INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, December 14, 2012

SWISS LEAGUE DI KEJOHANAN WORLD CARROM CHAMPIONSHIPS 2012

TEMPAT: GALADARI HOTEL, COLOMBO, SRI LANKA.
TARIKH: 02/11/2012

Untuk pengetahuan “SWISS LEAGUE” adalah satu kejohanan untuk menentukan ranking pemain-pemain yang menyertai kejohanan tersebut. Dalam hal ini ranking kali ini adalah untuk kejohanan “WORLD CARROM CHAMPIONSHIPS 2012”.

Pertembungan pemain-pemain di dalam Swiss League ditentukan sepenuhnya oleh percaturan komputer. Ini adalah cara yang diguna pakai oleh Persatuan Karom Antarabangsa untuk menentukan ranking pemain terbaik dunia dengan lebih cepat dan efektif di dalam sesuatu kejohanan yang diadakan. Ketika ini sistem ini adalah pilihan yang terbaik tetapi dalam masa yang sama mungkin boleh di perbaiki dari beberapa sudut untuk menambahbaiikkan sistem itu sendiri di masa hadapan 

Pertandingan Swiss League diadakan pada hari kedua dan format kejohanan dijalankan hanya satu permainan sahaja  iaitu 25 mata atau 8 papan (one game consist of 25 points or 8 boards). Format satu permainan terpaksa dijalankan kerana kesuntukkan masa dan ini adalah pilihan yang terbaik. Setiap pemain terpaksa bermain sebanyak tujuh permainan dan juga membawa maksud  berjumpa dengan tujuh pemain.

Acara ini berlansung tanpa henti hingga lewat petang dan sungguh memenatkan. Masa rehat diberikan hanya untuk makan tengahari sahaja.

Ranking teratas pada kejohanan kali ini disandang oleh Prakash Gaikwad daripada India, diikuti Nishanta Fernando daripada Sri Lanka dan ketiga Yogesh Pardesi daripada India. Nampaknya tempat teratas masih diungguli oleh pemain-pemain daripada Asia terutama India dan Sri Lanka yang jelas terlalu jauh ke hadapan jika dibandingkan daripada negara-negara lain yang mengambil bahagian.

Pada kejohanan Swiss League kali ini juga di ujudkan dua piala sampingan diberikan kepada pemain tercorot terbaik “Best Loser Asian and Best Loser Europe”. Kategori Best Loser Asian ini tidak termasuk empat negara kuasa karom yang terdiri daripada India, Sri Lanka, Bangladesh, Maldive, dan Pakistan. Jika ini diambil kira, maka negara-negara Asian lain dan negara-negara Eropah tidak akan merasa lansung piala yang di pertandingkan kerana pemain-pemain mereka terlalu kuat. Hadiah ini juga sebagai peransang dan motivasi kepada pemain-pemain supaya teruskan usaha mempertingkatkan pencapaian mereka di masa hadapan.


Tahun ini saya cukup bertuah kerana terpilih di dalam kategori "Best Loser Asian". Untuk pengetahuan semua saya juga pernah mendapat piala ini ketika di kejohanan WORLD CUP 2006 di New Delhi, India dan ketika itu pencapaian saya hanya ditempat ketiga.

Menerima hadiah daripada Presiden Asian Carrom Federation Mr. Zahir Naseer daripada Maldives.

Bersama "Best Loser Europe daripada USA"

Bersama programmer "Swiss league System".

Pasukan Malaysia, Presiden ICF Mr. Arif Naqvi (German) dan Setiausaha Agung ICF Mr. S.K. Sharma (India).
Ini merupakan pencapaian yang terbaik di peringkat dunia dan saya sungguh berbangga sekali. Ranking saya untuk kejohanan kali ini berada ditempat ke 26 daripada 74 peserta yang mengambil bahagian. Saya tidak menjangka lansung keputusan di kejohanan kali ini hanya mengucapkan syukur kepada Illahi.  Keputusan pemain Malaysia yang lain adalah seperti berikut; Christopher ditempat ke 38, Baharuddin ditempat ke 45, Suzana ditempat ke 55, Frankie Pek di tempat ke 60, Puspaletchumi ditempat ke 65, Jamilah ditempat ke 70 dan Zaida ditempat ke 71.

Tahniah kepada pemain-pemain Malaysia dan teruskan latihan untuk memperbaiki mana yang kurang dan memantapkan lagi permainan anda. Apa jua keputusan yang diperolehi itu adalah hasil usaha terbaik yang anda lakukan.

Berikut adalah pemenang acara “Swiss League”
Pertama: Prakash Gaikwad (India)
Kedua: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Ketiga: Yogesh Pardeshi (India)
Prakash Gaikwad


Nishanta Fernando


Yogesh Pardesi

Keputusan rasmi "SWISS LEAGUE" yang saya rakamkan daripada paparan skrin komputer. Sila lihat senarai penuh seperti di bawah:

Ranking 1 - 23

Ranking 24 - 46

Ranking 47 - 69

Ranking 52 - 74

No comments:

Post a Comment