INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, December 11, 2012

PERSIAPAN PESTA SUKAN UMW 2012

LATIHAN INTENSIF PASUKAN PUMAS
TEMPAT: UMW, SHAH ALAM, SELANGOR.

Tahun ini Pesta Sukan UMW kembali lagi dan Karom Antarabangsa merupakan salah satu acara yang dinantikan oleh pemain-pemain karom UMW untuk menunjukkan bakat masing-masing. Pesta Sukan UMW adalah yang kemuncak acara sukan bagi kakitangan organisasi UMW yang diadakan dua tahun sekali. Nampaknya legasi yang saya tinggalkan ini terus popular dan diharapkan terus  subur di dalam organisasi UMW di masa akan datang.

Saya diminta oleh pengurus pasukan Pumas untuk melatih pemain-pemain mereka supaya bersedia lebih awal. Saya menerima tanggungjawab ini dengan bangga dan diharapkan pasukan ini dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Kebetulan tempat latihan di adakan di dalam kawasan UMW dan ini juga memberi peluang kepada saya berjumpa sahabat-sahabat lama selepas saya meninggalkan UMW pada akhir bulan Mac tahun 2003. Selepas hampir 9 tahun tidak berjumpa masing-masing sudah berubah terutamanya dari segi rupa dan fizikal. Seperti kata sesetengah orang bijak pandai hari sudah menjelang senja….

Latihan yang saya kendalikan merangkumi tida peringkat iaitu undang-undang permainan (laws of carrom), menjentik dan masuk ke saku (stroke and pocketing) dan meningkatkan skil (enhance skills). Alhamdullilah kesemuanya berjalan lancar dan diharapkan mereka semua dapat menrealisasikan semasa kejohanan nanti. Saya juga mengharapkan mereka terus berlatih walaupun selepas kejohanan berlalu.






Saya juga diminta oleh pengurus pasukan En. Abdul Aziz Edar supaya bersama pasukan mereka sehingga ke hari kejohanan. Tetapi malangnya saya tidak dapat turut serta kerana saya terpaksa berlepas ke Colombo, Sri Lanka untuk menyertai satu kejohanan yang besar iaitu “World Carrom Championship 2012”. Kejohanan di bawah Persatuan Karom Antarabangsa ini di adakan empat tahun sekali dan pada tahun 2008 telah diadakan di Cannes, France.

Untuk menjadi pemain yang berkaliber anda memerlukan tahap displin yang tinggi dan memberi komitmen yang tidak berbelah bagi ke arah yang terbaik. Seperti tafsiran atau interpretasi di dalam undang-undang permainan karom itu sendiri iaitu “PROPER” (mengikut peraturan permainan atau sempurna).

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berterimakasih kepada pemain-pemain Pumas yang memberi kerjasama hingga hari terakhir latihan. Mereka terdiri daripada 

Akhir kata tiada jalan mudah untuk mendapatkan kemahiran yang tertinggi melainkan dengan latihan yang betul, berterusan dan kemahuan diri. Tanamkan minat dan teruskan usaha untuk istiqamah di dalam karom antarabangsa, InsyaAllah anda pasti menemui jawapannya.



MEMBINA KEMAHIRAN DAN KEJAYAAN

Tunjuk ajar dan latihan daripada jurulatih hanya sekadar panduan supaya setiap pemain arif tentang undang-undang dan bermain dengan yakin. Semasa latihan pemain hendaklah memberi tumpuan dan mempraktikkannya bersungguh-sungguh. Kemahiran dan kecekapan yang hendak dibina bukan sehari atau seminggu atau sebulan atau setahun tetapi proses yang berterusan. Menjalani latihan bukan berdasaarkan kuantiti tetapi kualiti yang dicari. Akhirnya jadilah seorang pemain regular dan bukan seorang pemain yang bermusim.

No comments:

Post a Comment