CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, September 12, 2012

PESTA SUKAN DWI TAHUNAN JPS MALAYSIA KALI KE 12, 2012



Tarikh: 7 - 8 Jul 2012
Tempat: USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

HARI PERTAMA (6/7/2012)

Kami bertiga iaitu En. Roslan Omar, En. Sulaiman dan saya bergerak dari Shah Alam pada jam 11:45 pagi menuju ke USIM Nilai. Dua lagi pengadil En. Mohd Zaini dan Mat Daud tidak bersama kami kerana mereka terpaksa menyelesaikan urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun mereka akan tiba pada hari kejohanan nanti. Kami bertiga tiba lebih awal untuk menghadiri acara pembukaan dan memberi taklimat undang-undang permainan kepada pengurus-pengurus pasukan yang mengambil bahagian.


Sebelum ucapan pembukaan perasmian dilakukan, wakil dari USIM memberi sedikit maklumat am yang perlu dipatuhi oleh pihak penganjur, pengurus pasukan dan tidak ketinggalan para peserta di sepanjang kejohanan berlansung. Pembukaan kejohanan dirasmikan oleh Tuan Hashim bin Osman, Yang dipertua Kelab Sukan & Sosial JPS Negeri Sembilan merangkap Pengarah JPS Negeri Sembilan. Beliau mengalu-alukan kontinjen yang bertanding dan dalam masa yang sama berkesempatan melancong di Negeri Sembilan.

 Taklimat kepada pegurus-pengurus

Selesai sahaja acara perasmian, maka tiba pula giliran ketua pengadil untuk memberi taklimat undang-undang permainan mengikut kategori sukan yang dipertandingkan. Terdapat 14 jenis sukan dipertandingan kali ini. Sukan tersebut adalah Golf, Bola Tampar, Bolasepak, Bola Jaring, Pingpong, Badminton, Tenis, Canoe, . Kejohanan Dwi tahunan JPS Malaysia ini adalah peringkat kebangsaan dan pasukan yang mengambil bahagian adalah negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Kelantan, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Perlis, Sabah, Sarawak, KESSO, KEJAPS, dan BPME. Pihak penganjur telah memberi taklimat mengenai peraturan am kejohanan yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh peserta yang mengambil bahagian. Selepas itu gilirana saya pula memberi taklimat undang-undang permainan kepada pengurus-pengurus pasukan untuk disampaikan kepada pemain-pemain mereka. Taklimat yang diberikan sudah cukup untuk bermain dengan baik pada hari pertandingan nanti. Sesi soal jawap semasa memberi taklimat dapat saya rumuskan bahawa JPS masih baru dan perlu dipertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang permainan dari masa ke semasa.

Saya juga dibantu oleh tiga pengadil dari Negeri Sembilan yang disediakan oleh pihak penganjur. Malam itu saya telah memberi sedikit taklimat undang-undang permainan dan diharap mereka dapat menjalankan tugas dengan baik di sepanjang kejohanan berlansung.



HARI KEDUA (7/7/2012)

Hari ini adalah hari pertama kejohanan dan seperti biasa taklimat undang-undang permainan perlu diperjelaskan sekali lagi kerana rata-rata pemain-pemain baru dan kurang arif undang-undang permainan. Pertandingan karom ketegori lelaki dan ketegori wanita terpaksa di jalankan secara berasingan kerana bilik yang disediakan hanya mampu untuk satu ketegori sahaja, oleh demikian acara karom terpaksa mengunakan 2 bilik. Ini memandangkan hanya dua bilik ini sahaja yang agak sesuai yang disediakan oleh pihak pengurusan USIM. En Roslan diberi tugas untuk mengetuai kumpulan lelaki dan saya mengetuai kumpulan wanita. Semasa memberi taklimat kepada pemain-pemain saya juga berikan satu kaedah yang ringkas supaya pemain-pemain dapat bermain dengan baik dan penuh yakin.

Memandangkan pengadil mempunyai lapan orang kesemuanya, maka empat orang ditugaskan mengawasi kategori lelaki dan empat lagi kategori wanita. Sungguh pun di hari pertama mengambil masa lebih sedikit ketika taklimat undang-undang permainan tetapi secara keseluruhan setiap acara masih lagi mengikut jadual seperti yang dirancang oleh pihak penganjur.

