INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, April 11, 2013

BEKAS JUARA KEBANGSAAN SRI LANKA BERKUNJUNG KE KUALA LUMPUR

Kali ini peminat KAROM dapat mengenali seorang pemain handalan daripada negara Sri Lanka di dalam permainan karom. Beliau adalah bekas juara kebangsaan dan pernah beberapa mewakili Sri Lanka di peringkat antarabangsa. Beliau adalah En. M.T,M Hilmy.

Beliau berkunjung ke Kuala Lumpur kerana urusan peribadi dan dalam masa yang sama berkunjung ke rumah rakan-rakan seperjungan di dalam sukan yang sama. Saya mengambil kesempatan untuk merakam pengalaman dan kerjaya beliau di dalam permainan karom sehingga beliau mencapai ke satu tahap yang sungguh bermakna dalam karier sukan yang beliau ceburi ini.


Di hujung minggu 31 March 2013 kebetulan tidak ada aktiviti dan juga tidak sibuk saya telah menjemput beliau ke rumah di Sungai Buloh, Selangor. Dalam kesempatan yang ada beliau memberi sedikit tip dan teknik permainan yang boleh membantu di dalam modul latihan yang saya sedang usahakan ke arah yang lebih mantap lagi. Modul latihan yang saya reka ini adalah untuk peminat karom tempatan yang ingin mengetahui cara permainan karom antarbangsa dan juga kepada mereka yang inginkan peningkatan dan menambah baik di dalam permainan mereka.


Berbalik kepada cerita En. Hilmy pada peringkat permulaan hanya berjinak-jinak dan bermain secara suka-suka sahaja di Pusat Komuniti (Community Centre - CMC). Ketika itu umur  beliau sekitar 14 tahun. Beliau merasakan ada perubahan dan peningkatan di dalam permainan untuk pergi lebih jauh. Selepas itu beliau menyertai pula persatuan yang dinamakan “Young Men’s Muslim Association (YMMA)”.

Dalam tahun 1997, beliau mengambil bahagian di dalam Kejohanan SAARC di Male, Maldives. Beliau berjumpa buat pertama kali En. Arooz yang merupakan seorang jaguh yang telah menungguli sebanyak 4 kali johan di peringkat kebangsaan Sri Lanka. En. Arooz melihat potensi dan kencederungan yang ada pada beliau di dalam sukan karom, maka beliau berbincang mengenai arah tuju dalam pembentukkan ke arah yang lebih positif di dalam permainan karom.


En. Arooz menjemput beliau ke rumah dan memberi tunjuk ajar untuk mempertingkatkan lagi teknik permainan. Di samping memberi bimbingan di dalam permainan En. Arooz juga membantu dari segi kewangan dan memberi semangat supaya mencapai ke satu tahap yang tertinggi. En. Arooz dan isteri melayan beliau seperti anak sendiri. En. Arooz meninggal dunia dalam tahun 2008. Beliau merasakan satu kehilangan besar kerana Arwah seorang yang baik hati dan gemar menolong serta banyak membantu kerjaya beliau di dalam sukan karom.  

Beliau juga mendapat sokongan yang jitu daripada regu beliau sendiri iaitu S.P. Fernando sehingga muncul juara peringkat kebangsaan. Tidak ketinggalan beliau berterimakasih kepada Encik Bistamy, Encik M.F.M Fakir yang banyak memberi semangat dan dorongan di dalam kerjaya sebagai seorang pemain karom. Akhir sekali beliau juga ingin merakamkan setinggi terimakasih kepada  Encik Langley dan Puan Rohini yang juga menjadi sumber inspirasi di sepanjang membina kerjaya di dalam permainan karom sehingga hari ini.

 

Beliau kini masih aktif dan cuba untuk berada di kemuncak semula selepas beberapa tahun tidak bergiat secara cergas kerana masalah peribadi. Baru-baru ini beliau telah memasuki kejohanan peringkat kebangsaan dan berjaya mengalahkan juara dunia 2012 iaitu Nishantha Fernando. Klik di sini.

Rekod peringkat kebangsaan:
-      1994/1995/1997/1998   National Champion

-      1994/1995/1997/1998   National Junior Champion

-      1997/1998/2011/2012   Doubles National Champion

-   He won several tournaments in mixed doubles with Ms Nayana Wickramasinghe (Chamil Cooray’s mother). Chamil Cooray is one of the top players in Sri Lanka’s National Team)

-  2012   National 3rd Placing Singles

-   2012  National Doubles Champion

Rekod peringkat antarabangsa:
- 1994   Indo-Sri Lanka Test Series in India.

- 1995   2nd World Carrom Championship in Sri Lanka

- 1996   US Open in North Carolina, USA

- 1997   SAARC Championship in Male, Maldives

- 1997   ICF Cup in Luton, United Kingdom

- 1998   ICF Cup in Male, Maldives

- 1999   1st Malaysia Open Championship in Kuala Lumpur

- 2000   2nd Malaysia Open Championship in Kuala Lumpur

- 2001   World Cup in Luton, United Kingdom