Tuesday, December 11, 2012

PERSIAPAN TERAKHIR WORLD CARROM CAHMPIONSHIP 2012

TEMPAT: OCM dan MSN
TARIKH: 29/10/2012

Hari ini saya merancang untuk membuat persiapan terakhir sebelum berlepas ke Colombo, Sri Lanka. Ada sedikit keperluan yang belum disediakan dan juga membeli sedikit cenderhati untuk di bawa ke sana. Tetapi rancangan tersebut tergendala kerana satu panggilan telefon daripada En. Sahipul selaku  pengurus pasukan supaya saya berada di Wisma Olympic Council Malaysia (OCM) jam 10:30 pagi. Upacara penyerahan bendera Malaysia yang akan disampaikan oleh Setiausaha Agong KOAM Datuk Seah Kok Chi.



Saya bergegas ke sana dan tiba jam 9:45 pagi. Seperti kebiasaan saya adalah orang pertama tiba dan pemain yang lain belum nampak bayang mereka lagi. Sekitar jam 10:20 pagi barulah En. Sahipul muncul diikuti En. Frankie dan yang terakhir En. Samohon. Pemain-pemain yang lain tidak dapat turut serta kerana di saat-saat akhir. Penyerahan bendera disempurnakan sekitar jam 10:45 pagi oleh Datuk Siah Kok Che kepada Pengurus pasukan.

Kami juga diberikan sehelai Tshirt berwarna putih untuk pasukan Malaysia. Hari ini juga saya membantu pengurus pasukan untuk mengambil Tshirt daripada Syarikat Figos dan Majlis Sukan Negara (MSN). Saya terpaksa menunggu En. Sahipul di OCM sehingga jam 2:00 petang kerana beliau ada urusan penting  berjumpa seorang kawan di Shah Alam terlebih dahulu.




Sekitar jam 2:30 petang beliau sampai di OCM dan kami terus bergerak ke destinasi yang pertama iaitu mengambil Tshirt Figos di Kampong Pandan. Figos memberi 2 helai Tshirt berwarna putih dan hitam.  Selepas itu kami menuju ke destinasi yang terakhir iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil. Oleh kerana kesuntukkan masa saya mencadangkan En. Sahipul menelefon En. Soong (Penolong Setiausaha Persatuan Karom Malaysia) supaya berjumpa di MSN sahaja. Beliau terpaksa ke sana kerana membawa surat rasmi daripada persatuan yang menyatakan kami akan ke World Carrom Championship 2012 di Colombo, Sri Lanka.

Tujuan surat rasmi itu adalah bertujuan meminta sedikit bantuan pakaian untuk pasukan Malaysia. Kami terpaksa mencari pegawai yang bertugas dan juga menunggu beberapa ketika. Penantian kami berbaloi kerana dibekalkan dengan Tshirt Harimau dan “Track Bottom”. Dalam masa yang sama saya juga sempat bertanya beberapa soalan kepada pegawai berkenaan bagaimana tatacara yang perlu dilakukan oleh persatuan untuk meminta apa-apa bantuan daripada MSN. Penjelasan yang diberikan amat berguna untuk mengatasi kelemahan dan kegagalan yang patut diatasi oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu persatuan sendiri.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih yang tidak terhingga kepada pengurusan OCM, FIGOS dan MSN kerana memberi bantuan yang kami perlukan. Tanpa bantuan mereka saya kira pasukan Malaysia mungkin tidak mempunyai pakaian seragam yang lengkap. Akhirnya saya juga ingin merakam ucapan terimakasih kepada En. Krishnan (Timbalan Presiden Karomas) yang juga berjaya mendapatkan satu Tshirt untuk kami. Tidak ketinggalan kepada En. Christopher yang juga menerima bantuan daripada tempat beliau bertugas.

Semua urusan selesai sekitar jam 5:30 petang dan saya bergegas kembali ke rumah untuk membeli keperluan yang masih belum tertunai sejak pagi tadi. Akhirnya persiapan saya dapat juga disempurnakan dan semoga permergian kali ini dapat membuahkan hasil yang dapat dibanggakan untuk pasukan Malaysia dan juga diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment