Friday, December 13, 2013

BENGKEL KAROM ANTARABANGSA 2013

Tarikh: 30 November 2013
Tempat: Kelab FRIM Kepong, Kuala Lumpur.
Masa: 08.30 pagi - 1.30 petang

Kami sampai di Kelab FRIM sekitar jam 7.40 pagi. Kami terpaksa membuat persiapan lebih awal supaya perjalanan bengkel dapat berjalan dengan lancar. En. Hafriz selaku pengurus kelab juga sampai awal pagi untuk memastikan program ini berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tujuan utama bengkel Karom Antarabangsa diadakan bagi membolehkan anak-anak bersama ibu bapa menyelami permainan karom antarabangsa dengan lebih jelas dan pendedahan awal kepada mereka melalui bimbingan ibu bapa adalah penting. Pencerahan minda sukan ini juga perlu dilakukan supaya dapat menimbulkan minat dan berpeluang mendalami permainan lebih tersusun. Bila minat sudah timbul ini merupakan satu petanda yang positif bahawa kita tidak ketandusan pemain untuk dibimbing secara lebih mantap di masa hadapan. Menerusi proses yang sesuai kita dapat mencari pelapis dalam kondensi lebih kompetitif. Usaha dan promosi berterusan perlu dilakukan demi menyuburkan lagi sukan karom itu sendiri.

Bengkel ini hanya sebagai permulaan sahaja dan di masa hadapan mungkin tumpuan secara lebih mendalam mengenai undang-undang permainan dan teknik permainan yang lebih mantap lagi. Saya kira bengkel ini berjaya menarik ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka menceburi sukan yang dipandang sinis oleh sesetengah pihak. Apa jua perancangan dan tindakkan untuk anak-anak bermula dengan ibu bapa dan perlu merancang secara lebih teliti supaya apa yang dirancangkan menampakkan hasilnya.

Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kelab Frim selaku tuan rumah kerana mendapat kerjasama mengadakan Bengkel Karom Antarabangsa buat pertama kali.  Saya juga berbangga kerana kerjasama ini dapat berjalan dengan baik dan diharapkan berkerjasama berterusan demi pembangunan sukan karom di tanah air. Dalam kesempatan ini, saya mengalu-alukan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kelab FRIM bersama-sama berganding bahu menjayakan bengkel ini.

Program dimulakan oleh juruacara yang mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat Dr. Rahim Sudin mengambil untuk tempat dan diikuti AJK-AJK Kelab FRIM. Di sepanjang program, para peserta nampak ceria dan bersemangat mungkin kerana sesetengahnya pertama kali melihat dan bermain cara Karom Antarabngsa.

Bengkel yang dianggap berjaya dengan kehadiran Ibu Bapa serta anak-anak mereka untuk menyertai bengkel yang mungkin berguna kepada mereka di masa hadapan.

Ucapan aluan daripada NYDP Kelab, Dr Rahim Sudin kepada peserta yang mengambil bahagian. 


Ucapan yang berpandangan jauh dan memberi kata-kata semangat kepada peserta yang mengambil bahagian terutama kanak-kanak.

Anak-anak sedang mendengar dan memberi perhatian sepenuhnya semasa ucapan perasmian.

Simbolik upcara perasmian bengkel. Nampaknya Dr. Rahim sedang mencari sudut yang sesuai agaknya...

 Praaang.... berterabur semua buah karom... Boleh tahan juga Dr. Rahim membuat pecah mula...


Slot tayangan video melihat bagaimana pemain-pemain terbaik dunia melakukan "white slam" dan black slam". Bagi semangat kepada peserta sebelum program dimulakan.

 
 Kelab FRIM patut berbangga mempunyai seorang NYDP Kelab yang bukan setakat menyumbang idea tetapi mengambil bahagian bersama-sama hampir ke hujung program. "Thumbs Up" kepada Dr. Rahim Sudin.


 Sesi bersama anak-anak yang bakal mengegarkan dunia karom di tanah air di masa hadapan.

 Sesi bersama orang dewasa yang berminat dengan sukan karom dan ini dapat membantu bila bermain dengan anak-anak mereka nanti.



Dr. Rahim bersama staf FRIM seronok melayan permainan karom sehinggakan ada yang ketawa berdekah-dekah sampai nak runtuh bangunan....

