INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, July 2, 2013

MALAYSIA DILANDA JEREBU LAGI

Jerebu kembali lagi dan menjadi topik hangat di perkatakan dalam media-media elektronik dan media cetak sehinggakan juga menjadi bualan harian. Masalah jerebu kali ini hampir sama yang telah melanda Malaysia pada tahun 2008. Pada tahun ini pada Jun 2013 di negara-negara jiran Singapore dan Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang agak tinggi dan tidak sihat untuk kesihatan. Indonesia menjadi sasaran kerana menjadi punca pencemaran ini berlaku.

Jerebu di sekitar Ibu kota Kuala Lumpur

Sedikit info jerebu yang melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Berikut adalah tahap kualiti udara mengikut IPU:

Nilai IPU          Kualiti udara
0 - 50               Baik
51 - 100           Sederhana
101 - 200         Tidak sihat
201 - 300         Sangat tidak sihat
301 - 400         Berbahaya
401 - 500         Sangat berbahaya
Lebih 501        Darurat

Masalah kesihatan seperti berikut:
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada:
- Kanak-kanak dan orang tua
- Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
- Perokok

Gejala akibat pendedahan kepada jerebu:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal

Perkara yang perlu dilakukan untuk mengelak seperti masalah di atas ialah:
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama basikal/motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah dan mandi adalah yang terbaik

Kepada peminat dan pemain karom yang mengambil bahagian diharap dapat menjaga kesihatan dengan sempurna supaya dapat menyertai kejohanan-kejohanan telah dirancang oleh syarikat atau jabatan-jabatan masing-masing. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil kira...

Satu cara mengatasi jerebu ketika bermain

Cara ini pun boleh juga bagi yang hendak berjimat dengan mengunakan sehelai sapu tangan.

Yang ini lagi jimat dengan mengunakan baju sendiri sahaja.

Ini pula bagi anda menghidapi lelah pula boleh mengunakan "Inhaler". Tiada masalah dan anda masih boleh bermain dengan agak selesa.

Dan yang terakhir cara ini jangan lakukan. Mat rempit sahaja yang boleh. Jika anda lakukan juga, maka pihak lawan akan berkata anda dah buang tebiat....

Sebagai penutup anggaplah gambar-gambar di atas hanya sekadar seloka sahaja kerana saya diberitahu terdapat dua kejohanan karom pada hujung bulan Jun ini dan satu kejohanan akan berlansung pada awal bulan Julai. Dan seterusnya selepas menyambut hari raya dan sehingga akhir tahun ini.

Tetapi jika anda hendak mencuba tip-tip di atas tiada salahnya tetapi risiko kena tanggung sendiri. Jika itu dapat membantu kejayaan anda semasa kejohanan nanti, maka boleh menghubungi saya tetapi jika sebaliknya.... diam-diam sahaja le...

Ok... berjumpa lagi dan kepada rakan-rakan yang akan turun padang diharap sudah membuat persiapan rapi untuk ke medan perjuangan dan selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment