INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, July 18, 2011

SUKAN KAROM NRE 2011 KALI KE 4

Tempat: Dewan Putra 2 (UPM), Serdang, Selangor.
Tarikh: 16 - 17 Julai 2011
Masa: 8:30 pagi

Kejohanan Karom NRE 2011 ke 4 kembali lagi dan JUPEM telah dipilih menjadi tuan rumah pada kali ini. Format kejohanan adalah permainan regu sahaja iaitu satu regu lelaki, satu regu wanita dan satu regu campuran. Format kejohanan ini dikekalkan seperti tahun-tahun yang lepas.

Kumpulan A
JPSM, NRE, PERHILITAN, NAHRIM dan JAS

Kumpulan B
JPS, JMG, FRIM, JUPEM dan JKPTG

Suasana di dalam dewan pertandingan juga sangat memuaskan dengan dilengkapi sistem berhawa dingin. Cuma suhu di dalam dewan agak sejuk sedikit sehinggakan ada pemain tidak dapat bermain dengan baik. Saya juga melihat beberapa pemain mengigil-gigil ketika mengambil giliran dan menyusun buah karom di dalam bulatan luar. Mungkin juga terlampau sejuk atau mengigil kerana panik... apa-apa pun pertandingan berjalan lancar tanpa insiden-insiden yang tidak diingini.

Jadual keseluruhan kejohanan masih di dalam kawalan dan semua pasukan yang bertanding berpuas hati walaupun terdapat satu atau dua permainan yang mengambil masa sedikit terutama regu wanita. Hanya satu sahaja yang memberi sedikit tekanan kepada urusetia iaitu pada saat-saat akhir di pusing awal dimana Pasukan Jabatan Taman Laut telah menarik diri dari kejohanan. Keputusan pembatalan pasukan tersebut terpaksa diambil mengikut garis panduan kejohanan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Urusetia terpaksa bekerja lebih sedikit untuk mengira kembali permarkahan di Kumpulan A. Tidak ketinggalan kad kiraan permainan Pasukan Jabatan Taman Laut terpaksa ditulis kembali sebagai bukti jika ada perkara-perkara berbangkit di masa hadapan.

Sebelum kejohanan bermula saya selaku ketua pengadil telah memberi taklimat mengenai asas undang-undang permainan karom antarabangsa supaya pertandingan berjalan lancar dan semua pihak dapat bermain tanpa melakukan kesalahan. Dan yang lebih penting setiap pemain dapat bermain dengan lebih yakin dan tidak ragu-ragu semasa perlawanan.

PUSINGAN AWAL KUMPULAN A DAN KUMPULAN B



























Carta keputusan pusingan awal kumpulan A

Carta keputusan pusingan awal kumpulan B


PERLAWANAN SUKU AKHIR PERTAMA DI ANTARA JUPEM vs JMG




PERLAWANAN SUKU AKHIR KEDUA DI ANTARA JPS vs JPSM




PERLAWANAN TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT DI ANTARA JMG vs JPSM




PERLAWANAN AKHIR DI ANTARA JUPEM vs JPS




Carta keputusan pusingan terakhir

Syabas kepada pasukan JUPEM yang muncul sebagai juara dengan bergaya. Kemungkinan besar munculnya juara kerana Ketua Penyelaras berbelanja besar 'Sate Kajang' selepas muncul johan kumpulan B. Ini satu motivasi yang cukup berkesan dan ada di antara pemain bersetuju meneruskan pengurusan ini ;-)

Pasukan juara bersama dengan urusetia yang berdidikasi menjalankan tugas.

Pasukan JMG dan Pengadil

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan karom NRE 2011:

JOHAN - JUPEM
NAIBJOHAN - JPS
KETIGA - JMG
KEEMPAT - JPSM

Kesimpulannya ialah kejohanan karom NRE 2011 anjuran JUPEM tahun ini begitu meriah dan saya percaya telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di harapkan kejohanan ini dapat diteruskan agar ukhwah antara semua komuniti karom di NRE dapat diperkukuhkan lagi dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Kepada pasukan yang gagal bukan bermakna akan gagal selamanya, jadikan kegagalan hari ini untuk melakar kejayaan di hari esuk. Apa yang perlukan dilakukan ialah dengan muhasabah diri dan mencari jawapan kepada kekalahan tersebut. Bila anda sudah mendapat jawapannya, maka anda perlu melakukan dengan segera untuk memperbaikinya dan itulah jalan keluar yang terbaik.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kekalkan prestasi anda kerana saat-saat pasukan anda bergembira ada pasukan yang lain yang akan berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. Oleh itu pasukan anda tidak boleh leka dan teruskan latihan yang lebih gigih dan konsisten.

