Monday, May 6, 2013

KURSUS INTENSIF KAROM ANTARABANGSA

Tarikh: 13 April 2013
Masa: 09:00 pagi - 04:00 petang
Tempat: NAHRIM, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Kursus intensif yang saya kendalikan kali ini adalah untuk persediaan pasukan NAHRIM yang akan mengambil bahagian di Kejohanan Sukan NRE 2013 yang bakal diadakan di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Mengikut jadual asal kejohanan tersebut akan diadakan pada minggu pertama bulan Mei. Tetapi memandangkan Malaysia akan mengadakan Pilihan Raya Umum kali ke 13 yang jatuh pada 5hb Mei 2013, maka tarikh kejohanan ini terpaksa ditunda kepada tarik baru yang belum diputuskan lagi.

Seperti biasa saya membuat persediaan awal pada sebelah malamnya dan memasukkan kesemua peralatan kursus termasuk modul latihan supaya tiada yang tertinggal. 

Pada hari esuknya saya melakukan semakan terakhir dan yakin tiada apa yang tertinggal. Saya bertolak dari rumah agak awal kerana risau jika terlewat memandangkan saya belum pernah sampai dan pengetahuan untuk ke sana agak terbatas. Oleh demikian sebagai panduan saya mengunakan GPS untuk membantu saya dengan memberi laluan yang agak selesa.

Saya sampai sekitar jam 8:15 pagi dan terus menelefon En. Mohd Haffizudin selaku pengurus pasukan NAHRIM pada tahun ini yang masih di dalam perjalanan.  Sekitar jam 8:45 beliau sampai dan membawa saya ke tempat kursus yang akan diadakan. Saya yang dibantu oleh anak saya Muhammad Azib untuk membawa keluar semua peralatan dan membuat persediaan sebelum kursus bermula.


Memandangkan ada beberapa peserta yang masih belum sampai, maka saya mengambil peluang untuk menyiarkan video pemain-pemain terbaik dunia di dalam kejohanan yang melakukan "White Slam" dan "Blak Slam". Dengan menyiarkan video ini mungkin dapat membantu perserta-peserta mempelajari sesuatu yang berharga. Dalam masa yang sama saya juga memberi ulasan-ulasan mengenai tayangan video tersebut. Peserta-peserta dapat melihat sendiri kehandalan beberapa pemain terkenal dunia yang mempunyai skil dan teknik permainan yang bermutu tinggi.

Sebelum latihan bermula saya memberi setiap peserta modul latihan dan undang-undang permainan. Modul latihan saya cipta sendiri melalui permerhatian dan pengalaman. Saya kira modul ini dapat membantu peserta-peserta menjalani latihan ketepatan dan dapat bermain dengan baik.

Modul latihan

Sessi bahagian pertama saya mengunakan "slides" dan sessi bahagian kedua pula latihan secara fizikal di atas papan karom supaya peserta-peserat lebih faham. Saya merasakan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta saya merasakan kurusus ini berjaya. 










Secara keseluruhan kursus intensif ini berlansung dengan baik dan diharapkan peserta-peserta terus mengasah ilmu yang dipelajari untuk kebaikkan diri sendiri dan persediaan pasukan yang akan mengambil bahagian di kejohanan NRE 2013. Saya mengharapkan apa yang disampaikan ini dapat dimanafaatkan sebaik mungkin oleh setiap peserta dan berpandukan modul yang diberikan untuk terus menjalani latihan dengan lebih sistematik dan konsisten. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan melainkan usaha yang berterusan.

Ini adalah sebahagian daripada peserta-peserta yang menganbil bahagian kerana yang lain terpaksa pulang awal.

Ilmu dan kemahiran terbentang luas di hadapan kita dan apa yang perlu kita lakukan ialah dengan mencari bidang yang dikehendaki dan bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik. Mungkin kita memperolehi ilmu melalui bacaan, melalui rakan-rakan, kursus, paparan video dan juga melalui pengamatan semasa mengambil bahagian di dalam pertandingan. Ilmu dan kemahiran yang hendak dicari tidak terbatas, hanya yang menjadi kekangan adalah diri kita sendiri yang kadang-kala mencari pelbagai alasan.

No comments:

Post a Comment