INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, October 18, 2013

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2013

Tarikh: 3 - 6 Oktober 2013
Tempat: New York Hotel, Johor Bharu, Johor Darul Takzim.


Buat pertama kali giliran tuan rumah pada tahun ini jatuh kepada Johor Darul Takzim. Hotel New York menjadi tempat penginapan dan medan pertandingan. Secara keseluruhan tempat penginapan agak selesa dan ruangan yang disediakan untuk kejohanan karom juga amat sesuai sekali. Tahniah kepada tuan rumah yang dapat menyediakan keselesaan kepada delegasi-deligasi daripada seluruh negara.

Bendera negeri-negeri yang mengambil bahagian pada kali ini.

Kejohanan kali ini ada sedikit perbezaan dimana Pengurus pasukan Johor iaitu En. Mohd Yunos mencadangkan supaya semua perlawanan bermula di peringkat awal hingga akhir mengunakan sepenuhnya undang-undang Karom Antarabangsa. Sebelum ini di peringkat awal kebiasaannya pengadil memberi sedikit kelonggaran undang-undang untuk memberi peluang kepada pemain-pemain baru. Secara peribadi saya bersetuju dan sudah tiba masanya Kejohanan MAKSAK mengunakan sepenuhnya undang-undang karom antarabangsa. Bermula pada tahun 2003 di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim hingga sekarang 2013 di Johor Darul Takzim. Ini bermakna sudah 10 tahun Kejohanan Karom MAKSAK bermain karom antarabangsa. Syabas dan tahniah saya ucapkan semoga momentum ini dapat teruskan ini di masa hadapan.

Oleh kerana Johor menjadi tuan rumah ada baiknya saya menyentuh sedikit pasukan karom mereka. Johor seperti biasa diketuai oleh En. Mohd Yunos selaku Pengurus dan juga pemain. Kejohanan kali ini beliau hanya bermain regu sahaja dan tidak seperti kejohanan yang lepas-lepas bermain dalam acara perseorangan. Kebetulan pula saya ditugaskan sebagai pengadil bila melibatkan pasukan Johor. Ini adalah tugas yang sukar dan mencabar tetapi pertandingan dan pengadilan secara keseluruhan berjalan lancar. Pasukan Johor adalah di dalam pasukan ke lapan terbaik dan selalunya melepasi rintangan untuk se suku akhir.


Sebelum kejohanan bermula saya ditugaskan untuk memberi penerangan asas undang-undang permainan kepada peserta-peserta supaya tidak melakukan kesalahan ketika bermain. Penerangan menyentuh ketika meletak striker, posisi lengan, posisi kaki dan masa giliran bermain. Setererusnya saya menerangkan striker masuk ke dalam saku (due) dan memberi beberapa contoh. Tambahan daripada itu juga tahun ini peringkat awal hingga akhir tidak dibenarkan mengunakan bahasa isyarat. Lebih-lebih lagi berkomunikasi tidak dibenarkan lansung. Selebihnya soalan mengenai perkiraan mata kemenangan, buah karom merah (queen) dan bagaimana menutupnya. Saya mengulangi sekali lagi supaya tidak melakukan kesalahan dan bermain dengan semangat kesukanan.


Undian telah dilakukan sebelum kejohanan lagi dan formatnya adalah bermain secara liga. Berikut adalah pasukan yang mengambil bahagian:

Kumpulan A: WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Kumpulan B: Kedah, Perak dan Pahang.
Kumpulan C: Johor, Perlis, ATM dan Selangor.
Kumpulan D: Terengganu, PDRM, Sarawak dan Penjara.

Keputusan Rasmi Pasukan Lelaki Peringkat Kumpulan



































Keputusan Rasmi Pasukan Lelaki peringkat suku akhir hingga akhir

PERLAWANAN AKHIR DI ANTARA KEDAH vs WP KUALA LUMPUR





KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2013 - PASUKAN LELAKI



PUSINGAN LIGA KUMPULAN WANITA



Berikut adalah pasukan yang mengambil bahagian:
Kumpulan A: Perak, ATM dan Perlis.
Kumpulan B: WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Penjara.
Kumpulan C: PDRM, Kedah, Sarawak dan Melaka.
Kumpulan D: Terengganu, Pahang, Johor, Selangor.

Keputusan Rasmi Pasukan Wanita Peringkat Kumpulan


























Keputusan Rasmi Pasukan Wanita peringkat suku akhir hingga akhir

PERLAWANAN AKHIR DI ANTARA PERAK vs WP KUALA LUMPUR




KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2013 - PASUKAN WANITA


Bila undang-undang sepenuhnya diguna pakai, maka terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakkan pemain-pemain. Bukan hanya kesalahan yang dilakukan oleh pemain-pemain baru sahaja malah pemain-pemain lama juga turut terlibat. Keteganggan ketika kejohanan merupakan adab resam sesuatu kejohanan yang perlu ditangani dengan berhemah oleh pengadil bertugas. Tugas pengadil menjadi lebih rumit kerana kebanyakkan pemain-pemain adalah kenalan yang sama-samam berkecimpung di dalam sukan ini. Tetapi demi tugas keputusan perlu diambil supaya pengadilan yang adil dan telus dapat dilaksanakan demi semangat kesukanan yang tulin. Seperti bacaan ikrar yang dilafazkan oleh Pengurus Pasukan Johor semasa acara perasmian dan makan malam. Menyentuh makan malam perasmian kali ini adalah yang terbaik pernah saya sertai kerana terdapat gerai-gerai yang menyediakan makanan-makanan yang enak-enak. Tambahan pula dengan tarian Johor dan live performance yang santai dari penyanyi Jay Jay membawa beberapa lagu evergreen.

Pendapat peribadi semasa mengadili pasukan lelaki saya kira terdapat peningkatan dari segi undang-undang permainan dan teknik permainan. Mungkin pemain-pemain senior perlu menurunkan ilmu kepada pemain-pemain baru supaya tradisi pencapaian pasukan terus meningkat di masa hadapan. Oleh kerana saya ditugaskan sepenuh masa menjadi pengadil pasukan lelaki maka, saya tidak berkesempatan melihat perkembangan permainan kaum hawa. Adakah terus meningkat atau masih di tahap yang sama. Walau bagaimanapun saya mengharapkan permainan pasukan wanita terus meningkat dari masa ke semasa dan mengambil peluang melihat dan bertanya kepada pengadil-pengadil. Semua pengadil akan memberi kerjasama dan sedia membantu untuk peningkatan mutu kejohanan dari tahun ke tahun.

Diharap kejohanan yang akan datang semua pemain-pemain perlu mengambil iktibar daripada kejohanan kali ini supaya tidak melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Pemain-pemain perlu berdisplin, mematuhi undang-undang permainan dan peraturan am kejohanan supaya kejohanan berjalan lancar dan tiada karenah yang tidak sepatutnya timbul.

Saya berkeyakinan kejohanan yang akan datang menjadi lebih menarik dengan sokongan padu dari semua pihak ke arah lebih positif. Dalam masa yang sama pencerahan minda juga perlu ada setiap atlet di dalam sukan yang diceburi supaya mengambil berat apa jua peraturan yang ada.

Akhir kata kami dari Persatuan Karom Malaysia ingin memohon maaf jika terdapat tindakan semasa mengadili kejohanan menyentuh jiwa atau timbul perasaan tidak puas hati. Kami hanya menjalankan tugas yang diamanahkan dan mengawasi dengan teliti supaya perjalanan kejohanan berjalan lancar dan adil. Kami cuba yang terbaik dan kami juga manusia biasa yang lemah. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jadikan kejohanan kali ini sebagai pengajaran berguna untuk di bawa ke tahun hadapan dan seterusnya.

"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"