INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, October 9, 2013

KEJOHANAN KAROM NRE 2013

PUTRAJAYA, 15 September 2013 - Sukan Dwi Tahunan kali ke 5, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 15 September 2013. Sebanyak 22 acara sukan telah dipertandingkan pada sukan dwi tahunan ini. Tempat kejohanan telah diadakan di Dewan NRE, Putrajaya.

Tentatif acara:

13 September 2013
Pagi – telah dimulakan dengan beberapa acara padang seperti bolasepak, bolatampar dan sepaktakraw.
Petang – acara perasmian oleh KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,

14 September 2013
Pagi hingga malam
Acara- indoor seperti karom, snooker, dam aji, congkak, futsal lelaki dan wanita
Cara padang- bolasepak, sepaktakraw, bolatampar

15 September 2013
Kebanyakan acara padang berlangsung pada peringkat sukuakhir, separuh akhir dan akhir.

 
















Sebanyak 10 pasukan terima masuk bertanding pada kali ini. Format pertandingan dimana telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:
Kumpulan A – JUPEM, JMG, PERHILITAN, NAHRIM & NRE
Kumpulan B – JPS, FRIM, JAS, JPSM & JBK.

Perlawanan bermula agak lewat sedikit kerana terpaksa diberikan taklimat kepada pengurus dan para pemain. Seperti biasa taklimat berkisar tentang undang-undang permainan oleh ketua pengadil.

Pasukan yang berjaya melangkah ke perlawan separuh akhir adalah seperti berikut:

JUPEM vs FRIM dan JPS vs JMG

JUPEM dan JPS telah berljaya mengalahkan lawan masing-masing dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Berikut adalah peputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:

Johan: JUPEM
Naib Johan: JPS
Tempat Ketiga: JMG
Tempat Keempat: FRIM

Laporan disediakan oleh Saudara Remey daripada JUPEM.

No comments:

Post a Comment