INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, October 13, 2015

PERSEDIAAN PASUKAN JUPEM MENGHADAPI KEJOAHAN KAROM NRE 2015



Tarikh: 2 - 7 Oktober 2015
Tempat: Pusat Sukan Negara Kuala Lumpur

Pasukan Jupem pada tahun ini membuat persediaan awal untuk menghadapi Kejohanan Karom NRE 2015. Persediaan yang rapi ini adalah untuk mencapai kejayaan tertinggi pada kali ini. Ketua kontinjen juga cukup berwawasan dengan menyediakan tempat untuk latihan pusat.

Kejohanan kali ini pemain-pemain karom pasukan Jupem dibarisi dengan pemain-pemain yang cukup berwibawa iaitu terdiri daripada 4 lelaki dan 4 wanita. Pemain lelaki kesemuanya dari Jupem Kuala Lumpur manakala pemain wanita pula seorang dari Kuala Lumpur, seorang dari Perak dan dua pemain lagi dari Pahang. Nampaknya pasukan Jupem tahun ini cukup mantap menerusi pemilihan reputasi dan rekod pemain-pemain. Di samping itu juga pihak pengurusan menyediakan seorang jurulatih supaya latihan dapat dijalankan secara bersistematik dan profesional.

Tahniah kepada pengurus pasukan En. Remey dalam mempersiapkan pasukan menghadapi Kejohanan Karom NRE 2015 yang akan diadakan Di Tanjung Malim. Kesungguhan pengurus dalam mempersiapkan pasukan untuk kejohanan kali ini adalah cukup penting demi mencapai kejayaan.



















 

 Pasukan Karom Jupem

 Menyerah cenderamata kepada pengurus pasukan Karom JUPEM

Cenderamata

Latihan yang diberikan cukup bermakna kepada pemin-pemain yang selama ini tidak pernah menjalani latihan secara formal. Secara keseluruhan pemain-pemain dapat merasakan perbezaan sebelum menerima latihan dan selepas latihan. Perbezaan ini penting untuk meningkat daya saing dalam pertandingan. Diharapkan ilmu yang diperolehi terus diamalkan supaya lebih mantap lagi.  

Sebagai jurulatih saya mengharapkan pasukan Jupem pada tahun ini akan mencapai sasaran untuk muncul juara di Kejohanan Karom NRE 2015. Harapan cukup tinggi dan diharapkan kepada pemain-pemain beristiqomah dalam latihan untuk mencapai hasrat pihak pengurusan. Ilmu yang diperolehi perlu diamalkan dan dipertingkatkan keupayaan dari masa ke semasa. Teruskan latihan secara konsisten walaupun selepas berakhirnya kejohanan. Momentum latihan perlu di teruskan tanpa jemu dalam mengejar kemahiran tertinggi dan berada di puncak kejayaan 

Akhir sekali renungi kata-kata ini...

"Kadang-kadang berdiri menentang pihak lawan yang gagah adalah lebih penting daripada berundur. Pemain yang berjiwa besar sepatutnya bersikap demikian kerana keberanian itu akan mengubah persepsi pihak lawan terhadapnya. Akhirnya sikap pemain menterjemahkan kepada lebih positif untuk menempuh cabaran dengan sabar dan yakin kepada diri sendiri."

No comments:

Post a Comment