INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, June 29, 2011

KEJOHANAN KAROM PIALA ASIA 2011 KALI KE 4 DI MALDIVES


Kejohanan Karom: Piala Asia ke 4
Tarikh: 1 hingga 4 Jun 2011
Tempat: Carrom Association of the Maldives Hall, Male, Republic of the Maldives.

Pada kejohanan kali ini penyertaan tidak memberansangkan kerana hanya 6 pasukan sahaja yang mengambil bahagian. Pasukan Jepun tidak turut serta kerana masih lagi terbenlengu kesedihan bencana Tsunami yang melanda negara matahari terbit baru-baru ini. Korea dan Nepal yang selalunya tidak ketinggalan menyertai kejohanan kali ini tidak menghantar pasukan.

Pasukan Malaysia pula menghadirkan diri dengan pelbagai masalah pada awalnya tetapi akhirnya dapat juga membentuk satu pasukan. Pemilihan mewakili Malaysia untuk kejohanan kali ini berdasarkan rekod kejayaan semasa Kejohanan Karom Berpasukan Piala Koperat 2010. Bermula dengan pasukan UM dan selepas itu peluang kedua diberikan kepada pasukan EPF. Pasukan EPF juga gagal menyediakan peruntukkan dan akhirnya peluang tersebut jatuh pula kepada pasukan Karomas. Oleh kerana kesuntukkan masa kesemua pemain dan pegawai pergi secara berasingan kerana masalah tiket penerbangan. Masalah tersebut juga melihat pasukan Malaysia terlepas peluang bermain pada hari pertama kejohanan.

Berikut adalah keputusan rasmi:
1) India 2) Bangladesh 3) Sri Lanka 4) Maldive 5) Pakistan 6) Malaysia

Gambar kenangan bersama presiden.

Bersama setiausaha agong persatuan karom Maldives, presiden karomas dan pegawai teknikal kejohanan daripada India

Suhaizan sedang berlawan dengan pemain India no. 1... dapat juga mata dan membawa ke papan ke lima dan ke enam di permainan kedua.

Kamarudin sedang menghadapi pemain India no. 2... renung saja nampak... kite serupe

Christopher sedang menghadapi pemain India no. 3... Pemain pelapis bagi pasukan India yang terbukti bakal penganti pemain senior.

Gambar kenangan...

Bersama pasukan Bangladesh.

Bersama pasukan Pakistan.

Bersama pemain senior India yang masih lagi unggul.

Bersama pemain pelapis India yang berwibawa dan sedang meningkat naik.

Bergambar sebelum makan malam dan penyampaian hadiah.

Bersama pegawai teknikal kejohanan daripada India.

Bersama salah seorang pemain senior Maldive yang tidak dapat sertai kejohanan kali ini kerana kekangan perkerjaan.

Bersama bekas setiausaha agong ICF yang juga dikenali sebagai bapa karom dan sekarang ini masih aktif dan memegang jawatan sebagai Presiden karom Tamil Nadu.

Bersama Billy Steven yang sekarang ini bergiat cergas sebagai jurukamera yang bertanggungjawab merakam kebanyakkan kejohanan karom di dunia. Hasil kerja beliau boleh dijadikan bahan rujukkan dan arkib perpustakaan karom. Ini merupakan satu khazanah yang cukup bernilai pada dunia karom di masa hadapan. Well done Billy, your time and hard work to world of carrom is priceless.

Kejohanan kali ini saya menganalisa bagaimana setiap pasukan berjaya mempertahankan mutu permainan dan ada pasukan yang menunjukkan peningkatan di dalam permainan pasukan mereka. Formula bagi pasukan yang popular kerana mereka adalah profesional dan karom merupakan karier iaitu mata pencarian mereka. Mereka sentiasa memberi tumpuan terhadap latihan dan komited.

Rumusan yang saya ingin berikan adalah pasukan Malaysia memerlukan beberapa langkah demi pembangunannya iaitu:
1) Mengadakan kursus permainan secara berterusan
2) Mendapatkan khidmat jurulatih yang profesional
3) Perlu mengadakan banyak kejohanan
4) Kosisten dan menjalani latihan yang betul
5) Membentuk pasukan pelapis
6) Sokongan padu daripada pemain karom