En. Farid sedang menunjuk skil yang terpendam... Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau yang datang bersama keluarga...

Terimakasih juga kepada En. Shalihin Samsudin suami kepada Puan Siti Salwana datang bersama keluarga yang memberi sokongan padu bengkel ini.

En. Ariffin serta anak beliau juga berkesempatan mengikuti bengkel ini dan saya mengucapkan setinggi terimakasih kerana kesibukkan beliau tidak menghalang mengambil bahagian.

 Begitu juga terimaksih kepada En. Zakarno yang hadir seawal pagi kerana minatnya terhadap permianan karom. Saya perhatikan jika beliau mendapat latihan yang betul saya berkeyakinan beliau boleh pergi lebih jauh di masa hadapan.

Orang lama bermain kita kena hormat skil mereka dan mungkin kita dapat mempelajari sesuatu yang berguna daripada mereka.

Menunjukkan bagaimana menyyusun buah karom dengan betul sebelum pecah mula. Menyusun buah karom adalah penting dan perlu diberi perhatian kerana ianya akan menentukan permainan selepas sahaja pecah mula berlaku.

Selepas melihat slot tayangan video, mungkin En. Zakarno sedang mencuba untuk melakukannya slam agaknya...

Anak-anak seronok bermain karom tanpa merasa jemu. Saya harap mereka mendapat sesuatu yang berguna walaupun dalam jangka masa yang singkat. Ini sebagai permulaan untuk menanam minat dalam jiwa mereka dan seterusnya melibatkan diri di dalam sukan ini di masa hadapan.  

Dalam lipatan sejarah: Pasukan Wanita FRIM pernah muncul juara buat pertama kali di Kejohanan Karom MAKSWIP 2007.

Pihak pengurusan mestilah mengenal pasti, menilai serta mengkaji kelengkapan peralatan, latihan dan undang-undang permainan. Kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecemerlangan kakitangannya. Oleh demikian peranan sebagai pengurus menjadi lebih penting disebabkan keutamaan perkhidmatan adalah kepada akauntabiliti, integriti dan tadbir urus yang baik. Semua ini akan dapat menjurus kepada sistem pengurusan yang telus dan cekap dalam pembangunan sukan. Sehubungan itu pemain-pemain perlu mengorak langkah untuk mengubah pemikiran dalam melaksanakan tugas agar seiring dengan peredaran masa. Kita perlu  melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini dan memperoleh kemahiran teknikal, sistematik dalam latihan dan kemahiran-kemahiran lain yang dapat membantu dalam meningkat skil permainan dengan lebih berkesan.

Bengkel seumpama ini dapat memberi pengetahuan asas dan maklumat tentang isu-isu terkini dalam permainan, berjumpa kenalan baru dan juga bertukar pendapat di kalangan ibu bapa yang turut serta.  Saya berharap agar bengkel ini akan dapat menjelaskan beberapa aspek dan kemusykilan ibu bapa tentang rasionalnya anak-anak untuk memilih sukan karom. Sebelum mengakhiri laporan ini, sekali lagi saya mengucapkan penghargaan kepada penganjur serta ahli jawatankuasa kerana telah mengambil inisiatif murni untuk mengadakan program seumpama ini yang amat bermanfaat kepada pesert-peserta yang mengambil bahagian.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En. Ahmad Hafriz atas usaha dan komitmen beliau berkerjasama dengan mOOn spOrts enterprise mengadakan bengkel ini. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada NYDP Dr. Rahim yang bukan sahaja memberi ucapan utama dan merasmikan Bengkel Karom Antarabangsa, tetapi bersemangat mengambil bahagian bersama-sama peserta hampir ke penghujung program. Jika begini sikap yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin kelab sukan seperti Dr. Rahim saya percaya pasukan FRIM akan pergi lebih jauh.


Saya menyifatkan bengkel ini amat relevan dan bersesuaian dengan situasi semasa yang memerlukan peningkatan kecekapan dan prestasi pemain-pemain dan pengurusan untuk mencapai tahap yang terbaik. 


Sebagai penutup kata "belajar merangkak kemudian bertatih sebelum dapat berlari". renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment