CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, December 10, 2014

KESEDARAN DIRI DALAM KEPIMPINAN

‘Jangan pegang jawatan terlalu lama’

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
24 November 2014 - Sinar Harian


AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini dalam laman mikro Twitternya menasihati presiden badan sukan negara agar tidak memegang jawatan mereka terlalu lama.

Katanya lagi, ‘keutamaan’ wajar diberikan kepada presiden sukan yang memimpin badan sukan yang sering kalah. 

“Presiden-presiden badan sukan negara tidak perlu pegang jawatan terlalu lama terutama sekali sukan yang kita selalu kalah,” tulisnya, hari ini. 

Tulisan Bung itu telah berjaya menarik perhatian pengikut Twitternya dan salah seorangnya bersetuju dengan kenyataan tersebut. 

“Untuk kali pertama saya bersetuju dengan kamu Bung,” tulis Sa Orang Ajim. 

Sementara itu menurut Peran Atma, ‘kenyataan’ Bung makin bagus dari hari ke hari. 

“Akhir-akhir ini kamu makin bagus Bung, Keep It Up,” tulisnya. 

Sementara tulis Amirul Baharuddin, kenyataan Bung itu sangat memberi makna. 

“Sangat terkesan YB,” tulisnya.

Prestasi sukan di Malaysia telah menunjukkan radar penurunan untuk tahun ini.  

Malaysia mengalami kekalahan di Sukan Komanwel Glasgow Julai 2014, apabila gagal mencapai sasaran tujuh pingat emas yang dan enam pingat yang berjaya dibawa pulang ke tanah air. 

Dalam kejohanan itu juga, kemerosotan sukan negara bermula dengan bola sepak, kemudian hoki, apabila terpaksa bungkus awal ketika pertandingan berlangsung.

Episod duka terus menghantui negara apabila Malaysia sekali lagi gagal di sukan Asia Incheon Korea Selatan apabila Malaysia gagal mencapai sasaran pingat emas.

Malaysia hanya mendapat enam pingat emas sedangkan sasaran awal ialah lapan pingat emas.

Lantaran itu, terdapat ramai pihak yang mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan melakukan sesuatu yang segera bagi memastikan sukan negara sentiasa berada di tahap yang terbaik.

KOMEN PENULIS

Saya cukup bersetuju dengan pandangan dan saranan Datuk Bung Moktar Radin seperti  di dalam twitternya.

Memegang jawatan bukan sekadar berada di atas atau duduk dikerusi empuk dengan menikmati keistimewaan tertentu tetapi ianya adalah satu amanah yang perlu diberi perhatian secara khusus. Jika ingin berada di puncak, maka anda sudah pasti dan semestinya mempunyai visi dan misi serta mampu mengalas segala perancangan yang bakal dirancang.

Setelah sekian lama berada di atas dan anda juga pernah mencapai beberapa kejayaan sebelum ini dilihat cukup selesa berada di singgahsana, cuma akhir-akhir ini kegagalan demi kegagalan muncul di depan pintu anda. Apakah yang anda perlu lakukan?

Jika itu terjadi kepada diri anda, maka ini adalah satu petunjuk kepada anda supaya turun dan perlu diganti dengan orang yang baru dan lebih sesuai. Ini kerana anda sudah dikira seperti kereta mengalami kerosakkan enjin dan gagal untuk meneruskan perjalanan seterusnya.

Jika pemimpin tidak mahu berganjak dari tahkta kerana kedegilan dan ego, maka cukup malang kepada sukan dan atlet yang berada di bawah pemimpin tersebut. Pemimpin jenis ini seperti kata pepatah ibarat kulit buaya yang membawa maksud tidak sedar diri dan tidak tahu malu. Pemimpin jenis ini juga sudah keletihan dan tidak berdaya saing kerana beberapa faktor seperti sudah tiada idea yang bernas untuk diketengahkan atau mungkin juga faktor usia yang sudah dipenhujung senja atau mungkin juga pergerakkan sudah terbatas.

Apabila petunjuk sudah ada sepatutnya kapal yang anda layari sebagai nahkoda sepatutnya berlabuh di satu pengkalan dan diganti dengan nahkoda yang lebih berkemampuan untuk mengemudi kapal dan meneruskn pelayaran.

Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment