INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, June 15, 2015

TEMPAHAN DARIPADA PELANGAN MENILAI KUALITI PRODUK

"Hanya jauhari mengenal manikam" Saya bermula dengan peribahasa ini kerana ianya sangat sesuai apa yang saya ingin sampaikan. Sejak akhir-akhir ini ramai peminat-peminat karom yang sudah dapat menilai kualiti produk-produk yang kami pasarkan selama ini. Promosi yang sederhana kami war-warkan dapat dihidu oleh banyak pihak dan bertanya tentang produk kami. Hasil daripada itu kami menerima banyak tempahan samada dihantar sendiri, pelangan mengambil sendiri dan ada di hantar melalui penganggkutan. Momentum tempahan berterusan ketika saya upload post yang terkini.

In shaa Allah nampaknya hari ini karom antarabangsa sudah berkembang dengan positif hasil usaha yang berterusan. Bukan hanya setakat produk-produk terjual tetapi juga kursus-kursus beriringan dalam mertabatkan sukan ini di tanah air. Kejohanan-kejohanan juga semakin meriah hari demi hari dan di masa hadapan kita ingin melihat satu kejohanan besar dapat direalisasikan.  

 Bersiap sedia untuk diambil sendiri oleh pelangan.


 Bersiap sedia untuk dihantar kepada pelangan.


 Masih dalam proses pembungkusan.


 Bersiap sedia untuk dihantar kepada pelangan. Yang ini agak jauh sedikit dan terpaksa membuat pembungkusan yang agak rapi.


 Bersiap sedia untuk dihantar kepada pelangan.


 Bersiap sedia untuk dihantar kepada pelangan. Yang ini hanya satu pelangan sahaja.

 Ada yang masih dalam proses pembungkusan dan ada yang sudah bersiap sedia untuk dihantar kepada pelangan-pelangan.

Tempahan daripada pelangan dan siap sedia untuk dihantar. Dan yang ini juga menerima tempahan daripada satu pelangan.

Pelangan cuba menilai kualiti dan membuat pilihan yang terbaik.

Srok yang dikeluarkan dari stor simpanan.


Stok semakin hari semakin susut kerana permintaan yang cukup tinggi dan memberansangkan sejak akhir-akhir ini terutama pada bulan Mei dan Jun. Stok masih boleh menampung untuk seketika sahaja dan mungkin dalam masa terdekat akan membawa masuk stok yang baru pula. Kepada peminat-peminat karom antarabangsa yang memerlukan hanya kualiti terbaik boleh berurusan dengan kami dengan segera. Kami menjual hanya yang terbaik dan digunapakai di kejohanan-kejohanan yang besar di peringkat antarabangsa. Kami bukan bercakap kosong tetapi bercakap di atas fakta kebenaran. Sila layari youtube dan taip carrom, maka hanya jenama itu sahaja yang tertera.

Tunggu apa lagi hubungi kami untuk sesi pencerahan dan tempahan. Seperti yang kami katakan stok semakin kurang hari demi hari dan kami berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

No comments:

Post a Comment