INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, October 26, 2018

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2018

Tarikh: 18 – 21/10/2018
Tempat: Hotel Mahkota, Melaka.


Kembali lagi kejohanan karom MAKSAK 2018 dan kali ini buat pertama kali negeri Melaka sebagai tuan rumah. Tempat rasmi kejohanan di dewan dan ruang legar Hotel Mahkota yang terletak di tengah-tenganh bandar Melaka.  Tahniah diucapkan kepada negeri Melaka yang menyediakan penginapan dan tempat kejohanan yang agak selesa.

Seperti kebiasaan format kejohanan terdiri daripada perseorangan pertama, perseorangan kedua dan regu. Berikut adalah pasukan yang mengambil bahagian pada tahun ini. Agak malang Negeri Sembilan masih tidak mengambil bahagian sejak tahun 2013 lagi.Nampaknya pasukan ini akan ketinggalan dari segi permainan karom antarabangsa.












 

 














  

    
 



  



 















Pasukan lelaki yang bertanding dibahagikan kepada 4 kumpulan:

KUMPULAN A
1. WPKL
2. JOHOR
3. PAHANG
4. TERENGGANU

KUMPULAN B
1. SELANGOR
2. PULAU PINANG
3. SABAH
4. SARAWAK

KUMPULAN C
1. KEDAH
2. WP LABUAN
3. MELAKA
4. ATM

KUMPULAN D
1. PERAK
2. PERLIS
3. PENJARA
4. PDRM
5. KELANTAN

Pasukan wanita bertanding dibahagikan kepada 4 kumpulan:

KUMPULAN A
1. WPKL
2. WP LABUAN
3. PERAK
4. PENJARA

KUMPULAN B
1. JOHOR
2. ATM
3. PERLIS
4. PAHANG

KUMPULAN C
1. KEDAH
2. PDRM
3. SARAWAK
4. PULAU PINANG

KUMPULAN D
1. SELANGOR
2. KELANTAN
3. MELAKA
4. SABAH
5. TERENGGANU


PERLWANAN AKHIR PASUKAN WANITA


 Perlawanan akhir perseorangan wanita pertama


 Perlawanan akhir perseorangan wanita kedua


 Perlawanan akhir regu wanita


PERLAWANAN AKHIR PASUKAN LELAKI

Pasukan lelaki WPKL dan Selangor sebelum perlawanan akhir


 Perlawanan akhir perseorangan lelaki pertama


 Perlawanan akhir perseorangan lelaki kedua


  Perlawanan akhir regu lelaki

Tahniah kepada pasukan yang berjaya pertahankan kejuaraan dan kepada pasukan yang meningkat teruskan usaha pencapaian dan kepada pasukan yang kalah cuba dan terus cuba untuk memperbaiki kelemahan. Kepada pasukan yang tidak berubah dari segi pencapaian dan juga mungkin menurun mutu permainan hendaklah muhasabah serta mencari solusi terbaik bagaimana untuk menambahbaikkan pasukan. Kejayaan seperti mendaki gunung yang tiada jalan mudah untuk sampai ke puncak, kerana usaha dan latihan hendaklah berterusan dan bersistematik.

Persediaan bukan hanya dari segi mental dan fizikal tetapi juga persediaan peralatan untuk latihan supaya dapat menjalani latihan dengan sempurna. Jangan anggap peralatan tidak penting kerana tanpa peralatan yang betul dan sesuai latihan juga tidak mencapai sasaran yang sebenar. Pasukan perlu mencari peralatan yang mempunyai spesifikasi yang diiktiraf dan berkualati tinggi yang mempunyai gred A supaya dapat menjalani latihan lebih sempurna dan marasai pengalaman peralatan yang digunakan di peringkat antarabangsa.

Keputusan akhir kejohanan kumpulan lelaki:
Johan: WPKL
Naib johan: SELANGOR
Ketiga: PDRM dan KEDAH

Keputusan akhir kejohanan kumpulan wanita:
Johan: WPKL
Naib johan: TERENGGANU
Ketiga: PERAK dan SELANGOR


Pasukan Perak bersama pengadil


Pasukan lelaki Selangor

Pasukan wanita terengganu bersama pengadil

Pasukan WPKL
Pengadil jangan terlalu gembira kerana anda perlu khatam buku undang-undang

Ada seorang peminat dari Perak menyelit bersama pengadil

Pengadil daripada Persatuan Karom Malaysia

Akhir kata terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang foto kejohanan, Puan Rosmah dari Selangor. manakala ketua pengadil MAKSAK En. Kamurdin yang menyumbang foto perlawanan akhir di antara WPKL menentang SELANGOR. Gambar yang menarik untuk kita berkongsi bersama dan menjadi kenangan abadi.

Untuk info, kejohanan karom MAKSAK 2019 akan di adakan di negeri Perlis yang juga julung kali sebagai tuan rumah kejohanan. Kepada pemain-pemain selamat berlatih dengan lebih bersistematik dan berdisplin untuk persediaan kejohanan pada tahun hadapan. Jangan berpuas hati dan selesa dengan pencapaian pada tahun ini kerana pada tahun hadapan mungkin saingan yang lebih sengit akan menanti pasukan anda. Sentiasa bersedia menghadapi lawan dan jangan di saat akhir membuat persediaan. Persediaannya sebenarnya sudah bermula selepas selesainya kejohanan dan tiada istilah bermulan madu.

In shaa Allah panjang umur kita berjumpa lagi...

Tahun lalu di Kuala Lumpur
Tahun ini giliran Melaka
Bila bersama jadi terhibur
Masa bertanding tetap berseloka

Bila bersama jadi terhibur
Masa bertanding tetap berseloka
Watak dan emosi jangan bercampur
Pasti di gelanggang sentiasa peka

Watak dan emosi jangan bercampur
Pasti di gelanggang sentiasa peka
Salah dan silap adat bertempur
Selesai bertanding tiada terluka

"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"