CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, October 7, 2014

4th CARROM WORLD CUP DI MALDIVES

Tarikh:  13 - 17 September 2014
Tempat: Sun Island Resort in Maldives.

Hari ini sukan cukup penting bukan hanya untuk menjaga kesihatan semata-mata, malah apabila seseorang mempunyai keazaman tinggi di samping mempunyai kepandaian di dalam sukan, maka mereka ini akan digelar seorang atlet dan berpeluang untuk meningkatkan diri hingga ke peringkat tertinggi.

Untuk mencapai ke tahap tertinggi seseorang atlet perlu mencapai garis panduan atau KPI yang ditetapkan untuk mengalas sebagai atlet yang mewakili negara. Apabila seseorang mencapai KPI tersebut, maka ini merupakan pencapaian tertinggi peribadi dan lebih manis jika di peringkat antarabangsa atlet tersebut dapat menempat diri di kolompok yang terbaik. Bukan mudah untuk menjadi juara di peringkat antarabangsa tetapi jika melakukan yang terbaik dan memperolehi hadiah walaupun kecil nilainya itu sudah dikira berjaya, kerana di peringkat ini persaingannya cukup sengit dan sukar. 

Menyentuh atlet yang dapat mewakili negara, pada tahun ini datang lagi Piala Dunia kali ke 4. Menyorot kembali kejohanan Piala Punia ada baik saya ke belakang sedikit untuk mengimbau sejarah silam bermulanya piala ini. 

Persekutuan Karom Antarabangsa memperkenalkan Piala Dunia pada tahun 2002 dan Piala Dunia yang pertama telah diadakan di Luton, England. Ia kemudian juga memutuskan bahawa Piala Dunia (World Cup) akan diadakan di antara Kejohanan Dunia (World Championship) yang diadakan setiap empat tahun sekali (selang 2 tahun). Piala Dunia kedua dianjurkan pada tahun 2006 di New Delhi, India dan Kejohanan Piala Dunia ketiga dianjurkan pada tahun 2010 di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. Piala Dunia adalah salah satu pertandingan cukup berprestij dalam sukan karom.

Persekutuan Karom Antarabangsa telah memperuntukkan kepada Persatuan Karom Maldives dengan keistimewaan diberi penghormatan menganjurkan dan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 di Maldives..

Logo Kejohanan

Kejohanan kali ini telah diadakan di Sun Island Resort, Maldives. Saya tidak berapa pasti berapa negarakah yang mengambl bahagian, tetapi melihat beberapa akaun FB beberapa pemain terdiri daripada Maldives, India, Sri Lanka, USA, UK, France, Jerman, Itali, Jepun, Korea Selatan, Bangladesh, Kanada, Sweeden dan Pakistan. 

Bendera negara-negara yang mengambil bahagian.

Pasukan Maldives - Photo credit to Mohamed Ali

 Pasukan Lelaki dan Wanita Sri Lanka

 Pasukan Bangladesh - Photo credit to Ashraf Ahmed

Pasukan Canada - Photo credit to Mohamed Ali

Suasana kejohanan yang sedang berlansung dan nampaknya cukup meriah sekali.

Chamil Cooray daripada Sri Lanka telah muncul tempat pertama  dalam acara "Swiss League System"

Inilah keputusan penuh "Swiss League System"

Komaravelli Srinivas sedang beraksi dengan rakan senegara Prakash Gaikwad.

Komaravelli Srinivas daripada India muncul juara Piala Dunia 2014. Beliau merupakan pelapis muda yang berjaya menempatkan dalam pasukan elit negara India dan menunjukkan prestasi cukup tinggi sehingga muncul juara beberapa kejohanan sebelum ini. 

Komaravelli Srinivas, Dr.Neeraj Sympathy and Rashmi Kumari. 

Untuk pengetahuan peminat karom tanah air, Piala Dunia ke 5 yang seterusnya pada tahun 2018 berkemungkinan besar giliran tuan rumah diberikan kepada negara Korea Selatan. Pendapat saya secara peribadi Korea Selatan cukup serius dan komitment cukup tinggi di dalam sukan. Ianya tidak mustahil mereka akan berjaya seperti Hoki dan Takraw. Saya bandingkan dengan Hoki kerana semasa kita di tempat ke 4 Piala Dunia semasa zaman kegemilangan 1985 pada masa itu Korea Selatan masih tidak berapa pandai memegang kayu hoki, tetapi hari ini Korea Selatan sudah jauh di hadapan dan Malaysia hari ini tidak mampu mengejar mereka.

Manakala Takraw pula nampaknya Korea Selatan sudah meningkat mutu permainan mereka. Baru-baru ini di kejohanan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan sudah menunjukkan taring dan memalukan pasukan Takraw Malaysia kerana mereka berjaya menundukkan pasukan Takraw Malaysia. Lebih manis pasukan Korea Selatan berjaya masuk ke perlawanann akhir bertemu Thailand. Nampaknya Malaysia terus mengigit jari lagi kerana gagal menempatkan diri ke perlawanan akhir setelah dikalahkan oleh musuh tradisi iaitu Thailand. Malaysia masih tidak mampu mengatasi pasukan Thailand yang sudah sekian lama kerana mutu permainan mereka cukup konsisten walaupun pemain-pemain silih berganti. Ini menunjukkan Thailand mempunyai sistem pembangunan sukan Takraw yang cukup baik dan bersistematik.

Berbalik kepada Piala Dunia 2014 di Maldives Malaysia tidak menghantar pasukan ke sana. Sebelum ini pun Malaysia tidak dapat menghantar wakil ke Piala Dunia 2010 di USA kerana kos yang tinggi dan seperti biasa kosnya di tanggung sendiri oleh pemain-pemain. Piala Dunia kali ini walaupun jarak agak dekat tetapi Malaysia masih tidak dapat menyertainya juga. Hanya Persatuan Karom Malaysia mempunyai jawapan sebenar....

Secara peribadi saya kira Malaysia cukup rugi kerana tidak dapat menghantar wakil ke Piala Dunia kali ini. Kejohanan besar di peringkat antarabangsa seperti inilah cukup penting kepada pemain-pemain untuk melihat mutu pemain-pemain yang terbaik di dunia dan dalam masa yang sama dapat sedikit sebanyak mempelajari sesuatu yang cukup berguna untuk pembangunan sukan karom di tempat sendiri. Saya tidak tahu pengalaman orang lain, tetapi pengalaman saya mengikuti beberapa kejohanan peringkat dunia, ianya cukup berharga untuk dibawa pulang dan mencurahkan pula kepada peminat-peminat karom di tanah air.

Seperti saranan saya sebelum ini sekiranya kapten sebuah kapal yang diberi amanah untuk membawa muatan ke sesuatu tempat, maka kapten tersebut perlu mengarah kelasi-kelasinya untuk mengambil bahagian dan memastikan kapal tersebut berada di laluan yang betul untuk ke destinasi yang telah ditetapkan. Tetapi jika kapten gagal bertindak sebagai ketua dan kelasi-kelasinya juga dua kali lima, maka di manakah kesudahannyay kapal tersebut berakhir. Pastinya anda sendiri mempunyai jawapannya...

Sekian dahulu untuk kali ini dan berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment