INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, December 17, 2012

KUNJUNGAN KETUA TEKNIKAL ICF


TEMPAT: SERI PRISTANA, SUNGAI BULOH, SELANGOR.
TARIKH: 18 NOVEMBER 2012

Saya sungguh bertuah kerana Ketua Teknikal Kejohanan daripada Persatuan Karom Antarabangsa (International Carrom Federation) berkunjung ke rumah saya sempena lawatan beliau ke Kuala Lumpur. Beliau berada beberapa hari kerana urusan peribadi di samping membeli belah.

Semasa Kejohanan World Carrom Championship yang berlansung di Sri Lanka pada 30 Oktober hingga 4 November 2012, beliau menyatakan kepada saya bahawa pada 14hb hingga 20hb November 2012 akan berkunjung ke Kuala Lumpur bersama abang beliau. Saya juga mengingatkan kepada beliau bahawa jika sampai di Kuala Lumpur nanti terus menhubungi saya. Saya juga berjanji akan menyediakan makan malam menu tempatan ketika bertandang ke rumah saya nanti.

Saya mengenali beliau sudah beberapa tahun ketika kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia dan juga ketika saya mengambil bahagian di kejohanan luar negara. Beliau menjadi rapat dengan saya ketika saya mengikuti kursus pengadilan peringkat antarabangsa ketika berlansungnya Kejohanan ICF Cup 2011 di Kuala Lumpur selaku tuan rumah. Saya lulus dengan cemerlang dan markah yang diperolehi adalah antara yang tertinggi sekali.

En. Udaya menghubungi saya pada hari Sabtu 16 November 2012 ketika saya dalam perjalanan menuju ke Perak untuk menghadiri satu majlis perkahwinan anak sepupu sebelah keluarga isteri saya pada keesukkan harinya. Oleh demikian saya berjanji akan mengambil beliau di tempat penginapan pada hari Ahad.




  Hidangan makan malam adalah sate ayam dan kuah durian bersama pulut dan roti.

Saya menghubungi beliau pada petang ahad dan mengambil beliau di Kuala Lumpur berhadapan SOGO sekitar jam 7:50 malam. Dalam perjalanan sempat juga melihat keindahan dan suasana Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana malam tersebut trafik agak sibuk jadi perjalanan kami tersangkut-sangkut sebelum menemui jalan keluar dan terus masuk highway Utara-Selatan menuju ke Sungai Buloh, Selangor.

Setiba di rumah saya terus mempersilakan beliau dan abangnya menikmati makanan yang telah siap terhidang. Menu makan malam tersebut adalah sate bersama nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam. Manakala pemanis mulut pula adalah kuah durian bersama pulut dan roti. Nampaknya mereka berselera sekali dan mencuba makanan yang mungkin pertama kali menjamahnya. Selepas itu kami berborak seketika dan sudah pastinya topiknya berkisar tentang sukan karom. Saya juga menceritakan kepada beliau bahawa saya membawa masuk papan karom berjenama Synco untuk dijual dan disewa. Seterusnya saya juga membuat pengurusan acara sukan yang berkaitan di sekitar Lembah Klang.

Sebelum pulang beliau memberi ‘striker’ sebagai cenderamata dan sempat juga beliau melihat bilik latihan saya di tingkat atas. Saya menyatakan kepada beliau bahawa jika ada kelapangan sahaja saya melakukan latihan secara bersendirian.



 

Bersama keluarga saya sebelum mereka pulang. 

Sebelum pulang kami bergambar bersama-sama sebagai kenangan dan sekitar jam 10:20 malam saya menghantar beliau ke hotel penginapan di Kuala Lumpur. Saya mengucapkan setinggi terimakasih kerana berkunjung ke rumah saya walaupun kesuntukkan masa. Saya mengucapkan selamat tinggal dan jika masih ada kesempatan kita dapat berjumpa kembali. Hanya masa dan tempat yang akan menentukannya...

WORLD CARROM CHAMPIONSHIP 2012

TEMPAT: GALADARI HOTEL, COLOMBO, SRI LANKA.
TARIKH: 31/10/2012 – 04/11/2012





Hari ini merupakan hari pertama kejohanan dan dimulai  dengan ucapan utama oleh Mr. Arif Naqvi, Presiden International Carrom Federation (ICF). Beliau sungguh berbangga kerana buat kali pertamanya kejohanan peringkat antarabangsa yang disertai 18 negara dan berjaya memecah tradisi penyertaan sebelum ini.

Ucapan perasmian.

Pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada Qatar, Maldives, India, Bangladesh, Pakistan, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, England, German, Itali, USA, Kanada, Czech Republic, Switzerland, Poland, Nepal dan Sri Lanka selaku pasukan tuan rumah. Pembukaan rasmi kejohanan dilakukan oleh Menteri Sukan Sri Lanka dan malam pembukaan juga dipersembahkan tarian traditional Sri Lanka sebagai satu acara hiburan buat peserta kejohanan.

 
Bendera negara-negara yang mengambil bahagian.

 Pasukan India

Pasukan Sri Lanka

 Pasukan Bangladesh

 Pasukan Pakistan

 Pasukan German

 Pasukan Kanada

 Pasukan Malaysia

Kejohanan pada hari pertama adalah acara berpasukan. Pasukan Malaysia di dalam kumpulan... bersama pasukan daripada Itali dan Jerman. Keputusannya Malaysia mengalami kekalahan kesemua perlawanan dan begitu juga pasukan wanita. Nampaknya pasukan Malaysia menjadi pasukan belasahan sahaja. Oleh kerana kegagalan trsebut pasukan Malaysia tidak layak untuk ke pusingan seterusnya.

Hari kedua acara "Swiss League" di jalankan bermula hingga ke lewat petang. dan hari ketiga dijalankan acara individu.
























Hari terakhir kejohanan acara perseorangan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Seperti sudah dijangka peringkat ini sudah tentu pemain-pemain daripada benua Asia yang terus unggul iaitu Maldive, Bangladesh, Pakistan, India dan tidak ketinggalan pemain tuan rumah Sri Lanka.



Pada malamnya diadakan acara kemuncak iaitu pencapaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang berjaya. Disamping penyampaian hadiah pada malam tersebut juga diselangseli dengan muzik dan tarian traditional yang sungguh menarik.



Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan World Carrom Championship 2012:



Acara Berpasukan Lelaki

Pertama: India
Kedua: Sri Lanka
Ketiga: Bangladesh

Acara Berpasukan Wanita
Pertama: India
Kedua: Sri Lanka
Ketiga: Maldives

Acara Perseorangan Lelaki:
Pertama: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Kedua: C. Bharathidasan (India)
Ketiga: Yogesh Pardeshi (India)
Keempat: K. Srinivas (India)
Kelima: Prakash Gaikwad (India)
Keenam: Chamil cooray (Sri Lanka)
Ketujuh: Hafizur Rahman (Bangladesh)
Kelapan: Moniruzzaman (Bangladesh)

Acara Perseorangan Wanita:
Pertama: Rashmi Kumari (India)
Kedua: S. Ilavazhaki (India)
Ketiga: Kavita Somanchi (India)
Keempat: M Parimala Devi (India)
Kelima: Roshita Joseph (Sri Lanka)
Keenam: Yashika Rahubaddah (Sri Lanka)
Ketujuh: Madushika (Sri Lanka)
Kelapan: Chalani Lakmali (Sri Lanka)

Acara Berpasangan (Bergu) Lelaki:
Pertama: Yogesh pardeshi/Prakash Gaikwad (India)
Kedua: K. Srinivas/C. Bharathidasan (India)
Ketiga: Nishanta Fernando/Chamil Cooray (Sri Lanka)

Acara Berpasangan (Bergu) Wanita:
Pertama: Rashmi Kumari/S. Ilavazhaki (India)
Kedua: Madushika/Yashika Rahubaddah (Sri Lanka)
Ketiga: Chalani Lakmali/Roshita Joseph (Sri Lanka)

Acara “Swiss League”
Pertama: Prakash Gaikwad (India)
Kedua: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Ketiga: Yogesh Pardeshi (India)

Keputusan Slam Di Sepanjang Kejohanan Berlansung:
5 white slam/2 black slam: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
5 slam: C. Bharathidasan (India)
2 slam: Yogesh Pardeshi (India) & Rashmi Kumari (India)
1 slam: Prakash Gaikwad (India), S. Ilavazhaki (India) & Senaratne (Sri Lanka)


 Ada gaya macam ejen 007 tak?
 Bersama Presiden Internationa Carrom Federation, Mr. Arif Naqvi daripada German.

 Bersama dengan peminat.... sebenarnya mereka berdua sebahagian daripada pengadil kejohanan.

Bergambar sebelum kami berangkat pulang ke tanah air.

 Bersama pasukan Pakistan di lobi sebelum mereka berlepas pulang.

 Bersama pengadil-pengadil kejohanan.

Bersama Tobias & Thomas (German), Yogesh Pardeshi (India) dan pengadil-pengadil yang masih muda selalu bersama kami, mungkin kerana kami suka melayan mereka.

RUMUSAN

Seperti saranan yang selalu saya perkatakan selagi tiada jurulatih yang berkebolehan dan latihan yang tidak bersistematik, maka pasukan Malaysia hanya menjadi pasukan belasahan sahaja. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pasukan Malaysia tidak akan ke mana walaupun 25 tahun lagi selagi pengurusan lemah kerana tidak berinovatif dan kreatif.

Kemahiran yang ada pada sesetengah pemain adalah hasil dari pengamatan semasa mengambil bahagian di dalam kejohanan-kejohanan yang mereka lalui dan inisiatif pemain-pemain itu sendiri untuk meningkatkan skil masing-masing.

Dari segi perbelanjaan pasukan yang menyertai kejohanan kali ini, juga seperti kejohanan-kejohanan yang lepas dimana pemain-pemain sendiri terpaksa menanggung kos dan hanya satu atau dua yang mendapat penajaan itu pun tidak seberapa. Saya tidak tahu di mana silapnya tetapi kegagalan ini adalah berpunca tidak kecekapan pengurusan yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna. Pengurusan yang tidak cekap juga mengakibatkan pihak-pihak bewajib tidak dapat membantu dengan lebih efisien. Atau mungkin juga pihak-pihak yang berwajib hanya memandang sebelah mata sahaja sukan karom jika dibandingkan dengan sukan-sukan yang lebih glamour.

Pandangan saya yang terakhir jika pihak berwajib yang diberi amanah hanya menjalankan tugas seperti batuk di tangga sahaja maka tidak hairanlah karom antarabangsa tidak akan berubah sejak dahulu hingga kini. Pihak yang dipertanggungjawabkan mesti mmempunyai idea yang bernas untuk diketengahkan dan dilaksanakan. Jika ini gagal dilakukan, maka kemungkinan besar karom antarabangsa akan hilang manisnya sedikit demi sedikit dan akhirnya akan hilang rasa dan menjadi tawar...

Friday, December 14, 2012

PENCETUS CD “10 SLAMS & 100 IDEAS FOR DYNAMIC CARROM”

TEMPAT: GALADARI HOTEL, COLOMBO, SRI LANKA.
TARIKH: 02/11/2012

Permainan karom antarabangsa adalah satu permainan yang unik dan memerlukan konsentrasi yang tinggi. Untuk sampai ke tahap tersebut seseorang pemain memerlukan jurulatih yang pakar di dalam bidangnya atau lebih tepat berguru. Kita tidak dapat menyangkal bahawa belajar dengan guru yang berada di depan mata adalah yang terbaik. Tetapi dalam masa yang sama tidak bermakna tanpa guru kita tidak boleh belajar sesuatu daripada seseorang yang mempunyai kemahiran dan kepandaian.

Seperti kita ketahui bahawa memperolehi ilmu terdapat pelbaga cara jika kita berusaha dan rajin mencarinya. Kata kunci adalah terpulang kepada diri sendiri untuk ke arah mana yang kita kehendaki. Tidak terkecuali untuk memperolehi ilmu di dalam permainan karom antarabangsa. Teknoloji canggih hari ini memberi banyak peluang kepada kita untuk belajar dan info hanya dihujung jari sahaja iaitu melalui ‘internet’. 

Sempena kejohanan “World Carrom Championship 2012” ini saya cukup bertuah dan teruja dapat bersua muka “in person” dengan orang yang bertanggunggjawab merakam cara-cara permainan karom antarabangsa ke dalam bentuk visual. Usaha beliau patut diberi pujian kerana secara tidak lansung menarik peminat-peminat karom antarabangsa di seluruh dunia mempelajari sesuatu daripadanya.

Pada malam kedua kejohanan ketika saya sedang menjalani latihan ringan bersama pengadil-pengadil muda daripada Sri Lanka, saya terpandang beliau bermain karom dengan salah seorang pemain daripada USA (saya berpendapat mungkin pemain tersebut juga mengenali beliau melalui internet.



Semasa sessi latihan pada malam kedua saya terpandang beliau bermain dengan salah seorang pemain daripada USA. Selesai sahaja beliau bermain saya terus berjumpa dan bercakap dengan beliau seketika. Saya juga memberitahu bahawa pernah berinteraksi melalui email dan bertanya beberapa soalan untuk menokok tambah ilmu yang ada. Saya juga menerima tips-tips yang berguna dan tidak ternilai daripada beliau. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Dr Jeyakumar Sampathy yang banyak merakam teknik-teknik permainan karom dan dimuat turunkan di dalam youtube.

 

Pada hari terakhir kejohanan saya juga menyarankan kepada beliau supaya membuat satu visual asas permainan karom antarabangsa yang lengkap dan terperinci. Mungkin mengambil masa sedikit tetapi jika ini dapat dilaksanakan secara tidak lansung saya percaya dapat menarik lebih ramai ke arah sukan yang semakin popular di dunia hari ini.

Dr. Neeraj Kumar Sampathy cenderahati daripada Persatuan Karom Pakistan.


Last word to Dr. Neeraj Kumar Sampathy, please pursue whatever you do to spread and enhance carrom in your country and the world. Your small contribution can make bigger change in the sports itself. Trust me you’ve done a good job with your own time and money to produce such a beautiful visuals. As carrom lovers I salute you and really appreciate your skills shown on your videos.

There is always so much to be done. And teach to others about what you are doing is great thing to do. So go ahead and show more techniques benefits to all carrom enthusiasts. Thanks a lot and hopefully to see you again in near future. Your good deeds may god bless you in return.

We moving forward, opening up new doors because we’re passion about the game and passion make thing keeps leading down new paths...