Saya mengucapkan syabas kepada komuniti karom NRE kerana ada di antara pemain sudah meningkat mutu permainan dan mempunyai skil yang agak memuaskan. Kebanyakan pemain juga dapat bermain dengan baik hanya dua atau tiga pemain sahaja yang melakukan kesalahan kecil. Ini menunjukkan rata-rata pemain-pemain sudah faham dan menerima karom antarabangsa dengan baik. Graf pencapaian ini adalah satu petunjuk yang baik dan diharap pada di masa-masa yang akan datang mutu permainan terus meningkat.

Kepada urusetia yang bekerja keras untuk memastikan kejayaan sebelum, semasa dan selepas kejohanan ini saya mengucapkan tahniah kepda mereka kerana anda semua berjaya mengendalikannya dengan baik sekali. Tidak ketinggalan terimakaseh juga kepada pengadil-pengadil yang berkerja keras mengawasi kejohanan kali ini dengan jayanya.

Panjang umur kita berjumpa lagi di KEJOHANAN NRE ke 5 pada tahun 2013. Akhir kata maju sukan untuk negara dan teruskan perjuangan anda di dalam permainan karom antarabangsa.

Wednesday, July 13, 2011

NOSTALGIA SIRI 4

Kejohanan Karom Piala koperat III
Tarikh: 15 & 16 November 2003
Tempat: Dewan Serbaguna Tasek Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Pada kejohanan kali ini pasukan UMW mendapat tempat ke lima dan menyampaiannya agak merosok sedikit jika dibandingkan dengan kejohanan Piala Korperat II. Walau bagaimanapun secara keseluruhan di anggap sudah menepati piawaian yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan.

Mazlan sedang beraksi.

Azhar juga nampaknya mengambil giliran dengan penuh kosentrasi.

Gambar pasukan Duduk dibarisan belakang bermula dari kiri ke kanan ialah Mazlan, Ibrahim dan Azhar, manakala duduk barisan hadapan bermula dari kiri ke kanan ialah Suhaizan dan Kamarudin.

Monday, July 11, 2011

NOSTALGIA SIRI 3

Kejohanan Karom Piala koperat II
Tarikh: 10 & 11 November 2001
Tempat: Dewan Serbaguna JKR, Kuala Lumpur.

Ini merupakan kejohanan karom yang pertama disertai oleh pasukan UMW di peringkat kebangsaan. Sungguh pun begitu pasukan UMW menunjukkan pencapaian yang agak baik dan sebagai pengurus saya mengucapkan sekalung tahniah dengan pencapaian tersebut.

Berdiri di depan pintu utama dewan pertandingan.

Bermula dari kiri kekanan Azhar, Mazlan, Suhaizan, Faizal dan Hely Masadang.

Hely sedang beraksi...

Pasukan wanita UMW sedang beraksi...

Pasukan wanita UMW berjuang terus mencari kemenangan...

Thanabakiam mengambil hadiah kemenangan untuk pasukan wanita UMW di tempat keempat.

Suhaizan mengambil hadiah kemenangan untuk pasukan lelaki UMW di tempat ketiga.

Pasukan lelaki dan pasukan wanita bergambar bersama piala kemenangan. Berdiri dari kiri ke kanan ialah Mohananbal, Thanabakiam, Suhaizan. Maaf dua pemain wanita di sebelah saya tidak dapat mengingati nama mereka maklumlah dah sepuluh tahun usia gambar ini. Manakala duduk dari kiri ke kanan ialah Mazlan, Hely Masadang, Azhar dan Faizal.

Pengalaman lalu terukir indah
Bila dikenang tersenyum sendiri
Kemenangan diperolehi bukan mudah
Ada di antara kami bengkak jari

Kemenangan diperolehi bukan mudah
Ada di antara kami bengkak jari
Malas turun ke gelangang itulah padah
Banyakkan latihan jangan bersendiri