Tuesday, March 5, 2013

BINTANG KECIL

Karom adalah satu permainan yang menyeronokkan dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Populariti sukan ini tidak terbatas kepada bangsa atau warna kulit dan tidak juga kepada usia tua atau muda. Secara umumnya karom adalah untuk semua dan yang paling penting bagi mereka yang minat serta jatuh cinta kepada sukan ini. 

Bila minat sudah berada di dalam diri seseorang, maka dengan sendirinya mereka tidak akan jemu mengadap papan karom setiap hari jika ada kelapangan. Walau bagaimana sibuk sekali pun mereka akan mencari ruang untuk menjentik walaupun hanya sekejap. Mereka juga akan mencari sumber atau info dan kawan-kawan yang sealiran dengannya untuk ke arah yang memberi menafaat kepada sukan yang mereka minati.


Saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca mengenai seorang kanak-kanak bersama bapanya yang telah berkunjung ke rumah saya pada petang 9 Febuari 2013 kerana minat dengan permainan karom. Mungkin coretan ini tidaklah menarik oleh sesetengah pihak, tetapi dalam masa yang sama mungkin juga menjadi satu inspirasi dan memberi impak kepada generasi muda untuk menceburi Karom Antarabangsa yang masih lagi merangkak-rangkak dan mencari jalan untuk berada sepentas dengan sukan yang sudah mempunyai nama di tanah air kita mahu pun di pentas dunia.

Bersama anak bongsu saya...

Bermula dengan satu panggilan pada  22 Januari 2013 Si bapa iaitu En. Saiful telah menghubungi saya dan bertanya tentang karom dan bagaimana untuk mendapatkan papan yang berkualiti. Pada mulanya saya mencerita sedikit tentang permainan Karom Tempatan (Malaysia) dan saya juga berkesempatan memberi sedikit penerangan tentang karom Antarabangsa. Beliau menceritakan anak-anak beliau sungguh meminati karom dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang karom Antarabangsa. Saya menjemput beliau datang ke rumah dan berjanji akan memberi penerangan secara lebih dekat mengenainya nanti.

Seperti yang dijanjikan beliau berkunjung ke rumah saya bersama anak bungsu beliau. Anak-anak beliau yang lain tidak dapat turut serta kali ini kerana ada tugas yang lebih mustahak. Pada hari tersebut beliau agak terlewat sedikit kerana polis membuat operasi sekatan jalan raya. Sekatan ini juga mungkin ada kaitan denga perayaan sempena menyambut Gong Xi Fa Cai yang jatuh pada hari Ahad bersamaan 10 Januari 2013.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya...

Belakang parang kalau diasah akhirnya tajam juga...

Topik berbincangan kami bukan khusus kepada permainan karom sahaja tetapi juga menyentuh isu-isu semasa yang dikira masih relevan untuk diperkatakan. Beliau mempunyai tiga orang anak dan ketiga-tiganya sungguh meminati permainan karom. Sehingga kini sudah 2 papan karom dibeli tetapi tidak dapat bertahan lama kerana papan mudah rosakMengenai papan mungkin mengunakan papan yang tidak berkualiti oleh kerana itu jangka hayatnya juga menjadi singkat.
Bapanya berkata bergambar dengan sifu.
Kencederungan anak-anaknya juga mungkin kerana dorongan bapa yang juga melibatkan diri di dalam sukan ini. En.Saiful menceritakan bahawa beliau bermain karom suka-suka sahaja dengan anak-anak di rumah yang tanpa mengunakan undang-undang yang khusus. Tatapi dalam masa yang sama anak-anak beliau bersungguh-sungguh bermain dan meminati karom. Oleh demikian beliau mencari info di dalam internet dan akhirnya terjumpa blog saya sehingga membawa perjumpaan ini. Nampaknya usaha saya menulis di dalam blog secara tidak lansung berjaya mempromosi Karom Antarabangsa secara tidak lansung di Malaysia.

Beliau juga memberi galakkan kepada anak-anak supaya terus berkecimpung di dalam sukan ini. Saya juga menyarankan kepada beliau supaya belajar brrmain karom antarabangsa ke tahap maksima dan mungkin berpeluang ke pentas dunia. Dan dalam masa yang sama karom tempatan boleh diteruskan dan tidak menjadi halangan walaupun terdapat perbezaan dari segi undang-undang dan cara bermain.

Saya mengucapkan syabas kepada En. Saiful dan di dalam usaha mendidik anak beliau di dalam sukan karom semoga berjaya di masa depan. Saya juga mengaharapkan bapa-bapa atau keluarga yang berada di luar sana juga mengikuti jejak En. Saiful di dalam mendidik anak meminati sukan yang mereka minati. Berikan dorongan, semangat dan mencari jalan menolong mereka ke arah kecermerlangan. Jika anda berjaya melakukannya, maka saya percaya anak-anak anda juga akan berbangga dengan usaha anda lakukan untuk mereka.

Bapa sebagai pendorong anak-anak perlu mengubah paradigma dan persepsi yang lebih positif walaupun mungkin dari satu sudut lain kita melihat tidak berapa penting untuk diceburi. Peganglah kata-kata orang dahulu "Tidak kenal, maka tidak cinta".

No comments:

Post a Comment