CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, August 27, 2015

SAHABAT BERKUNJUNG DI AKHIR SYAWAL

Malam Pertama hari Isnin (17 Ogos 2015)
Sahabat dari Sarawak (Nawi, Abdul Rahman, Syahrizal dan Azzmi) dan Kedah (Zukiman) berkunjung ke rumah untuk melihat sendiri papan karom yang terbaik di pasaran ketika ini. Sebenarnya Sarawak sudah memiliki hampir kesemua model menerusi dua jenama terkenal yang selalu menjadi pilihan utama di peringkat kejohanan antarabangsa. Apa yang perlu mereka lakukan adalah berlatih dengan modul-modul yang betul untuk ke tahap yang lebih baik dari sekarang. Kecekapan dan kepandaian tidak datang bergolek tetapi menerusi hasil daripada latihan sistematik yang berterusan.

Mereka sebenarnya berkunjung ke rumah saya secara kebetulan kerana pasukan mereka bertanding di kejohanan sukan kakitangan universiti Malaysia. Kebetulan berada di Shah Alam jadi mereka mengambil peluang untuk menjengok dan sambil mencari pencerahan di dalam permainan karom.


  
 Nawi berminat untuk menabah koleksi...


Mencari pengalaman bermain di atas Precise Elegant Bulldog.

Zukiman berada di hadapan papan karom yang terbaik Precise Elegant ROSY. Beliau melihat kesemua model papan karom terdiri daripada Precise Elegant Champion, Precise Elegant Bulldog dan Synco Premium Champion.

Pelbagai soalan yang diajukan untuk mencari jawapan...


Sahabat merakam gambar bersama Piala yang di menangi ketika mengambil bahagian semasa World Cup 2006 DiNew Delhi, India dan World Championship 2015 di Colombo, Sri Lanka. Walaupun hadiah ini bukanlah hadiah utama kejohanan tetapi pencapaian khas ini cukup bermakna bagi seorang pemain Malaysia yang dianggap kerdil di dalam dunia karom antarabangsa di peringkat dunia. Ini adalah pencapain terbaik dan kenangan abadi dalam karier seorang pemain karom ketika mewakili Malaysia di pentas dunia.

Malam Terakhir hari Jumaat (21 Ogos 2015)
 
 
 Sesi pencerahan walaupun masa yang singkat...

 
 
 
 
 

Terima kasih kepada sahabat dari Sarawak yang membawa buah tangan ikan terubok masin, kek lapis sarawak dan undang gau (udang halus). Kepada mereka teruskan latihan yang lebih bersistematik dan memberi komitmen di tahap terbaik.

Berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment