INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, April 21, 2015

SESI PENCERAHAN PEMINAT KAROM DARI SG BULOH, MERU DAN KLANG

Tarikh: 15 March 2015
Masa: 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat: Seri Pristana, Sungai Buloh, Selangor.

Pada sebelah petang hujung minggu yang lalu saya menerima kunjungan peminat karom dari Klang (En. Saiful dan Syafiq), Meru (En. Syafiq) dan Sungai Buloh (Haikal dan Amzarul. Anak saya Azib turut bersama menceriakan suasana bersama rakan-rakannya. 

Sesi pencerahan ini dijalankan secara intensif bermula perkara-perkara asas yang perlu diketahui sebagai seorang pemain. Memandangkan ini merupakan pertama kali saya kira mereka agak keliru sedikit dan untuk memahaminya akan mengambil sedikit masa. Sungguh pun begitu melihat kesungguhan mereka saya dapat merasakan mereka boleh menguasai dengan baik.

Sesi ketika menceritakan undang-undang secara ringkas sebagai permulaan.  

Melalui penerangan yang diberi mereka cukup berminat.  

 En. Saiful yang berada di sebelah saya cukup rajin mencatat ulasan yang berikan. 

Mereka cukup serius pada sesi pencerahan menerusi paparan slid yang saya sediakan. 

 Sesi ini juga memberi gambaran sebenar menerus beberapa video yang ditayangkan. 

 Sesi penerangan secara lansung di atas papan karom. 

 Sesi penerangan mengenai striker secara terperinci kerana striker merupakan kunci untuk bermain dengan baik di samping mempunyai skil permainan yang baik juga.
  
Sifu sedang mengeluarkan striker kegemarannya...


 Gaya En. Saiful menyusun buah karom kelihatan seperti seorang profesional. 

 Suasana sesi penerangan seramai enam orang. Sepatutya ada lapan orang tetapi dua di saat-saat akhir menarik diri kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.
  
 Terdapat empat budak sekolah menengah yang berminat dalam permainan karom dan sehinggakan salah seorang daripada mereka telah membeli papan karom yang kualiti grade A atau juga dipanggil papan kejohanan. 

  Saya menunjukkan beberapa teknik bermain dengan sempurna.

  Saya merasakan jika budak-budak ini komited dalam permainan ini, maka mereka merupakan bakal pelapis di masa hadapan.

 Budak-budak sekolah juga turut meminati karom dan diharapkan suatu hari nanti mereka ini sebagai pelapis di masa hadapan.

 Suasana keseluruhan pada hari tersebut...

 En. Shafiq bertanya pelbagai soalan untuk memahami lebih mendalam walaupun ini merupakan kali pertama melihat dan bermain cara karom antarabangsa. Saya mengarapkan ini bukan titik permulaan dan terakhir buat diri beliau.


 Susunan buah karom sebelum pecah mula juga merupakan satu asas penting yang perlu diketahui wlaupun mungkin sesetengah pemain-pemain menganggap sebaliknya.


Di akhir sesi pencerahan ini selaku tuan rumah saya menyediakan sedikit jamuan ringan sebelum bersurai. Sambil menjamu selera saya juga mencadangkan satu idea yang cukup baik kepada En. Saiful supaya mengujudkan sudut karom. Beliau bersetuju dan dalam masa yang sama melantik saya sebagai penasihat dalam program ini. Kami sekarang di peringkat perancangan mencari dan mengumpul dana. Insha Allah jika program ini dapat direalisasikan, maka ianya merupakan pertama kali di Malaysia. Kami juga merancang untuk mengadakan kursus secara berperingkat-peringkat dan mengadakan kejohanan dari masa ke semasa. Pemantauan akan dilakukan supaya ianya menjadi satu kenyataan dan positif.

Mungkin nampak cita-cita dan perancangan ini cukup tinggi tetapi adakalanya kita perlu menerima hakikat bahawa kita tidak dapat lari dari kekangan-kekangan yang akan muncul di hadapan di sepanjang apa yang rancangkan nanti. Apa pun saya mengharapkan yang terbaik dan sama-sama kita berdoa supaya perkara yang baik menjadi kenyataan satu hari nanti.

Kata-kata saya yang terakhir "Jika perahu tidak didayung manakan perahu dapat bergerak". Jadi renung-renungkan kata-kata tersebut untuk kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment