Wednesday, July 8, 2015

TEMPAHAN MASUK LAGI...

Permintaan papan karom antarabangsa terus meningkat dan perubahan ini menunjukkan pesepsi kebanyakkan masyarakat sudah mula meminati dan menerima dengan baik. Saya melihat dua tiga tahun kebelakangan ini perubahan besar berlaku kerana peminat-peminat karom sudah membeli papan menerusi kelab sukan daripada swasta dan kerajaan. Saya juga turut teruja dimana individu-individu yang meminati karom juga turut sama membeli dan ingin mengetahui permainan ini lebih lanjut. Syabas saya ucapkan kepada mereka.
   
Usaha promosi permainan karom antarabangsa yang berterusan ketika kejohanan berlansung, ketika mengadakan bengkel dan semasa latihan intensif nampaknya hasilnya sudah kelihatan hari demi hari. Alhamdullillah walaupun bergerak secara bersendirian nampaknya cahaya sudah terbit di ufuk walaupun sinarnya belum memancar terang. In sha Allah dengan komitmen yang tinggi, konsisten dan beristiqamah ianya tidak mustahil amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 


Bersiap sedia untuk di hantar kepada pelangan.

Bungkusan ini juga bersiap sedia untuk di hantar kepada pelangan. 


Tempahan papan karom antarabangsa masih terus menerus dengan permintaan yang cukup tinggi sejak bulan Mei hingga bulan Juli. Jika momentum ini berterusan saya menjangka kerana stok kami akan mengucup dan pastinya tidak dapat menampung permintaan. Stok masih ada sedikit lagi dan saya menyarankan kepada yang beminat boleh menempah mulai dari sekarang kerana harga masih tidak berubah. Kemungkinanan besar saya terpaksa membawa masuk papan baru pada awal tahun hadapan dan harga juga akan turut meningkat mengikut keadaan semasa dimana hari ini kos perkhidmatan sudah meningkat naik. Kenaikkan kos barangan tidak dapat dielakkan kerana perubahan sosio ekonomi hari ini.

Walaupun mempunyai kelengkapan peralatan permainan tetapi ilmu tidak mencukupi juga tidak membawa apa-apa bermakna. Oleh sebab itu apabila permintaan papan karom bertambah, maka kursus dan latihan intensif juga turut sama meningkat. Ini bermakna rata-rata pembeli papan ingin mengetahui undang-undang dan cara permainan supaya mereka dapat bermain dengan lebih baik. Dengan cara ini juga perkembangan karom antarabangsa akan lebih positif di masa hadapan. 

Dalam mengejar kejayaan sudah pasti kedengaran suara-suara sumbang dari mereka yang tidak senang dengan kejayaan kita. Manusia sememangnya bersifat demikian iaitu hasad dan dengi tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian. Untuk bergerak maju halangan-halangan seperti itu membuatkan kita sebenarnya bertambah kuat dan lebih matang untuk mempersiapkan diri bergerak terus ke hadapan. Dalam masa yang sama kita juga dapat mengenali kawan yang sebenar atau pun lawan yang tidak senang dengan pencapaian kita.

Kita tinggalkan episod yang membengkak dan membusuk ini dan seperti kata-kata peribahasa "Biar si luncai terjun dengan labu-labunya". Apa yang perlu kita lakukan adalah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada peminta-peminat karom di tanah air demi demi perkembangan sukan untuk negara di masa hadapan.

"Be positive what you are been doing"

ARKIB - KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2011

Hari ini saya bercuti dan membuat beberapa kerja sendiri yang terbengkalai di samping meneliti beberapa directory di dalam "back-up hardisk". Lalu terjumpa beberapa gambar di kejohanan-kejohana yang lepas dimana belum di uploadkan lagi. Mungkin ketika itu agak sibuk jadi terlepas pandang. Sebagai manusia biasa kita perlu mengakui hakikat bahawa kita sebenarnya tidak sempurna di dalam banyak hal.

Hari ini saya upload "KEJOHANAN KAROM MAKSWIP TAHUN 2011" semoga pembaca mendapat menafaat darinya.

Tarikh: 10 Julai 2011
Tempat: Dewan Risda Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kejohanan Karom Makswip 2011 kembali lagi dan berlansung hanya satu hari sahaja. Kejohanan kali ini dipendekkan harinya kerana kebetulan pada hari ini adalah bersamaan 9 julai dimana Kempen Bersih 2.0. akan berlansung pada jam 2.00 petang. Oleh demikian kebanyakkan jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur ditutup dan dikawal oleh pasukan keselamatan. Saya juga diberi tahu beberapa pasukan menarik diri pada saat-saat akhir.

Sebelum ke tempat kejohanan berlansung saya telah menghubungi En. Azmi Baki selalu Setiausaha Persatuan Karom Malaysia dan juga salah satu pasukan yang menyertai bahagian untuk mendapat kepastian di mana ianya akan dilansungkan. Sebelum ini saya diberitahu akan di adakan di Stadium DBKL di Brikfields. Selepas jawapan diperolehi, maka saya ke Bangunan RISDA Jalan Ampang seperti kejohanan-kejohanan lepas yang diadakan di sana. Di dalam perjalanan ada beberapa soalan bermain di kepala saya iaitu papan karom, pengadil dan bagaimana suasana keseluruhan perjalanan kejohanan tersebut. Kejohanan kali ini juga menjadi sejarah kerana Persatuan Karom Malaysia tidak terlibat secara lansung.

Walaupun saya tidak terlibat secara lansung di dalam kejohanan ini tetapi sebagai pengendali blog komuniti karom saya mengambil inisiatif untuk mencari berita dan kativiti karom. Seperti biasa setiap kali kejohanan karom antarabangsa di adakan saya akan membuat liputan untuk dimuatkan di dalam blog saya kendalikan. Ini adalah sebagai rutin saya untuk dipaparkan kepada peminat-peminat karom di tanah air dan dunia luar negara bahawa permainan karom antarabangsa di Malaysia masih lagi aktif.

Pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada: UM, KAKEP, LGM, BSN, HASIL, FRIM, DBKL, Penerangan, Muzium, JUPEM, KSN dan Felcra.

Memandangkan saya adalah salah seorang pengadil untuk kejohanan-kejohanan yang lepas dan pembekal peralatan karom antarabangsa, maka rata-rata pemain yang saya kenali dan ada di antara mereka menemui saya mengatakan ketidak puasan dari segi kelengkapan alat permainan terutama papan karom yang tidak mengikut spesifikasi dan ketinggian papan juga memberi masalah ketika bermain kerana tidak mengikut undang-undang.

Saya juga melihat satu insiden di mana seorang pemain memanggil salah seorang pengadil untuk menyelesaikan satu kekeliruan di dalam permainannya dan beliau membuka buku mencari jawapan sebenar. Kebetulan saya berada di situ dan pemain tersebut mengenali saya, maka beliau memanggil saya untuk menyelesaikannya. Pada mulanya saya tidak mahu masuk campur kerana saya sebagai orang luar yang hanya datang untuk membuat sedikit liputan kejohanan itu sahaja. Tetapi pemain berkenaan terus-menerus bertanya, maka saya tiada jalan lain melainkan memberi jawapannya kepada mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Saya berada di tempat kejohanan hanya seketika sahaja dan terpaksa bergegas pulang kerana ada urusan yang lain terpaksa diselesaikan. Saya mengharapkan kejohanan berjalan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini. Memandangkan saya pulang awal, maka keputusan akhir kejohanan saya tidak perolehi dan tidak pasti pasukan yang mana menjuarai kejohanan kali ini.

Saya sempat mengambil beberapa gambar kejohanan untuk tatapan bersama.





















Saya membuat ulasan ini bukan bermaksud ketidak puasan dari Persatuan Karom Malaysia tidak diberi tugas pengadilan dan jauh sekali merasa iri hati atau hasad dengki. Tetapi apa saya ingin katakan bahawa keadaan sedemikian akan memberi impak kepada pemain baru yang menganggap ini peralatan sebenar dan pengadilan adalah sedemikian rupa. Saya bukan mengatakan diri saya pakar undang-undang permainan tetapi apa yang saya saksikan sungguh menyedihkan dimana pengetahuan pengadil juga agak lemah dan ini memberi implikasi yang buruk kepada pemain dan permainan itu sendiri.

Sungguhpun begitu saya memuji dan berterimakasih kerana inisiatif mereka untuk mengerakkan aktiviti ini walaupun menghadapai beberapa kekangan. Syabas juga kepada mereka yang berjaya melakukan yang terbaik.

Permainan karom adalah sejenis sukan dan seperti sukan yang lain juga ianya perlu digharab dengan berhemah dengan saluran yang betul. Apa jua permasalahan yang ujud boleh dibawa berbincang dan diselesaikan dengan baik. Kita jangan hanya mendengar sesetengah pihak yang menjadi batu api atau mengambil kesempatan situasi yang berlaku. Sukan tidak perlu dicampuri dengan pemikiran orang berpolitik rimba dan orthodok. Jika inilah sikap kita, maka sukan di Malaysia tidak akan pergi jauh kerana dipenuhi pelbagai masalah yang sepatutnya tidak berlaku. Amat malang jika sikap kita sedemikian rupa.

Kita juga mengetahui ada diantara sukan-sukan tertentu di tanah air dipolitikkan dan akhirnya graf pencapaian jatuh merundum. Bukan setakat sukan itu sahaja gagal mencerlah malah atlet-atlet sukan yang terlibat dengan sukan tersebut juga terkena bahang dan mereka dalam delima. Faktor-faktor yang tidak sihat ini wujud sedikit sebanyak membawa kemorosotan kepada permainan mereka dan akhirnya yang menjadi kambing hitam adalah atlet itu sendiri. Sedangkan permasalahan yang berlaku sebenarnya adalah pihak pengurusan dan pihak ketiga bercakaran. Akhirnya mereka semuanya terlepas begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Kita jangan bersikap hipokrik dan penting diri sendiri di dalam sesuatu hal. Kepentingan umum perlu diutamakan dan pengorbanan untuk generasi yang akan datang adalah yang lebih penting.

Diharap ruangan ini memberi sedikit impak kepada perkembangan sukan karom ke arah lebih profesional. Menunding jari kepada pihak lain cukup mudah tetapi cuba melakukan anda sendiri pastinya merasai pahit jeritnya. Oleh itu muhasabah diri paling penting untuk mengenali diri kita sendiri secara lebih dekat sebelum mengatakan orang lain yang tidak sempurna.

Renungkanlah dan berjumpa lagi...