Monday, August 24, 2009

PEMBATALAN MEWAKILI MALAYSIA UNTUK KEJOHANAN KAROM ASIA 2009 DI PUNE, INDIA

Oleh kerana penyebaran virus Influenza A (H1N1) atau selesema babi, maka Persatuan Karom Malaysia mengambil pendekatan selamat dengan membatalkan pemilihan pemain ke Kejohanan Karom Piala Asia di Pune, India pada 11 hingga 13 Ogos 2009.

Dengan pembatalan ini diharap semua pemain yang terlibat dapat menerima hati yang terbuka demi menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama mengelak penyebaran virus ini lebih meluas lagi. Ini adalah selaras dengan saranan kerajaan Malaysia pada 22/06/2009 menasihati atlit negara supaya tidak menyertai acara sukan di luar negara buat sementara waktu terutama negara-negara yang berpotensi tinggi virus Influenza A (H1N1) ini.

Persatuan Karom Malaysia dari masa ke semasa akan pengumuman mengenai pertandingan dan pemilihan yang akan datang. Diharap semua pemain yang ingin menyertai pemilihan kali ini memahami situasi hari ini dan seterusnya menyokong permainan Karom Antarabangsa ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.

Akhir kata apakah nilai Karom Antarabangsa di mata peminat jika tiada yang membantu mempromosi dan menyokong usaha kami di Persatuan Karom Malaysia. Oleh itu sama-sama kita mengembeling tenaga demi sukan yang anda semua gemari. "Karom Untuk Semua"

No comments:

Post a Comment