang sekeping sebagai pengiktirafan.

Ujian dijalankan dengan tiga sesi iaitu:
1. Ujian bertulis (2 jam)
2. Ujian semasa mengadili perlawanan.
3. Ujian oral bersama Pengarah Teknikal ICF dan Presiden ICF.

Berikut adalah keputusan dan ranking peserta-peserta:
1. Mohd Suhaizan
2. Mohd Sabirin
3. Puspa
4. Frankie Pek
5. Mat Din
6. Ranbir
7. Waharuddin

Kepada peserta yang mendapat keputusan cemerlang diucapkan tahniah dan kepada yang hanya melepasi pagar sahaja teruskan usaha anda di masa hadapan dengan lebih baik lagi.

No comments:

Post a Comment