INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, October 11, 2014

BAJET 2015: SASAR MALAYSIA JADI NEGARA BERSUKAN

SINAR HARIAN 10 Oktober 2014

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan empat langkah bersepadu yang akan diambil kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.
   
Langkah berkenaan ialah dengan memastikan kelestarian dan kesinambungan bakat sukan bermula daripada peringkat sekolah rendah melalui program 'Malaysian Talent Identification'.
   
"Program ini melibatkan pengujian, saringan dan pengkhususan bakat dalam kalangan pelajar sekolah," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
   
Beliau berkata kerajaan juga akan meningkatkan mutu sukan berprestasi tinggi untuk enam bidang sukan terpilih dalam fasa pertama melibatkan bola sepak, berbasikal, badminton, sepak takraw, renang dan olahraga.
   
Selain itu, kerajaan akan menyemarakkan program 'FitMalaysia' yang menumpukan kepada kecergasan fizikal dan menyambut Hari Sukan Negara pada Sabtu pertama setiap November dengan penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara.

Bagi mencapai matlamat itu, Najib berkata kerajaan akan merealisasikan pelan tindakan Negara Bersukan.
   
"Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan memperuntukkan RM103 juta untuk melaksanakan langkah-langkah itu," kata beliau. - Bernama


KOMEN PENULIS:

Mengulas lanjut bajet 2015 nampaknya sedikit lega khususnya kepada sektor sukan negara. PM merasakan betapa pentingnya sukan mencorak dan memacu sektor ekonomi dan menaikkan taraf sukan terutama atlet-atlet supaya lebih berjaya mengharumkan negara. Peruntukkan diberikan kepada KBS kali ini sebanyak 1 bilion dan sebelum ini hanya 700 milion sahaja. Satu dana besar yang perlu dicakna ke arah kecermerlangan sukan negara. Sebagai pengiat sukan kita ingin melihat dana tersebut diagih dengan telus dan profesional.

Dalam pembangunan sukan negara perlu ada integriti di dalam perancangan keseluruhan dan bukan sekadar retorik atau sukan yang terpilih sahaja. Ketelusan dalam urusan membantu untuk peningkatan daya saing atlet dan sukan itu sendiri perlu dilakukan secara berterusan melalui cara yang lebih bersistematik. Bermula daripada pengurusan tertinggi sehingga ke akar umbi dan seterusnya kepada jurulatih dan akhirnya sampai kepada atlet-atlet yang berada di bawah.

Kita sebenarnya perlu pelan perancangan dan pelan tindakkan yang boleh membawa perubahan yang lebih positif dan memekploitasikan pelbagai cara untuk membantu dalam semua aspek pembangunan dan perkembangan sukan negara. Hari ini sukan sudah melonjak dari bentuk latihan secara traditional ke arah yang lebih sainstifik seperti aplikasi-apliksi di dalam sains sukan. Di negara-negara barat bentuk latihan seperti ini teramat penting dan membantu atlet-atlet dari pelbagai sudut ke arah kemantapan dan kecermerlangan. Latihan-latihan seperti ini terbukti berjaya dan mereka sudah berada jauh di hadapan.

Hari ini pun Malaysia sudah mengamalkannya beberapa tahun ke belakangan ini dengan bantuan pakar-pakar daripada negara luar tetapi masih ada ruang ke arah yang lebih baik. Kita tidak ingin melihat segala perancangan dengan memberi dana yang besar daripada kerajaan akan mencurah ke longkang sahaja. Jika ini berlaku, maka amat malang dan merugikan negara.

Rasanya tidak adil jika kerajaan hanya melihat beberapa sukan di dalam memacukan dan menaikkan nama negara tetapi dalam masa yang sama meninggalkan sukan-sukan yang mereka fikir tidak perlu di tinggalkan terus adalah tindakan yang salah. Mungkin hari ini kita melihat sukan tersebut tidak penting tetapi di masa hadapan mungkin sebaliknya. Sukan tetap sukan dan kepentingannya tetap ada kerana kita perlu melihat secara menyeluruh demi masa hadapan. Oleh demikian saranan saya bahawa perlu ada pihak yang bertanggungjawap membuat "homework" demi sukan negara. Kita juga melihat sukan terpilih pun gagal membawa apa-apa kejayaan walaupun dana dipamkan ke dalamnya dengan cukup tinggi. Seperti kata pepatah "Ibarat yang dikejar tidak dapat yang dikendung berciciran".

Sebagai contoh terbaik yang saya ingin berkongsi iaitu sukan Squash. Sebelum Datuk Nicol David muncul pemain nombor satu dunia adakah sesiapa peduli sukan ini? Jawapannya tidak. Sehingga beliau muncul sebagai pemain dunia nombor satu barulah pihak-pihak tertentu membuka mata dan dana mula masuk mencurah-curah. Dan selepas itu kita melihat masing-masing bercakaran di dalam pemilihan pucuk kepemimpinan persatuan berkenaan. Apa makna semuanya ini? 

Saya ingin mencadangkan kepada kementerian yang bertanggungjawab supaya menjadi "watch dog" untuk memantau semua persatuan-persatuan sukan bermula daripada pengurusan tertinggi sehingga ke akar umbi. Satu badan perlu dibentuk untuk menilai keberkesanan persatuan-persatuan sukan di bawah jagaan mereka supaya menilai pencapaian dan keberkesanan persatuan berkenaan. Hari ini pemantauan tidak dilakukan dan inilah berlakunya penyelewengan di dalam pengurusan dan kegagalan persatuan tersebut membawa kepada perpecahan dan terkebelakang di dalam semua hal.

Badan yang diamanahkan tadi perlu membuat SOP dan KPI untuk semua persatuan-persatuan sukan. Pemimpin persatuan perlu sedar bahawa mereka terpilih dan dilantik bukan sekadar menduduki kerusi empuk sahaja tetapi perlu memerah otak untuk membawa ke arah kebaikkan kepada sukan di bawah jagaanya dan bukan sekadar kepentingan peribadi atau untuk mendapatkan keistimewaan tertentu. Amat malang jika kita mempunyai pemimpin-pemimpin seperti ini dan saya melihat ini adalah salah satu punca kenapa kegagalan sukan-sukan tertentu di pentas antarabangsa. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan di dalam negara juga mereka gagal melaksanakan program-program pembangunan sukan yang berada di bawahnya. 

Kita juga melihat pemimpin-pemimpin menjadi batu hingga berlumut berada di singgahsana bertahun-tahun dan tidak mahun turun-turun walaupun mereka sedar kepimpinan mereka sudah mula menurun dan malah tidak keterlaluan jika dikatakan persatuan tersebut tidak mencapai apa-apa kemajuan dan malah ada yang tidak bergerak lansung. Mereka-mereka ini tidak merasa apa-apa malah tidak merasa bersalah pula. Cukup Malang dan teramat malang. 

Oleh demikian jika terdapat satu badan pemantauan yang khusus, maka saya berani mengatakan pemimpin-pemimpinn di dalam persatuan--persatuan sukan tersebut akan lebih berhati-hati di dalam semua aspek dan persatuan akan dapat bergerak lancar. Ini kerana mereka akan menjadi cacing kepanasan jika gagal mengikuti SOP dan gagal mencapai KPI yang ditetapkan. Cara ini adalah yang terbaik demi pembangunan sukan negara kerana yang yang akan bertanggunjawab kepada tugas mereka memerlukan komitmen tinggi dan bukan sekadar mendapat nama dan tidur di kerusi empuk sahaja.

Saya mengharapkan pemimpin-pemimpin persatuan tidak perlu tersentak atau gundah gelana kepada saranan ini kerana rasionalnya jika kita bekerja pun ada pihak atasan melihat hasil kerja kita yang diamanahkan. Oleh demikian bila ada bos di atas, maka dengan sendirinya kita akan melakukan yang terbaik seperti yang diharapkan oleh pihak atasan. Mana mungkin berkerja tanpa bos dan kalau mempunyai syarikat sendiri pun kita memerlukan satu piawaian untuk kejayaan syarikat supaya tidak tersungkur. Tidak seperti sekarang mungkin buat kerja atau mungkin buat kerja sambil lewa atau mungkin tidak buat kerja lansung.

Sekian untuk kali ini dan sama-sama kita renung demi sukan negara...

Maju Sukan Demi Anak Bangsa dan Negara.

No comments:

Post a Comment