INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Sunday, January 10, 2016

TEMPAHAN PAPAN KAROM BERTERUSAN


Permintaan papan karom masih berterusan dan trend ini lebih rancak bila menjelangnya beberapa kejohanan pada tahun ini. Promosi dan gerak kerja dijalankan nampaknya membuahkan hasil yang memberansangkan dan diharapkan momemtum ini berterusan di masa akan datang

Terdapat dua kategori peminat karom yang membeli papan karom iaitu ada yang membeli papan karom antarabangsa dan ada yang membeli papan karom Malaysia.  Peminat karom sendiri berkunjung ke rumah dengan melihat sendiri produk yang dijual. Ada yang dekat dan ada juga dari jauh turut berkunjung untuk melihat sendiri kualiti papan karom berjenama terkenal.

Stok papan karom makin berkurangan dan dijangka akan terus susut memandangkan untuk membawa masuk papan baru masih dalam perancangan kerana mata wang RM yang jatuh merundum dan kos akan meningkat. Akhirnya impak kepada pelangan yang juga akan turut membayar dengan harga yang lebih tinggi.

Papan "2nd hand" turut habis terjual kerana ada di antara peminat karom yang kurang mampu untuk membeli papan baru dan ada juga untuk mencuba dahulu. Ini menunjukkan permainan karom semakin hari diterima oleh masyarakat dan mempunyai peminat yang tersendiri.

Kepada peminat karom, syabas diucapkan dan terus bermain karom kerana anda semua adalah pengerak sukan ini di tanah air dan anda jugalah akan mewarnai corak perkembangan karom di masa hadapan.

Satu saranan yang cukup penting kepada peminat-peminat karom di tanah air iaitu mempunyai papan yang terbaik dari segi kualiti dan diiktiraf adalah satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Menjalani latihan dengan papan yang berkualiti tinggi juga memberi keselesaan dan kepuasan dari pelbagai aspek.

Pemilihan papan karom adalah asas yang penting oleh itu anda perlu berhati-hati dan membuat keputusan perlu bijak dengan bertanya kepada yang pakar atau kawan-kawan yang mahir supaya anda tidak tersalah beli. Melakukan sedikit kajian akan menyelamatkan anda daripada kerugian dan mungkin juga menyesal akhirnya.











4 comments:

  1. salam wbt tuan...tuan ada jual papan karom? bole dpt maklumat tentang nya? utk kegunaan rumahcshj...sya sdg cari papan yg berkualiti dr yg biasa di beli di kedai...

    ReplyDelete
  2. tuan sy nk beli papan karom yg digunakan buat pertandigan dlm malaysia brp harganya tuan.. blh bg no HP tuan?

    ReplyDelete
  3. Salam tuan
    Kelab Sukan Kami Berminat untuk membeli papan karom standard untuk pertandingan beserta kaki/stand yang teguh. Papan karom tersebut adalah untuk latihan. Lokasi kami adalah di johor bahru. Sebelum ini kami gunakan dan membeli dari kedai sukan biasa dan didapati papan tersebut dindingnya cepat rosak, mudah melengkung ditengah-tengah dan stand/kakinya sedang bergoyang.
    Sekiranya ada pihak tuan masih ada menjual papan karom dan stand tersebut diharap dapat hubungi kami ( Ismail : 019 - 758 4845 )

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Tuan saya ingin. Membeli papan carrom yg berkualiti kayunya dan harga berpatutan.trmksh

    ReplyDelete