Tuesday, October 7, 2014

KEJOHANAN KAROM YANG AKAN DATANG

Tarikh: 3 November 2014
Tempat: Putrajaya
Masa: 9:30 pagi - 11:30 pagi

Hari ini bangun lebih awal daripada biasa kerana terpaksa bergegas ke Putrajaya untuk satu mesyuarat dan mengelak kesesakkan jalan raya. Sudah menjadi kebiasaan bila urusan temu janji atau mesyuarat saya akan pasti berada di tempat tersebut sebelum waktunya dan sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal. Ini menjadi lumrah saya melainkan jika terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan. Seperti kata pepatah "Kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya"

 Pejabat Perdana Menteri

 Masjid Putrajaya

Tasek Putrajaya

Saya bergerak dari Sungai Buloh jam 7:00 pagi  dan sampai di destinasi sekitar 8:10 pagi. Oleh kerana waktu masih terlalu awal, maka saya hanya berada di dalam kereta sambil melihat beberapa perkara yang perlu saya bentang untuk mesyuarat nanti. Saya mengharapkan perjalanan mesyuarat akan berjalan lancar. Saya juga berkesempatan mengambil beberapa gambar yang merupakan "Landmark" Putrajaya seperti Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya.

Sekitar 15 minit sebelum mesyuarat dimulakan saya telah menghubungi En. Azizi. Beliau mengiringi saya dan terus ke bilik mesyuarat. Di bilik mesyuarat saya diperkenalkan kepada En. Shah dan En. Aizul. Mesyurat berjalan secara informal yang dipengerusi oleh En. Aizul yang juga bertugas sebagai Timbalan Pengarah.

Kandungan mesyuarat tidak perlu untuk dimuatkan di sini cuma apa yang pasti sebagai pengiat sukan karom antarabangsa saya cuba memberi sedikit pencerahan permainan karom antarabangsa kepada mereka. Saya juga mengharapkan mereka terbuka minda untuk mencuba karom antarabangsa dan kalau tidak sekarang mungkin di masa akan datang.

Seperti biasa jika bersukan hanya memenuhi masa lapang atau hanya suka-suka atau mungkin juga dengan bersukan dapat berjalan-jalan, maka mereka tidak merasai diri mereka sebagai ahli sukan. Tetapi bagi mereka yang begitu bersungguh-sungguh melibatkan diri di dalam sukan, maka sudah pasti di dalam diri mereka ada satu matlamat untuk mencapai ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Untuk itu kita perlu mengikut arus semasa global hari ini dan jika kita berlawan arus, maka kita akan tertinggal jauh di belakang.

Sekian dan sama-sama kita renungkan...

No comments:

Post a Comment