INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, December 18, 2019

PERLAWANAN MENARIK DI KEJOHANAN ICF CUP 2019

Tarikh: 2 - 6 Disember 2019

Tempat: P.Y.C hindu Gymkhana, Pune, India.

Berikut adalah beberapa perlawanan menarik yang sempat dirakam ketika ICF Cup 2019 berlansung. Semoga peminat karom tanah air dapat manfaat daripada video ini dan mungkin dapat mempelajari sesuatu yang berguna di masa hadapan.

SWISS LEAGUE (EVENT)
Swiss league - Nishanta fernando (Sri Lanka) vs Rajesh Gohil (India)


Swiss league - Sandeep Dive (India) vs Komaravelli Srivinas (India)

Swiss league - Nishanta Fernando (Sri Lanka) vs Anil Mundhe (India)


MENS SINGLES (EVENT)
Anas Ahmed (Sri Lanka) vs Rajesh Gohil (India)

Nishanta Fernando (Sri Lanka) vs Pierre Dubois (France)


QF - Nishanta Fernando (Sri Lanka) vs Irshad Ahmed (India)

SF - Zaheer Pasha (India) vs Irshad Ahmed (India)


Final - Prashant More (India) vs Irshad Ahmed (India)

WOMEN SINGLES EVENT
Final - S Appoorva (India) vs Aminath Vidhaadh (Maldives)


Final - S Appoorva (India) vs Aisha Sajid (India)

MENS TEAM EVENT
SF - Zaheer pasha (India) vs Mohd Hemayet Mollah (Bangladesh)



Final - Prashant More (India) vs Nishanta Fernando (Sri Lanka)

WOMENS TEAM EVENT
Final - Rashmi Kumari (India) vs Aminath Vidhaadh (Maldives)

8th ICF CUP 2019 IN PUNE, INDIA.

Tarikh: 2 - 6 Disember 2019
Tempat: P.Y.C hindu Gymkhana, Pune, India.
Penganjur: All India Carrom Federation (AICF) under the aegis of International Carrom Federation (ICF) and hosted by Maharashtra Carrom Association (MCA) & Carrom Association of Pune (CAP).

Logo kejohanan

 Negara yang mengambil bahagian

Gelanggang kejohanan

Jenama SYNCO sebagai peralatan rasmi kejohanan

Pasukan India kekal mengungguli kejohanan kali ini

KEJOHANAN LELAKI BERPASUKAN

India (Johan lelaki berpasukan)


Sri Lanka (Naib johan lelaki berpasukan)


Bangladesh (Ketiga lelaki berpasukan)

Maldives (Keempat lelaki berpasukan)

KEJOHANAN WANITA BERPASUKAN
India (Johan wanita berpasukan)

Maldives (Naib johan wanita berpasukan)

Sri Lanka (Ketiga wanita berpasukan)

Bangladesh (Keempat wanita berpasukan)

KEJOHANAN SWISS LEAGUE
Pertama swiss league - Zaheer Pasha (India)

Kedua swiss league - Anil Mundhe (India)

Ketiga swiss league - Komaravelli Srivinas (India)
Keempat swiss league - Irshad Ahmed (India)
Kelima swiss league - Kajal Kumari (India)
Keenam swiss league - Prashant More (India)
Ketujuh swiss league - Rajesh Gohil (India)
Kelapan swiss league - Nishantha Fernando (Sri Lanka)

KEJOHANAN PERSEORANGAN LELAKI
Irshad Ahmed menjulang trofi johan perseorangan lelaki 

Irshad Ahmed (Johan perseorangan lelaki)
S Appoorva (Johan perseorangan wanita)

Perseorangan lelaki
Prashant More (Kedua), Irshad Ahmed (Pertama) dan Rajesh Gohil (Ketiga)

KEJOHANAN PERSEORANGAN WANITA
Perseorangan wanita
Rashmi Kumari (Ketiga), S Appoorva (Pertama) dan Aisha Sajid (Kedua)

Pencapaian pemain dalam melakukan slam adalah seperti berikut:
27 white slam dan 12 black slam

TANDA TANGAN PESERTA SEBAGAI KENANGAN

Thursday, August 8, 2019

PENYERAHAN PAPAN KAROM ANTARABANSA KEPADA MAKSAK SARAWAK

Tarikh: 24hb Julai 2019
Hari: Khamis
Waktu: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Undangan Negeri Sarawak Kuching.

Kini pasukan karom Sarawak melangkah ke satu tahap yang membanggakan kerana mempunyai kelengkapan alat permainan karom antarabangsa berkualiti tinggi yang berstatus gred A atau dipanggil papan kejohanan. Papan berjenama SYNCO PLATINUM yang digunakan buat pertama kali di kejohanan World Carrom Championship 2016 in Birmingham, United Kingdom. Pasukan Sarawak patut berbangga kerana merupakan negeri yang pertama di Malaysia mengunakan papan jenama ini. Penulis sebagai pemgimport tunggal jenama SYNCO turut berbangga dengan pembelian ini demi membantu pemain-pemain karom di Malaysia khususnya pemain Sarawak mengunakan papan karom bertaraf dunia. Dengan adanya kelengkapan ini, maka pasukan karom Sarawak dapat mengadakan latihan dan kejohanan dengan lebisempurna di masa hadapan.

Memandangkan peralatan dibeli oleh MAKSAK Sarawak, maka hari ini bersamaan 24hb Julai 2019 satu majlis rasmi penyerahan Papan karom Antarabangsa dan peralatan sokongan kepada Setiausaha Kehormat MAKSAK SARAWAK, Encik Senawi Bin Mohamad.

Encik Senawi bin Mohamad sedang menandatangani dokumentasi penyerahan peralatan karom antarabangsa di pejabat Setiausaha Kehormat MAKSAK SARAWAK daripada Encik Zakaria Abd Rahman selaku koordinator karom Sarawak. 

Zakaria Abd Rahman sebagai Koordinator Karom MAKSAK Sarawak turut disertai bersama En Hajimee Saadi.

Papan karom antarabangsa berjenama SYNCO PLATINUM buat pertama kali diperkenalkan ketika World Carrom Championship 2016 di Birmingham, UK. Model ini adalah gred A atau lebih dikenali sebagai papan utama kejohanan.

Encik Zakaria Abd Rahman sedang memberi penerangan mengenai peralatan standard karom antarabangsa kepada Encik Senawi bin Mohamad

Gambar kenangan Encik Zakaria Abd Rahman bersama Setiausaha Kehormat Maksak Sarawak Encik Senawi Bin Mohamad

 Pasukan karom MAKSAK Sarawak ketika mewakili Kejohanan Karom MAKSAK 2019 di negeri Perlis. 

 Suasana kejohanan Karom MAKSAK di Dewan Wawasan 2020 di negeri Perlis.

 
Keratan akhbar mengenai pencapaian pasukan karom MAKSAK Sarawak yang berjaya hingga ke suku akhir pada Kejohanan Karom MAKSAK 2019 di Perlis.

Semoga permainan sukan Karom Sarawak akan berterusan meningkat bukan sahaja di Kejohanan Karom MAKSAK Malaysia malah di peringkat antarabansa. Dengan adanya kesungguhan dan kerjasama daripada semua pihak ini, akan banyak membantu memajukan sukan karom. Ucapan Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi MAKSAK Sarawak kerana memberi kerjasama yang amat baik sehingga dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Kesungguhan pengurusan MAKSAK Sarawak patut dipuji kerana memberi kerjasama yang cukup baik kepada pemain-pemain karom demi pembangunan karom di Sarawak. Sebagai pengerak utama dan orang yang bertanggungjawab untuk mertabatkan karom antarabangsa, penulis mengucapkan tahniah kepada En. Zakaria dan pasukannya iaitu En. Shahrul dan Abdul Rahman yang berkerja keras untuk menyediakan peralatan demi pembangunan karom di Sarawak. 

Tidak ketinggalan tahniah juga kepada pasukan karom MAKSAK Sarawak yang sudah berjaya membuat perubahan dan bergerak lebih jauh dari tahun ke tahun dengan perkembangan yang cukup positif. In shaa Allah dengan adanya kemudahan peralatan yang bermutu tinggi, penulis berkeyakinan pemain-pemain Sarawak lebih mantap dalam permainan dan berkemampuan di masa hadapan.

Penulis berkeyakinan negeri Sarawak berkemampuan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Karom MAKSAK di masa hadapan. In shaa Allah penulis sebagai pengerak karom antarabangsa bersama-sama dengan pemain-pemain di seluruh Malaysia akan menanti saatnya.

Sungguhpun jauh kami di seberang
Bukan alasan sebagai penghalang
Kini kami sudah mempunyai barang
Pasti meriah karom di bumi kenyalang

Kini kami sudah mempunyai barang
Pasti meriah karom di bumi kenyalang
Misi kami bukan serkap jarang
Satu hari nanti piala dibawa pulang

MAJU KAROM DEMI NEGARA

Saturday, July 20, 2019

KEJOHANAN KAROM PIALA KETUA POLIS NEGARA 2019

Tarikh: 19 - 22 Jun 2019
Masa: 8.30 pagi  - 5.30 petang
Tempat: Dewan Tan Sri Kalid Abu Bakar, Pulapol Kuala Lumpur.


Tahun ini buat pertama kali Kejohanan Karom Ketua Polis Negara mengunakan papan karom baru berjenama Synco Platinum. Jenama ini diperkenalkan buat pertama kali semasa kejohanan World Carrom Campionship 2016 di Birmingham, United Kingdom. Papan baru ini tiba beberapa  hari sebelum kejohanan bermula dan kejohanan kali ini berpeluanmengunakan papan gred A atau dipanggil papan kejohanan.

Rata-rata pemain mengatakan papan yang terbaik dan berpeluang mengunakan papan yang berkualiti tinggi pada kejohanan kali ini. Sehinggakan 2 set papan terjual pada kejohanan dan beberapa pasukan lain turut berminat untuk memiliki papan berjenama synco platinum ini.

Pasukan yang bertanding terbahagi kepada dua kumpulan:

Kumpulan A:
1. Kelantan
2. Pulapol Air Hitam
3. Pulau Pinang
4. Melaka
5. Negeri Sembilan 
6. Perak

Kumpulan B:
1. Selangor
2. Kuala Lumpur
3. Bukit Aman
4. Pulapol Kuala Lumpur
5. Pahang 
6. Johor

 Susunan papan karom yang kemas dan menarik





















 























































 












Pasukan Bukit Aman

Pasukan Selangor tempat keempat

Pasukan Kuala Lumpur tempat ke tiga

Pasukan Pulapol Air Hitam muncul buat pertama kali sebagai naib juara

 Pasukan Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan

Keputusan akhir kejohanan:
Juara: Kelantan
Naib juara: Pulapol Air Hitam
Tempat ketiga: Kuala Lumpur
Keempat: Selangor

Kepujian harus diberikan kepada pasukan daripada Pulapol Air Hitam yanbukan hanya peningkatan tetapi mampu muncul naib juara pada kejohanan tahun ini. Ini merupakan pencapaian yang terbaik memangkan pasukan ini tiada kemudahan asas. Tahniah juga kepada pasukan daripada Kelantan yang masih mengekalkan pencapaian sehingga mampu mempertahankan kejuaraan.