INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, June 11, 2014

PEMAIN KAROM MAKSAK SARAWAK BERKUNJUNG KE KUALA LUMPUR

Kali ini rumah saya dikunjungi sahabat saya Mohd Nawawi daripada bumi Kenyalang, Sarawak. Beliau seorang yang cukup komited dan aktif dalam permainan karom dan salah seorang pemain karom yang mewakili MAKSAK Sarawak dan mewakili Unimas untuk kejohanan Karom Badan Berkanun.

Saya mengenali beliau sempena kejohanan Karom MAKSAK 2013 di Johor Bharu, Johor Darul Takzim selaku tuan rumah buat pertama kalinya. Selepas tamat kejohanan Karom MAKSAK di Johor beberapa minggu selepas itu beliau telah membeli satu papan karom yang cukup berkualiti dan berprestij iaitu Precise Elegant ROSY. Dan kebetulan pula selepas itu saya dan keluarga telah berkunjung ke Kuching beberapa hari sempena cuti sekolah. Semasa berada di sana saya sempat memberi sedikit sebanyak tips yang berguna untuk meningkat kemahiran bermain dan asas undang-undang permainan. 

Beliau dan bersama rakan-rakan seperjuangan akan bertemu di sebelah malam untuk mengadakan latihan dalam tiga atau empat kali seminggu. Malam adalah masa yang sesuai kerana masing-masing mmpunyai tugasan rasmi pada siang hari. Nampaknya pasukan-pasukan dari semenanjung perlu berhati-hati kerana mungkin juga pasukan ini akan membuat satu kejutan.pada kejohanan Karom Maksak tahun 2014 nanti.

 Nampak seperti nak melakukan slam ke?

Ada gaya seperti juara...

Kali ini beliau berkunjung ke Kuala Lumpur sempena adik ipar beliau yang akan melansungkan perkahwinan pada 25 Mei 2014 bertempat di Dewan Merak Kayangan Felda, Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Beliau menjemput saya sekeluarga ke majlis perkahwinan tersebut. Beliau datang ke Kuala Lumpur agak awal sedikit pagi hari Khamis 22 Mei 2014 untuk membuat persiapan sempena perkahwinan adik ipar beliau. Saya berkesempatan berjumpa beliau di IPD Gombak selepas pulang dari pejabat untuk mengambil kek lapis yang isteri saya pesan daripada beliau. Di sepanjang berada di Kuala Lumpur beliau dan keluarga tinggal bersama abang ipar beliau di IPD Gombak.

Kek Lapis yang kami pesan selamat sampai dan kami sekali lagi dapat merasa keenakkannya selepas kunjungan pertama kami ke Kuching pada bulan Disember tahun 2013. 

Bersama En. Nawi dan keluarga saya.

 Bersama En. Nawi di dalam Dewan Merak Kayangan Felda Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

 
 Bersama isteri dan anak-anak di Majlis Perkahwinan adik ipar En. Nawi.

 Mencuba papan karom yang berkualiti dan terbaik. Beliau dalam perancangan ingin memilikinya.

 Kenangan bersama dua jenis papan karom berjenama terkenal di dalam dunia Karom Antarabangsa. Memiliki papan karom berjenama terkenal adalah merupakan satu kepuasan kepada pemain karom yang komited kepada sukan ini.

Kenangan bersama salah satu papan karom berjenama terkenal. Satu trademark En. Nawi yang tidak dapat dipisahkan adalah tanda bagus (thumbs up)...


Malam Kedua saya mengajak beliau mencuba Mee Bandung di Sungai Buloh.... eeemmm enak sekali bah, tetapi katanya perut tidak tahan kerana kepedasan... Mungkin belum biasa lagi agaknya.

Bersama anak kedua yang beliau selalu teringat ketika berjauhan kerana mungkin kelincahannya. En. Nawi sebenarnya bertugas di Kucing manakala isteri dan anak-anak tinggal di Miri. Jauh tu bah... tetapi keluarga tetap di hati...

En. Nawi bersama isteri dan anak-anak kesayangan beliau. Ketiga-tiga anak beliau adalah lelaki dan beliau teringin untuk mendapat sekuntum bunga pula. Teruskan usaha sehingga berjaya dan jangan berputus asa... saya mendoakan untuk anda berdua.

Beliau berkata bergambar kenang-kenangan bersama sifu...

Hari terakhir saya membawa beliau sekeluarga berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur sambil membeli belah beberapa barangan keperluan untuk di bawa pulang ke Sarawak. Pada malamnya saya mengajak beliau sekeluarga untuk mengunjungi rumah saya dan menjamu selera. Selepas itu saya menghantar beliau pulang ke IPD Gombak untuk beliau berkemas kerana pagi esuk beliau akan berangkat pulang ke Sarawak.

Saya mengharapkan disepanjang beberapa hari berada di Kuala Lumpur beliu dapat membawa seribu kenangan yang manis untuk di bawa pulang ke Sarawak. Beliau juga mengatakan akan datang lagi sempena Kejohanan Karom Badan Berkanun yang akan di adakan di Johor Darul Takzim dan juga Kejohanan Karom MAKSAK pada tahun ini.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

No comments:

Post a Comment