Hari ini juga acara liga peringkat kumpulan dapat diselesaikan dan mengenal pasti pasukan yang akan bertanding di peringkat suku akhir. Berikut adalah keputusan pasukan yang berjaya ke peringkat suku akhir.

Ketegori wanita:
1.         Kedah
2.         KESSO
3.         Negeri Sembilan
4.         Pulau Pinang
5.         Johor
6.         Kelantan
7.         BPME
8.         Perak

Ketegori lelaki:
1.    Kelantan
2.    KEJAPS
3.    Kedah
4.    Terengganu
5.    Johor
6.    Perak
7.    Selangor
8.    Pahang






































KEPUTUSAN KATEGORI WANITA PERINGKAT KUMPULAN


Kumpulan A


Kumpulan B

 Kumpulan C

  Kumpulan D

  KEPUTUSAN KATEGORI LELAKI PERINGKAT KUMPULAN

 Kumpulan A

 Kumpulan C

Kumpulan D

HARI KETIGA (8/7/2012)

Hari ini merupakan hari kemuncak kejohanan dan sebelum itu pertandingan peringkat suku akhir perlu dijalankan terlebih dahulu. Di peringkat suku akhir secara keseluruhan kedua-dua ketegori begitu sukar untuk melepasi halangan masing-masing kerana kesemua pasukan mempunyai strategi dan setiap pemain bermain dengan baik juga.

Selepas berhempas pulas 8 pasukan menentang lawan masing-masing akhirnya keputusan pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir diperolehi dan berikut adalah pasukan yang berjaya melepasi halangan masing-masing iaitu:

Ketegori wanita:
1.    Kedah
2.    Negeri Sembilan
3.    Johor
4.    BPME

Ketegori lelaki:
1.    Kelantan
2.    Kedah
3.    Johor
4.    Pahang

Peringkat separuh akhir juga dilihat persaingan yang sengit berlaku dengan riuh rendah penyokong setia masing-masing menyokong pasukan mereka. Sungguh pun begitu perjalanan pertandingan masih terkawal dan berjalan dengan baik.

Keputusan yang dinanti-nantikan untuk menentukan pasukan yang manakah berjaya melangkah ke peringat akhir dapat diketahui selepas kesemua pasukan yang bertanding pertarungan hampir 1 jam. Saya merumuskan di peringkat ini kesalahan yang dilakukan oleh pemain-pemain adalah minima dan kesemuanya bermain dengn baik.

Pihak penganjur kejohanan membuat keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini bahawa penentuan tempat ketiga tidak di pertandingkan. Sebelum acara kemuncak kejohanan menentukan juara pada kali ini dilansungkan, papan karom di susun semula dimana pasukan lelaki dan wanita di tempatkan dalam satu bilik supaya lebih menarik dan memudahkan lagi kedua-dua penyokong untuk melihat prestasi pasukan masing-masing.

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan bagi ketegori wanita:
Johan: Johor
Naib Johan: Kedah
Ketiga: BPME dan Negeri Sembilan

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan bagi ketegori lelaki:
Johan: Kedah
Naib Johan: Johor
Ketiga: Pahang dan Kelantan


KEPUTUSAN AKHIR KATEGORI WANITA

KEPUTUSAN AKHIR KATEGORI LELAKI 

Akhirnya tiba satu lagi acara kemuncak iaitu penyampain hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang. Inilah saat yang paling gembira yang tidak terhingga bagi pasukan yang berjaya kerana usaha mereka membuahkan hasil akhirnya.

Kepada pasukan tuan rumah yang gagal mencapai matlamat pada tahun ini perlu memikirkan sesuatu untuk memperbaiki mutu pemain-pemain mereka di masa hadapan. Sebagai tuan rumah sekalung tahniah pasukan wanita kerana berjaya hingga ke peringkat separuh akhir. Manakala pasukan lelaki tidak dapat melangkah jauh kerana gagal di peringkat kumpulan. Saya sarankan kepada pasukan lelaki “wak ang keno buet latihan yang lobih koreh dan sistematik untuk berjayo di maso hadapan. Teruskan latihan dan jangan kecewo…”.

Berjumpa lagi dan Maju karom untuk negara…

No comments:

Post a Comment