INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, April 25, 2016

PASUKAN KAROM LABUAN MENERIMA PAPAN KAROM PERTAMA

Pasukan Labuan menjadikan tahun ini sebagai penampilan buat kali pertama memasuki pertandingan Kejohanan Karom MAKSAK 2016 yang telah diadakan di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sebagai persediaan awal pasukan Labuan telah membeli satu set papan karom antarabangsa berjenama Precise Elegant Champion untuk mengadakan latihan intensif mereka. Latihan yang tidak formal mungkin sukar bagi pasukan Labuan untuk terus mara hadapan kerana cabaran daripada pasukan yang lebih senior dan lebih berpengalaman. Dengan peralatan yang ada dan sedikit pengalaman daripada kejohanan mungkin mereka akan ke arah yang lebih kompetitif di masa hadapan.

Bersedia untuk dihantar kepada pelangan di Labuan.

 Sedang membuka kotak bungkusan.

 Papan karom dikeluarkan daripada kotak bungkusan.

 Sedang membuka bungkusan plastik yang terakhir.

 
 Sedang merasai permukaan papan karom berkelas dunia.

Sekalung tahniah kepada pasukan Labuan walaupun masih baru dan tiada latihan formal permainan  karom antarabangsa tetapi masih mampu mengambil bahagian. Tahniah diucapkan kerana berani mencuba. Sikap beginilah yang perlu ada pada setiap pasukan dan dalam masa yang sama cuba mencari jurulatih untuk mendalami secara lebih formal untuk mendapatkan kemahiran yang lebih tinggi.

Wednesday, April 20, 2016

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2016

Tarikh: 20 & 21 Febuari 2016
Masa: 9.00 pagi  - 5.00 petsng
Tempat: Rumah MAKSWIP

Tahun ini Kejohanan Karom MAKSWIP kembali lagi setelah terhenti seketika pada tahun 2015. Pada tahun ini kejohanan terpaksa dipercepatkan kerana Kejohanan Karom MAKSAK juga bermula awal tahun ini. Kali ini giliran negeri Selangor sebagai tuan rumah.

Kejohanan MAKSWIP seperti biasa terdapat dua kategori pasukan lelaki dan wanita. Format kejohanan adalah seperti berikut:

1. Perseorangan pertama
2. Perseorngan kedua
3. Regu

Seperti biasa pasukan lelaki dibahagikan kepada 4 kumpulan:
Kumpulan A
JUPEM 'A'
MAIWP
MIDA

Kumpulan B
DBKL
JPAM
KEMAS

Kumpulan C
UM
LHDN
KKR

Kumpulan D
KAKEP
JUPEM 'B'
FRIM

Pasukan wanita kali penyertaan yang mengalakkan dan dibahagikan kepada 2 kumpulan:
Kumpulan A
DBKL
MAIWP 'A'
JUPEM

Kumpulan B
UM
MAIWP 'B'
KKM
LHDN

Kejohanan berlansung selama 2 hari, Bagi pasukan lelaki dan wanita perlawanan awal dijalankan secara liga dan diselesaikan pada hari pertama.






















































Berikut adalah aksi-aksi perlawanan akhir pasukan wanita KKM vs DBKL.






Berikut adalah keputusan akhir kejohanan bagi kategori pasukan wanita
Johan: Pasukan DBKL
Naib johan: Pasukan UM
Ketiga: Pasukan JUPEM 'A' dan Pasukan MIDA



Berikut adalah keputusan akhir kejohanan bagi kategori pasukan wanita
Johan: Pasukan KKM
Naib johan: Pasukan DBKL
Ketiga: Pasukan LHDN dan Pasukan JUPEM







Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang disampaikan oleh Penolong Setiausaha Kehormat MAKSWIP En. Zaini (berbaju t-shirt putih).
 Pasukan wanita LHDN tempat ketiga bersama pasukan wanita JUPEM

 Pasukan wanita DBKL naib johan

 Pasukan Wanita KKM muncul johan

 Pasukan lelaki MIDA

 Pasukan lelaki JUPEM 'A' tempat ketiga bersama pasukan lelaki MIDA

 Pasukan lelaki UM sebagai naib johan


 Pasukan lelaki DBKL muncul johan


 Pasukan lelaki dan wanita DBKL

Kejohanan kali ini masih mengekalkan tradisi lama dimana pasukan yang sama bertanding menjadi pesaing-pesaing utama. Sementara itu Pasukan yang lain nampaknya masih tidak nampak perubahan dari segi kemajuan dalam perlawanan.

Kekangan peralatan adalah punca penyebab mutu perlawanan sesetengah pasukan tidak banyak berubah. Oleh itu jika pasukan-pasukan lain yang ingin bergerak seiring dengan pasukan yang sudah matang, maka peralatan dan jurulatih perlu di cari untuk meningkatkan keupayaan skil individu dan kejayaan pasukan.