CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, April 26, 2014

JALAN CARI MAKAN DI KUANTAN

Cuti hujung minggu jika kelapangan saya dan keluarga akan pulang ke kampong menjenguh ayah dan adik beradik untuk mengiratkan lagi ukwah kekeluargaan. Bila umur meningkat hari demi hari rasanya menjadi keperluan untuk kita meningkatkan kemesraan di antara sahabat-sahabat lama dan lebih-lebih lagi ahli keluarga sendiri.

Dalam masa yang sama dapat juga menikmati makanan tradisi yang masih melekat di dalam kepala sewaktu membesar di kampong suatu ketika dahulu. Memandangkan Ibu sudah pergi dahulu, maka yang tinggal ketika ini adalah ayah yang semakin hari semakin uzur. Saya sentiasa mendoakan semoga beliau sihat dan tabah menjalani sisa-sisa kehidupan serta dapat menjalani ibadah dengan sempurna walaupun dalam keadaan duduk atau baring sekalipun.

Bila teringatkan ibu, maka kita tidak dapat lari dari masakan ibu yang menjadi kegemaran kita dari kecil sehingga membesar di bawah satu bumbung. Bila teringat masakan ibu, maka jalan terbaik adalah mencari-cari di warung-warung yang mungkin rasanya seakan-akan masakan ibu kita. Begitulah saya, akan mencari yang terbaik sehingga berjumpa. Bila berjumpa apa lagi hari-hari membelinya tanpa jemu sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Bengkang Lemak... Bila balik ke Kuantan mesti cari kuih ni

Apam Berkuah... juga menjadi pilihan

Kucing di rumah keluarga yang tidor lena.... ngantuk temankan tuannya tengok bola agaknya... 

 Yamaha YPVS125 motor pertama yang saya tinggalkan di Kuantan... masih ada power lagi...

 
Calong di Beserah (warung kawan sedarjah semasa sekolah rendah). Bila balik ke Kuantan mesti berjumpa kawan-kawan dan menjamu selera yang menjadi kegemaran.  

Keropok goreng... tidak sama kualiti yang dijual di kuala Lumpur

Semasa singgah di Masjid Beserah terserempak dengan bekas pemain karom MAKSAK Pahang. Masih kenal lagi rupanya.... Bila ditanya pasal karom, beliau berkata masih bermain jika ada ruang waktu yang sesuai. Untuk pengetahuan Pahang pernah menjadi hos Kejohanan Karom MAKSAK pada tahun 2007.


 
Bot-bot  nelayan sedang berlabuh...

 Bot yang agak besar juga kerana nelayan-nelayan keluar ke laut satu hingga dua minggu.

Suasana Kampong nelayan di Tanjung Lumpur.

Semasa perjalanan ke Kemaman kami singgah di warung untuk menikmati lagi satu makanan kegemaran iaitu sata. Baru nak masak dan kami terpaksa menunggu...

Dah siap pun... Apa lagi makan sajalah... Sata di warung ini menjadi pilihan setiap kali balik ke kampung kerana bagi saya yang terbaik.... sedap hingga menjilat jari... 

  Pemandangan di Kuala Kemaman... Nampak seperti kerja-kerja penambakkan...

 Semasa pulang ke Kuala Lumpur... seperti biasa trafik agak luar biasa... jalan menjadi terlampau sesak berkilometer jauhnya... merangkak-rangkak seperti kura-kura...

Bila sampai di beberapa tol hinggga ke tol yang terakhir pun masih sama keadaannya....



Begitulah kisahnya bila waktu cuti atau jika ada kelapangan, maka kami sekeluarga pulang ke kampong dan sambil menikmati jaudah-juadah tempatan yang agak popular, seperti kata pepatah sambil menyelam minum air dan dalam masa yang sama teringak kisah-kisah silam bersama rakan-rakan zaman persekolahan yang tidak dapat dilupakan.

Semoga berjumpa lagi sahabat-sahabat ku.... dan akhirnya buat ayah, insha Allah anak mu akan kembali lagi tanpa jemu selagi hayat masih ada....

2 comments:

  1. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  2. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete