INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, April 20, 2016

PASUKAN KAROM MAKSAK PERAK BERKUNJUNG KE SUNGAI BULOH

Tarikh: 28 Febuari 2016
Masa: 2.00 petang 

Pasukan karom Perak pada tahun ini mempunyai dana yang agak besar sehingga membuat pelaburan membeli peralatan sebanyak 4 set papan karom antarabangsa berjenama precise elegant champion. Kunjungan Pengurus pasukan dan jurulatih pasukan Perak ke rumah saya di Sungai Buloh seminggu sebelum bermulanya Kejohanan Karom MAKSAK peringkat kebangsaan pada 11 hingga 13 March 2016 yang akan diadakan di Shah Alam, Selangor.

Sesi pencerahanan bermula dengan asas undang-undang permainan sehingga kepada teknik latihan. Walaupun masa yang agak terhad tetapi isu-isu penting dapat diselesaikan. In shaa Allah di lain masa sesi yang lain lebih sesuai akan dipertimbangkan.

  
Hanya peralatan yang terbaik akan memberi latihan yang lebih sempurna di samping mempunyai jurulatih yang berpengalaman untuk menaik taraf pasukan dari masa ke semasa hingga mencapai kejayaan.


En. Jamal (jurulatih) dan En. Faizee (Pengurus) Senyum dan berpuashati dengan peralatan yang diperolehi.

Kepada pasukan Perak tahniah diucapkan kerana mempunyai peralatan yang terbaik bertaraf dunia. Selepas ini tiada alasan untuk tidak bermain dengan baik dan memperolehi kejayaan yang lebih tinggi. Secara peribadi mungkin di masa akan datang memerlukan latihan yang lebih formal dari jurulatih yang berpengalaman dari segi undang-undang dan teknik permainan. Latihan ini sebagai menambahbaikkan dan memantapkan lagi apa yang sudah dipelajari selama ini.

Dalam mengejar ilmu tiada istilah berhenti tetapi kita terus menerus mencari untuk menjadi lebih mampam selagi bertenaga dan berkemampuan. 

Seperti kata  bijak pandai:

Tiada Jalan Singkat untuk berjaya
Tiada Jalan Mudah Untuk Bahagia
Tiada Jalana Senang Untuk Bergembira
Semuanya memerlukan usaha dan usaha itulah tangga kejayaan.

No comments:

Post a Comment