INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, July 17, 2013

PESTA SUKAN UKUR SE MALAYSIA KE 29

Tarikh: 5 - 8 Julai 2013 
Tempat: UTM, Skudai, Johor Darul Takzim.

Pesta Sukan Ukur atau singkatannya PESUMA yang merupakan sukan dwi tahunan. Tahun ini merupakan giliran JUPEM Johor sebagai tuan rumah. Tempat kejohanan kali ini di kendalikan oleh pengurusan UTM skudai, Johor Bahru. Sebanyak 22 acara sukan yang dipertandingkan dan tidak termasuk 3 acara VIP.


Jadual Hari Pertama

Jadual Hari Kedua

Jadual Hari Ketiga

En. Remey (Kontinjen Ibu Pejabat KL) dan pasukan bertolak pada Jumaat 5 julai 2013, pukul 8.00 pagi dari Putrajaya bersama dengan sahabat lama dari Jupem Penang ke johor. Sebahagian atlet menaiki bas yang disewakan oleh pihak Pengurusan ibu pejabat Kuala Lumpur. Dalam perjalanan singgah di Hentian Ayer Keroh untuk melepaskan hajat dan bagi yang membawa keluarga juga tidak terlepas mengambil peluang yang sama. Beliau juga berkesempatan berjumpa dengan kontinjen Jupem Kedah dan sebanyak 3 buah bas yang menuju ke destinasi yang sama.

Pada pukul 3.00 petang semua kontinjen yang mengambil bahagian berada di Stadium UTM, Skudai untuk taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Ukur Johor bersama Setiausaha MSJU. Taklimat yang disampai ringkas dan padat, tetapi memandangkan tempat yang terbuka dan suasana yang bising, maka butiran-butiran yang disampaikan tidak berapa jelas.

Selesai sahaja taklimat, maka kami dipecahkan mengikut sukan-sukan yang dipertandingkan. Setiap sukan taklimat akan dikendalikan oleh Ketua Pengadil yang dilantik secara rasmi oleh Pengurusan UTM. Sukan Karom Ketua Pengadilnya adalah En. Mohd Yunos. Beliau memberi taklimat undang-undang permainan dan sessi soal jawab. Undang-undang yang dibangkitkan semasa taklimat ini adalah mengenai acara regu iaitu permintaan daripada pengurus-pengurus supaya dibenarkan rakan regu memberi tunjuk ajar melalui jari sahaja tanpa mengeluarkan suara atau bercakap.

Memandangkan hanya 11 papan sahaja yang disediakan oleh pihak penganjur, maka En. Remey daripada kontinjen Ibu Pejabat KL mencadangkan 1 tambahan papan karom untuk mencukupkan 12 papan kesemuanya iaitu 6 untuk acara lelaki dan 6 lagi untuk diperuntukkan bagi acara wanita. Pihak urusetia akan usahakan. Selesai sahaja taklimat beliau bergurau dengan pengurus kontinjen Kedah dengan berkata "masak kita… bila nak habis perlawanan ni..." 

Pada 6 Julai, hari Sabtu. En. Remey telah pergi ke Stadium UTM untuk melihat tempat kejohanan yang akan berlansung. Apabila melangkah sahaja ke dalam bilik tersebut, beliau terkedu kerana melihat keadaan bilik yang sempit yang tidak berapa sesuai untuk di adakan dua acara serentak iaitu pasukan lelaki dan pasukan wanita. Bila melihat papan dan kerusi diatur ianya menjadi bertambah sendat seperti orang perut buncit memakai seluar ketat la pulak. Ini belum termasuk penyokong-penyokong dan peminat-peminat karom yang ingin melihat perlawanan yang akan berlansung.

Sebelum pertandingan bermula En. Remey mengambil peluang untuk berjumpa dan memberitahu keadaan yang sebenar kepada Ketua Pengadil dan Pihak Urusetia. Satu sahaja solusinya iaitu mencari bilik lain atau pisahkan kategori lelaki dan wanita. Pada masa yang sama Puan Jamilah (Pengarah Jupem Perlis) sampai dan menyuarakan pendapat yang sama. Akhirnya Ketua Pengadil bersetuju dengan apa yang diutarakan dan mendapatkan satu bilik lagi untuk kategori wanita.

Jadual Perlawanan Pasukan Lelaki

Jadual perlawanan asal terpaksa dibatalkan sebelum kejohanan bermula untuk mengelak mengunakan masa yang lebih panjng. Selepas berbincang akhirnya semua pengurus kontinjen bersetuju bermain secara serentak iaitu 1 perseorangan, regu pertama dan regu kedua. Perlawanan peringkat pusingan di dalam kumpulan selesai sepenuhnya sekitar jam 8.00 malam. Selesai sahaja selesai pusingan awal dan seterus dijalankan pula perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir. Perlawanan selesai dan mendapat keputusan rasmi tepat pukul 12.00 tengah malam. En, Remey mengatakan selepas kejohanan ada yang kelaparan dan keletihan kerana jadual kali ini dijalankan secara "express".

KOLEKSI GAMBAR DISEPANJANG PERLAWANAN BERLANSUNG

Agaknya Puan Jamilah daripada Perlis sedang meletakkan penalti.... tetapi dengan tepung yang banyak macam mengajar buat capati aje...

Bergaya Zalina dari Pahang...  Boleh masuk ke tuu?


Santai aje nampaknya...

En. Jailani tersenyum, mungkin merasa pelik kerana buah karom hanya berada disatu pihak sahaja...

Pengadil yang berkerja keras untuk memastikan setiap perlawanan berjalan dengan lancar.

Jangan tension sangat Cik Kak ooiii...

En. Mohd Yunos sebagai Ketua Pengadil sedang mengawasi perlawanan. Belum mula lagi dah serious ke?

Sesuasana bilik kejohanan kategori wanita.

Tengok aje tau... jangan mengajar pulak...


Tengok-tengok juga.... ambil pengajaran darinya...

Pertukaran cenderahati En. Remey Ibu Pejabat KL dengan pengurus Pasukan JUPEM Selangor.

JUPEM Ibu pejabat lawan JUPEM Selangor



PERINGKAT SUKU AKHIR

PAHANG vs J/TU SABAH (1 - 2)
TERENGGANU vs JOHOR (2 - 1)
IBU PEJABAT K.L vs PERLIS (2 - 1)
KEDAH vs WPKL/PUTRAJAYA (1 - 2)

En. Remey nak habiskan semua buah karomnya... agak-agak boleh ke tu?

Banyak pertukaran cenderahati.... ada yang lebih ke?

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

TERENGGANU vs J/TU SABAH (2 - 1)
IBU PEJABAT K.L vs WPKL/PUTRAJAYA (2 - 1)

Pertukaran cenderahati di antara En. Remey Pengurus daripada Ibu Pejabat KL dan En, Jailani daripada Pengurus WPKL/PUTRAJAYA. Ini nampaknya jumpa abang dan adik le pulak...


En. Abdul Mutalib nampak tenang aje... Kira-kira boleh buat lauk le tuu...

Posisi buah karom hitam nampak cantik... Boleh cuba melakukan "Black Slam"

PERINGKAT AKHIR

IBUPEJABAT K.L vs TERENGGANU (2 - 0)

Suasana bilik kejohanan kategori lelaki

Bila nak mula ni? Mana pengadil ni? Ini sah tak cukup pengadil...

En. Remey nak memulakan permainan... Nampak macam tak puas hati aje... 

TEMPAT KETIGA DAN KEEEMPAT

WPKL/PUTRAJAYA vs J/TU SABAH (2 - 0)


KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN KATEGORI LELAKI
Juara - Ibu Pejabat KL
Kedua - Trengganu
Ketiga - Wilayah KL
Keempat - J/TU SABAH



Pasukan Ibu Pejabat KL telah muncul Juara Karom 2013. Ini merupakan kejayaan yang kedua selepas muncul juara kali pertama pada tahun 2008. Agaknya boleh buat hatrick ke pada kejohanan akan datang?


KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN KATEGORI WANITA
Juara - Perak
Kedua - Pahang
Ketiga - Johor
Keempat - JTU Sabah



Piala Kejohanan yang menjadi idaman masih berada dalam gengaman Ibu Pejabat KL.



En. Remey mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pengadil-pengadil yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan sehingga selesai. Syabas juga diucapkan kepada Jabatan Ukur Johor yang menjadi tuan rumah pada kejohanan kali ini. Tidak ketinggalan tahniah juga diberikan kepada J/TU Sabah kerana telah menunjukkan peningkatan yang drastik sekali. Semasa Pesuma ke 28 di UPM 2009 dahulu, pemain-pemainnya tidak berapa mahir dalam permainan karom antarabangsa, tetapi tahun ini berjaya melakar satu sejarah tersendiri. Saya masih lagi ingat pengurus kontinjen Sabah telah borong striker untuk-untuk pemain-pemainnya. Pelaburan yang dilakukan oleh pengurus Sabah ketika itu sudah mendatangkan hasil dan satu keputusan yang tepat.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada En. Remy yang bersusah payah menghantar laporan kejohanan kerana saya telah meminta beliau membuat sedikit catitan. Saya sebagai pengendali blog ini membuat tapisan terakhir dan menambah mana yang patut sebelum dimuat turun. Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada kontinjen yang telah berjaya dan kepada kontinjen yang gagal berjumpa lagi 2 tahun dari sekarang. Saya juga diberitahu bahawa pada tahun 2015 negeri Kedah diamanahkan sebagai tuan rumah untuk kejohanan PESUMA ke 30.

Kontinjen yang berjaya muncul juara teruskan latihan supaya kekal sebagai juara dan bagi yang gagal terus berusaha dengan latihan yang lebih mantap. Latihan tidak bermakna tanpa jurulatih dan kelengkapan yang sempurna. Ini adalah dua resepi untuk berjaya dan tiada jalan mudah untuk ke puncak.

Untuk menjadikan satu pasukan yang mantap dan berkebolehan saya umpamakan seperti petani menanam pokok buah-buahan. Bermula daripada biji benih dan proses pertamanya menjadi anak pokok. Pokok tersebut membesar dengan ranting yang banyak, daun yang menhijau dan akhirnya menghasilkan buah yang manis dan enak dimakan. Kesuburan pokok tersebut melalui proses yang bersistematik dan sempurna. Prosesnya bersistematik dan sempurna tidak lain dan tidak bukan sudah tentu dengan ilmu dan pengalaman. Dengan ilmu dan pengalaman itulah kita mengetahui bagaimana perancangan hendak dilaksanakan. Bermula dengan cara menabur baja, menyiram air dan semburan racun menjauhi daripada anasir serangga. Proses ini perlu dijalankan berulang-ulang dan mengambil masa. Dengan kesabaran akhirnya hasil tuaian yang lumayan diperolehi.

Begitu juga untuk melahir sesebuah pasukan dan pemain-pemain yang mahir, maka orang yang dipertanggunjawabkan perlu merancang di peringkat awal lagi. Pelan tindakkan perlu dibentangkan sebagai satu gerak kerja bagaimana untuk melaksanakannya. Di sinilah peranan sebenar orang yang diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja yang diletakkan di atas bahunya itu.Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Ayuh! mulakan kayuhan anda bermula dari sekarang untuk menuju ke tahun 2015.

Selamat berpuasa kepada rakan seagama dan peliharalah ibadah di sepanjang bulan barakah ini.

2 comments:

  1. Terima kasih atas usaha tuan untuk upload laporan PESUMA 2013 ini.

    ReplyDelete
  2. Ralat.. Kategori Wanita tempat ke 3 adalah Johor dan bukan Jupem Sabah.. manakala Tempat ke 4 adalah JTU Sabah dan bukannya Johor..

    ReplyDelete