Tuesday, May 21, 2013

TIP HARI INI - AIR

Hari ini saya ingin berkongsi info untuk kebaikkan manusia sejagat.


Air…… Tajuk ini boleh dikupas dari pelbagai sudut dan pendapat. Tetapi saya ingin menyentuh keperluan air di dalam badan manusia secara ringkas.


Mustahaknya air di dalam badan manusia sungguh menakjubkan dan sebilangan besar manusia sebenarnya tidak mengamal secara sihat di dalam kehidupan seharian.

Hari ini sedar atau tidak kebanyakkan manusia mengalami masalah kronik kerana air di dalam badan tidak seimbang dan mengalami kekeringan tanpa disedari.

Di dalam badan kita tiada jarum petunjuk atau speedo meter yang boleh menunjukkan tangki dah mula kering. Tidak seperti kenderaan yang mempunyai jarum petunjuk. Jika jarum minyak menunjukkan pada paras bawah, maka dengan segera kita mencari pam minyak yang terdekat untuk mengisi tangki yang hampir kosong penuh kembali.

Petunjuk kepada manusia adalah satu iaitu apabila merasa dahaga. Dahaga inilah sebenarnya isyarat menunjukkan bahawa badan mula merasa kekeringan dan memerlukan penambahan cecair yang baru. 75% badan kita adalah terdiri daripada air. Oleh itu minum secukupnya dan air bersih adalah yang terbaik. Amalkan hidup sihat di dalam kehidupan seharian anda dan lakukan sekarang.

Jauhi daripada minum air dari sumber yang tidak dirawat terlebih dahulu. Banyak keburukkan daripada kebaikkan...

Minum air yang bersih dari sumber yang dikenal pasti...

Di dalam kehidupan seharian kebanyakkan di antara kita hanya menjaga enjin kenderaan sentiasa berada dalam keadaan memuaskan, sedangkan injin di dalam badan sendiri tidak terjaga dan diabaikan.

Renungkanlan untuk kebaikkan diri anda sendiri…

PS: Permainan karom tidak mengunakan fizikal secara total hanya duduk sahaja tetapi pemain-pemainnya juga perlukan air…

Saturday, May 18, 2013

GURU SUMBER INSPIRASI PELAJAR

Adanya guru kerana adanya pelajar dan adanya pelajar kerana adanya ibubapa. Ramuan ini tidak dapat dipisahkan seperti lirik lagu "Getaran Jiwa" Allahyarham P Ramlee “tersusun nada… irama dan lagu…”
  

Guru adalah pemangkin kepada pelajar-pelajar di sekolah dan juga di luar sekolah. Tugas seorang guru adalah tersangat mulia dengan menyemai benih-bebih budi pekerti dan ilmu supaya pelajar menjadi manusia yang berguna. Oleh kerana pelajar adalah pewaris, maka didikan yang betul dan bermanafaat menentukan segala-galanya melalui sistem yang berintegrasi.


Kita umpamakan guru sebagai kunci dan pelajar sebagai sebuah rumah. Jika guru mempunyai kunci yang salah sudah tentu ianya tidak berfungsi dan pintu tidak dapat dibuka dan akhirnya guru gagal memasuki rumah tersebut. Sebaliknya jika guru mempunyai kunci yang betul sudah pasti pintu berjaya dibuka dengan mudah. Apabila berada di dalamnya guru berpeluang untuk merancang apa yang perlu untuk pengisian rumah berkenaan. Dari sebuah rumah yang kosong yang berdebu akan menjadikan sebuah rumah yang cantik dengan hiasan mewarnai dan ianya menjadi lebih ceria.


Aspirasi seorang guru cukup tinggi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam semua aspek bermula daripada akademik sehingga merangkumi nilai-nilai kehidupan. Manakala aspirasi murid pula untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan supaya kehidupan di masa akan datang menjadi cerah.


Kita juga tidak lupa bahawa ibubapa kita sebenarnya juga guru yang sentiasa mendampingi sehingga sehingga dewasa dan tanpa keduanya kita tidak akan berjaya seperti yang kita nikmati hari ini.

Khas kepada guru-guru yang pernah mendidik, saya ucapkan setinggi-tinggi terimakasih yang tidak terhingga. Ilmu yang ditaburkan tanpa penat dan jemu hanya yang maha esa yang dapat membalasnya. Kepada guru yang sudah meninggalkan kita sebaiknya sedekah kepada mereka dengan Al-Fatihah dan jika yang masih hidup kunjungilah mereka.

Selamat menyambut hari guru pada 16 Mei 2013

PS: Dalam permainan karom pun kita memerlukan guru untuk mengajar…  

Monday, May 6, 2013

KURSUS INTENSIF KAROM ANTARABANGSA

Tarikh: 13 April 2013
Masa: 09:00 pagi - 04:00 petang
Tempat: NAHRIM, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Kursus intensif yang saya kendalikan kali ini adalah untuk persediaan pasukan NAHRIM yang akan mengambil bahagian di Kejohanan Sukan NRE 2013 yang bakal diadakan di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Mengikut jadual asal kejohanan tersebut akan diadakan pada minggu pertama bulan Mei. Tetapi memandangkan Malaysia akan mengadakan Pilihan Raya Umum kali ke 13 yang jatuh pada 5hb Mei 2013, maka tarikh kejohanan ini terpaksa ditunda kepada tarik baru yang belum diputuskan lagi.

Seperti biasa saya membuat persediaan awal pada sebelah malamnya dan memasukkan kesemua peralatan kursus termasuk modul latihan supaya tiada yang tertinggal. 

Pada hari esuknya saya melakukan semakan terakhir dan yakin tiada apa yang tertinggal. Saya bertolak dari rumah agak awal kerana risau jika terlewat memandangkan saya belum pernah sampai dan pengetahuan untuk ke sana agak terbatas. Oleh demikian sebagai panduan saya mengunakan GPS untuk membantu saya dengan memberi laluan yang agak selesa.

Saya sampai sekitar jam 8:15 pagi dan terus menelefon En. Mohd Haffizudin selaku pengurus pasukan NAHRIM pada tahun ini yang masih di dalam perjalanan.  Sekitar jam 8:45 beliau sampai dan membawa saya ke tempat kursus yang akan diadakan. Saya yang dibantu oleh anak saya Muhammad Azib untuk membawa keluar semua peralatan dan membuat persediaan sebelum kursus bermula.


Memandangkan ada beberapa peserta yang masih belum sampai, maka saya mengambil peluang untuk menyiarkan video pemain-pemain terbaik dunia di dalam kejohanan yang melakukan "White Slam" dan "Blak Slam". Dengan menyiarkan video ini mungkin dapat membantu perserta-peserta mempelajari sesuatu yang berharga. Dalam masa yang sama saya juga memberi ulasan-ulasan mengenai tayangan video tersebut. Peserta-peserta dapat melihat sendiri kehandalan beberapa pemain terkenal dunia yang mempunyai skil dan teknik permainan yang bermutu tinggi.

Sebelum latihan bermula saya memberi setiap peserta modul latihan dan undang-undang permainan. Modul latihan saya cipta sendiri melalui permerhatian dan pengalaman. Saya kira modul ini dapat membantu peserta-peserta menjalani latihan ketepatan dan dapat bermain dengan baik.

Modul latihan

Sessi bahagian pertama saya mengunakan "slides" dan sessi bahagian kedua pula latihan secara fizikal di atas papan karom supaya peserta-peserat lebih faham. Saya merasakan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta saya merasakan kurusus ini berjaya. 










Secara keseluruhan kursus intensif ini berlansung dengan baik dan diharapkan peserta-peserta terus mengasah ilmu yang dipelajari untuk kebaikkan diri sendiri dan persediaan pasukan yang akan mengambil bahagian di kejohanan NRE 2013. Saya mengharapkan apa yang disampaikan ini dapat dimanafaatkan sebaik mungkin oleh setiap peserta dan berpandukan modul yang diberikan untuk terus menjalani latihan dengan lebih sistematik dan konsisten. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan melainkan usaha yang berterusan.

Ini adalah sebahagian daripada peserta-peserta yang menganbil bahagian kerana yang lain terpaksa pulang awal.

Ilmu dan kemahiran terbentang luas di hadapan kita dan apa yang perlu kita lakukan ialah dengan mencari bidang yang dikehendaki dan bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik. Mungkin kita memperolehi ilmu melalui bacaan, melalui rakan-rakan, kursus, paparan video dan juga melalui pengamatan semasa mengambil bahagian di dalam pertandingan. Ilmu dan kemahiran yang hendak dicari tidak terbatas, hanya yang menjadi kekangan adalah diri kita sendiri yang kadang-kala mencari pelbagai alasan.