INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, January 13, 2016

PERMINTAAN PAPAN KAROM BERTERUSAN


Permintaan papan karom masih berterusan dan hari ini 12 Januari 2016 Seorang pelangan datang ke rumah mengambil 2 set papan karom. Nampaknya stok semakin hari semakin berkurangan dan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli diminta menempah lebih awal supaya anda tidak kecewa.

2 set papan karom siap dibungkus

Manakala bungkusan di bawah pula sorang pelangan dan meminta saya menghantar kepada mereka. Alhamdulillah nampaknya hasil usaha dan gerak kerja yang berterusan membuahkan hasil.  
 
1 set papan karom siap untuk dihantar kepada pelangan

Saya juga menerima beberapa panggilan telefon, whatsapp dan email yang bertanya mengenai peralatan karom dan mengadakan kejohanan karom. Penerangan panjang lebar kepada beberapa individu mengenai permainan karom nampaknya membuka minda mereka bahawa pentingnya untuk melibatkan diri dan bergerak cergas dalam sukan ini. Saya juga menunggu beberapa permintaan membekal peralatan yang jumlahnya agak besar dari beberapa individu dan kelab sukan kursusnya dalam permainan karom.

Kepada peminat karom di tanah air yang ingin membeli papan karom hanya jenama yang terbaik dan berkualiti tinggi. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan membuat sedikit kajian dengan bertanya kepada yang pakar atau mahir dan juga punca-punca lain yng membolehkan anda menilai sesuatu jenama. Setelah hasil kajian yang terperinci akhirnya keputusan yang anda itu membuatkan anda selesa dan pelaburan yang anda lakukan adalah berbaloi. Yang lebih penting anda tidak akan menyesal.

No comments:

Post a Comment