Monday, December 17, 2012

WORLD CARROM CHAMPIONSHIP 2012

TEMPAT: GALADARI HOTEL, COLOMBO, SRI LANKA.
TARIKH: 31/10/2012 – 04/11/2012





Hari ini merupakan hari pertama kejohanan dan dimulai  dengan ucapan utama oleh Mr. Arif Naqvi, Presiden International Carrom Federation (ICF). Beliau sungguh berbangga kerana buat kali pertamanya kejohanan peringkat antarabangsa yang disertai 18 negara dan berjaya memecah tradisi penyertaan sebelum ini.

Ucapan perasmian.

Pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada Qatar, Maldives, India, Bangladesh, Pakistan, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, England, German, Itali, USA, Kanada, Czech Republic, Switzerland, Poland, Nepal dan Sri Lanka selaku pasukan tuan rumah. Pembukaan rasmi kejohanan dilakukan oleh Menteri Sukan Sri Lanka dan malam pembukaan juga dipersembahkan tarian traditional Sri Lanka sebagai satu acara hiburan buat peserta kejohanan.

 
Bendera negara-negara yang mengambil bahagian.

 Pasukan India

Pasukan Sri Lanka

 Pasukan Bangladesh

 Pasukan Pakistan

 Pasukan German

 Pasukan Kanada

 Pasukan Malaysia

Kejohanan pada hari pertama adalah acara berpasukan. Pasukan Malaysia di dalam kumpulan... bersama pasukan daripada Itali dan Jerman. Keputusannya Malaysia mengalami kekalahan kesemua perlawanan dan begitu juga pasukan wanita. Nampaknya pasukan Malaysia menjadi pasukan belasahan sahaja. Oleh kerana kegagalan trsebut pasukan Malaysia tidak layak untuk ke pusingan seterusnya.

Hari kedua acara "Swiss League" di jalankan bermula hingga ke lewat petang. dan hari ketiga dijalankan acara individu.
























Hari terakhir kejohanan acara perseorangan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Seperti sudah dijangka peringkat ini sudah tentu pemain-pemain daripada benua Asia yang terus unggul iaitu Maldive, Bangladesh, Pakistan, India dan tidak ketinggalan pemain tuan rumah Sri Lanka.



Pada malamnya diadakan acara kemuncak iaitu pencapaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang berjaya. Disamping penyampaian hadiah pada malam tersebut juga diselangseli dengan muzik dan tarian traditional yang sungguh menarik.



Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan World Carrom Championship 2012:



Acara Berpasukan Lelaki

Pertama: India
Kedua: Sri Lanka
Ketiga: Bangladesh

Acara Berpasukan Wanita
Pertama: India
Kedua: Sri Lanka
Ketiga: Maldives

Acara Perseorangan Lelaki:
Pertama: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Kedua: C. Bharathidasan (India)
Ketiga: Yogesh Pardeshi (India)
Keempat: K. Srinivas (India)
Kelima: Prakash Gaikwad (India)
Keenam: Chamil cooray (Sri Lanka)
Ketujuh: Hafizur Rahman (Bangladesh)
Kelapan: Moniruzzaman (Bangladesh)

Acara Perseorangan Wanita:
Pertama: Rashmi Kumari (India)
Kedua: S. Ilavazhaki (India)
Ketiga: Kavita Somanchi (India)
Keempat: M Parimala Devi (India)
Kelima: Roshita Joseph (Sri Lanka)
Keenam: Yashika Rahubaddah (Sri Lanka)
Ketujuh: Madushika (Sri Lanka)
Kelapan: Chalani Lakmali (Sri Lanka)

Acara Berpasangan (Bergu) Lelaki:
Pertama: Yogesh pardeshi/Prakash Gaikwad (India)
Kedua: K. Srinivas/C. Bharathidasan (India)
Ketiga: Nishanta Fernando/Chamil Cooray (Sri Lanka)

Acara Berpasangan (Bergu) Wanita:
Pertama: Rashmi Kumari/S. Ilavazhaki (India)
Kedua: Madushika/Yashika Rahubaddah (Sri Lanka)
Ketiga: Chalani Lakmali/Roshita Joseph (Sri Lanka)

Acara “Swiss League”
Pertama: Prakash Gaikwad (India)
Kedua: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Ketiga: Yogesh Pardeshi (India)

Keputusan Slam Di Sepanjang Kejohanan Berlansung:
5 white slam/2 black slam: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
5 slam: C. Bharathidasan (India)
2 slam: Yogesh Pardeshi (India) & Rashmi Kumari (India)
1 slam: Prakash Gaikwad (India), S. Ilavazhaki (India) & Senaratne (Sri Lanka)


 Ada gaya macam ejen 007 tak?
 Bersama Presiden Internationa Carrom Federation, Mr. Arif Naqvi daripada German.

 Bersama dengan peminat.... sebenarnya mereka berdua sebahagian daripada pengadil kejohanan.

Bergambar sebelum kami berangkat pulang ke tanah air.

 Bersama pasukan Pakistan di lobi sebelum mereka berlepas pulang.

 Bersama pengadil-pengadil kejohanan.

Bersama Tobias & Thomas (German), Yogesh Pardeshi (India) dan pengadil-pengadil yang masih muda selalu bersama kami, mungkin kerana kami suka melayan mereka.

RUMUSAN

Seperti saranan yang selalu saya perkatakan selagi tiada jurulatih yang berkebolehan dan latihan yang tidak bersistematik, maka pasukan Malaysia hanya menjadi pasukan belasahan sahaja. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pasukan Malaysia tidak akan ke mana walaupun 25 tahun lagi selagi pengurusan lemah kerana tidak berinovatif dan kreatif.

Kemahiran yang ada pada sesetengah pemain adalah hasil dari pengamatan semasa mengambil bahagian di dalam kejohanan-kejohanan yang mereka lalui dan inisiatif pemain-pemain itu sendiri untuk meningkatkan skil masing-masing.

Dari segi perbelanjaan pasukan yang menyertai kejohanan kali ini, juga seperti kejohanan-kejohanan yang lepas dimana pemain-pemain sendiri terpaksa menanggung kos dan hanya satu atau dua yang mendapat penajaan itu pun tidak seberapa. Saya tidak tahu di mana silapnya tetapi kegagalan ini adalah berpunca tidak kecekapan pengurusan yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna. Pengurusan yang tidak cekap juga mengakibatkan pihak-pihak bewajib tidak dapat membantu dengan lebih efisien. Atau mungkin juga pihak-pihak yang berwajib hanya memandang sebelah mata sahaja sukan karom jika dibandingkan dengan sukan-sukan yang lebih glamour.

Pandangan saya yang terakhir jika pihak berwajib yang diberi amanah hanya menjalankan tugas seperti batuk di tangga sahaja maka tidak hairanlah karom antarabangsa tidak akan berubah sejak dahulu hingga kini. Pihak yang dipertanggungjawabkan mesti mmempunyai idea yang bernas untuk diketengahkan dan dilaksanakan. Jika ini gagal dilakukan, maka kemungkinan besar karom antarabangsa akan hilang manisnya sedikit demi sedikit dan akhirnya akan hilang rasa dan menjadi tawar...

No comments:

Post a Comment